October 31, 2009

meranapKan duit, terapi tuh...

hari ni rasa cam tak best... ntah lar... tengah online kat fb, tetiba poop.. elektrik takde...
erm...ada kebakara melibatkan 2 rumah kat kawasan aku ni, hangus, tapi tiada kemalangan jiwa.
so borink, keluar jap, jalan jalan cari pasal, pastu sms adik aku ajak dia teman tengok wayang lepas dia balik keja...

pegi kedai, cam biasa, beli majalah, lotion rambut, bla bla bala....
then beli nutrigen, 4 botol aku sedut, hahaha... cam budak budak kan.
pastu aku gi atm, bayar bil then balik umah.
pastu keluar lagi, mak nak ikut, aku bawak juga, aku nak beli sandal...
bila dah beli sandal, aku terus masuk Nagoya.
memang tak rancang nak beli, tapi saja nak meranapkan duit kan....beli je la..
aku beli sepasang, baju plain putih bunga hijau kebiruan + kain satin biru kehijauan.
mak pula putih bunga ungu...

then balik umah, siap siap sebab nak keluar dengan adik, tengok wayang...
sementara menunggu dia mandi, aku tengok kat suratkhbar, tengok movie apa yang best.
pastu aku online, baca sinopsis...hahaha... untuk membaloikan duit aku kan...haruslah kan...
ada 3 pilihan, Whiteout, Jennifer's Body & Law Abiding Citizen.
tapi cuma Law Abiding Citizen (18PL) je yang available.



Sampai GSC kol 7.10pm, movie 7.15pm...
Beli tiket dan apa yang patut...aku lah yang belanja lar, sebab aku yang ajak kan..

Erm..citer ni memang best, malas aku nak citer, tapi dari 5 bintang, aku bagi 5 bintang...
aku memang suke citer mcmni... elemen perundangan, ketepatan masa dan juga prinsip seseorang..
tapi seram pon ada bile Clyde potong kaki orang yang bunuh isteri dan anak dia..seram siot...
dia kerat 25 bahagian anggota orang tu...
orang tu terlepas dari hukuman, kerana sistem perundangan yang mengarot lar...
tapi insiden balas dendam tu berlaku lepas 10tahun lar...
Clyde menlengkapkan dirinya dan peralatan...

selanjutnya tonton sendiri eak...
then lepas habis citer tu, hujan lebat, tak leh keluar dari complex Dataran Pahlawan...
kitaowg pon berlegar legar la dlm complex tu
aku nak cari ipod, tapi takde plak kat complex tu..
tapi aku perasan, sekitar org kat situ pandang aku lain mcm...
huhuhu..msti dia kata...balak budak lagi...makwe dah tua...
yelah, aku yg bayarkan tiket, pastu beli makanan pon aku bayar..

hari ni mood aku baik, singgah kat kedai apa ntah namanya, aku nampak ada bangle kulit...
ntah ler bangle ke atau apa, yg pakai tak tangan lar..
aku suh adik aku pilih pastu aku bayarkan....
dah org tu ingat....ceh..awek tua siot....hahaha...lantak la kan..
takkan aku nak canang tu adik aku kan....

lain kali aku kuar dgn adik aku, aku pegang tangan dia...
bole tak....hahahaha....
dah jam 10pm, tak bole tunggu lagi...
aku buat keputusan tuk redah jer ujan lebat tu...
dah lama tak main hujan...hehehe..suke....
bestnyer...sambil mendongak ke langit dan merasai titik titik air hujan...
nikmat... sejuk, tapi seronok....basah lar jugak..tapi tak la kuyup sangat...
baju basah, tapi jeans yg aku pakai tak la basah...
seb baik parking tak jauh dari complex, adalah 30 langkah....

then singgah kedai makan tapaw kuehtiaw basah, 4 bungkus..
tuk mak, ayah, adik dan aku...
sampai umah mandi dan makan...
seronok rasanya hari ni...
sebenarnya kalo aku rasa cam tak best atau mood tak ok aku akan...
erm, meranapkan duit la yang bole buat aku hepi...
shopping tu terapi taw....

so sekian..saya mahu tido...
besok keja petang tapi kena pegi awal, sebab nak gi umah staf aku..
majlis perkhawinan Aszurah...kawen jugak kan ko kan....
erm...hari khamis haritu, aku dapat 3 saman taw....
satu attend besok, dan 2 lagi tu minggu depan....
erm...asik attend jer kan, diri sendiri pon tak lepas....
abang aku pon dah nak naik pelamin kali kedua... tahun depan lar...
insyAllah bulan 3, bertunang bulan depan...
erm....ntah ler...
adios...........

October 30, 2009

kenapA perLu...



aku ingin jatuh cinta, tapi cinta itu telah jatuh...
jatuh ke dasar yg tak dapat kuterokai....
cinta itu nikmat, tapi cinta itu juga sengsara
aaarrgghhhh
kenapa perlu ada cinta...
kenapa perlu berdua...
kenapa tak bole sendiri saja....

October 28, 2009

i neeD yoU


 i need you
i need someone to comfort me
i miss u
i need u my twin
aarrggghhhh
kau jauh... jauh dari sisi
hanya dapat kudengar suara
aku rindu
rindu kamu
perlu kamu
tiap detik tiap ketika
tapi tak mungkin
kau bukan milikku
milik dia


October 27, 2009

kupendaM sebuaH dukA


sadis meyelebungi segenap ruang hati
ia akan berlalu jua, sebab aku percaya
masa adalah penawarnya
tapi bukan sekarang
mungkin beberapa hari, minggu, bulan atau tahun
atau takkan pernah pudar....
aaarrgggghhhhhhh.................
semoga dia tabah menghadapinya
aku doakan dia sejahtera selalu....




layan lagu ni, KUPENDAM SEBUAH DUKA

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

October 26, 2009

tumpaH LaGi....

semalam mak bagitahu
hari ni kakak ipar akan balik ke kampungnya
aku pon agak terperanjat juga
padahal dia kata 28hb ni baru balik sana
tapi dah awal plak

memang la saat tu akan tiba
tapi hati aku hiba
saat aku menaip ni, airmata tumpah lagi
ni dah kali yang ke 6 kot
mata aku pon dah bengkak
bukan tak bole terima kenyataan, tapi sedih

malam tadi aku sampai mimpi2 pasal hal ni
teresak esak menangis masa dalam mimpi
bila tersedar, airamata masih dipipi
aku tetap panggil dia kakak ipar
sebab dia pernah membina mahligai bersama abang aku
tapi mahligai tu dah punah
belum pon setahun, hanya 10 bulan sahaja
apakah???

hari ni aku keja petang
masa aku tengah siap siap
aku nampak dia nak keluar
nak hantar uniform kat tempat keja
semalam dia last day keja
so aku jumpa dia
dia tanya aku dah nak gi keja ker?
aku angguk jer...

aku salam dia, tapi airmata tak dapat ditahan lagi
aku terus peluk dia
dia pun menangis, aku tak tahu nak cakap apa lagi
teresak esak kami berdua menangis
aku cuma cakap kat dia, semoga tabah mengharunginya
aku harap dia dapat jodoh yang lebih baik dari abang aku
aku dah cuba nasihatkan abang aku
tapi...sapalah aku kan...

aku tahu dia masih sayangkan abang aku
tapi talaq ditangan suami
apakan daya dia untuk menghalang
dan mereka berdua cukup dewasa tuk pilih jalan yang terbaik

dia cuma pesan kat aku
jaga diri baik baik, kawen nanti jangan lupa jemput dia
sekali lagi dia peluk aku
airmata dah macam air hujan
aku tak sanggup lagi nak pandang muka dia
memang aku nangis
dia cakap, tak sangka along buat dia mcmni


 gambar masa bertunang

so, airmata mengiringi perjalanan dia, dan perjalanan aku ke tempat keja
kol 4 lebih mak sms
then aku cal mak, borak jap, airmata tumpah lagi
dia kata kakak ipar dah bertolak balik
mak ayah dia datang ambik
dia kata dengan mak, berat kaki dia nak keluar umah
dia nangis juga tadi, dia peluk mak

yelah, dah 10 bulan tinggal bersama
kalo aku keja petang, hari hari kitaowg makan tengahari bersama
hari hari aku nampak dia
sekarang dah takde
walaupun aku dengan tak la rapat sangat
tapi aku terasa bila abg aku buat dia macamtu
dia tak sanggup lagi nak tinggak kat Melaka
banyak kenangan pahit katanya
walaupun mereka bercerai secara baik
takde gado gado pon
masa kakak ipar keluar dari umah along
mereka berpeluk dan menangis juga
tapi....

aku tak sanggup nak taip lagi
makin aku taip, makin laju airmata gugur
dah jam 2.04am
nak tido...sok keja pagi....
ada duty lagi...
adios...

October 25, 2009

trusT no One....



ntah lar
tetiba aku blur
selama ni aku tak pernah pikir macamni
tapi bila banyak benda dah berlaku
dan aku dapat rasa
sebenarnya ramai yang ambil kesempatan ke atas diriku

bukan apa, biasa la kat tempat keja
pangkat pon bukan besar mana
kuasa pon tak la banyak mana
tapi cakap aku tu laku la kadang2 tu
dan semua kalo depan aku....
ceh...pijak semuat pon tak mati
kalo belakang aku....
mahu dia panjat tengkuk aku ni
dia pijak2 sampai patah lapan

aku sebenarnya tak heran la apa orang nak kata
tapi kalo dah asik dengar orang cakap
orang repot kat aku...
hati mana yang tak tersentap oooiiiii!!!!
aku pon manusia gak
bukan robot yang dilatih buat keja jer

memang susah jadi ketua
nak jaga hati semua orang...
hati aku....aku sendiri je yg jaga
pikir la sendiri
kalo setakat ko buruk2 kan aku
apa yang ko dapat, dosa je ko nak pikul ke sana ke mari
lambat laun ada jugak orang repot kat aku
tapi pesen aku plak
kalo orang NGADU tu
aku dengar je, tapi jiwa mmg tersentap ni

tapi yang baiknya, aku tak tanya orang tu
sebab aku tak sanggup nak tengok airmuka dorang
bila aku tanya dorang nanti
dan aku pon tak nak panjang lebar 'drag' hal tu lebey2
banyak benda lagi aku bole buat
keja aku yang berlambak2 tu sapa plak nak tolong

lagipun bukan bole percaya sangat mulut dorang ni
tapi bukan semua yang suka buruk2 kan orang lain kan
dia beritahu kita sebab dia tak mahu kita diperbodohkan
itu jer...
lagipun ada satu kes, ada sorang budak dapat rekod percakapan tu dlm hp
so, bukti dah ada....
itu dah terang bebenor la dia mengata aku
bila ditanya tak nak ngaku plak



macam hari ni aku bagi briefing
lama gak tak bercakap dengan dorang
45 minit, lama tu, biasanya 15 minit jer
key words for today...
TRUST NO ONE & PRACTICE MAKES PERFECT!
tapi olahan panjang lebar lar...
senang je aku cakap
kalau tak bole ikut rules aku
tak bole ikut rules management
tak respect aku
tak layak la keja dengan aku
dipersilakan keluar
aku bentangkan carpet merah tuk ko kuar dari dept tu

dah....
aku nak tido
besok nak mengadap muka orang lagi
tadi baru selesai satu kes
perang mulut kat dept semalam
dua orang, lelaki dan perempuan
semalam kan aku tak keja
dorang jadi setan la, buat hal....
cube kalo aku ada, mana berani
berpura pura dorang ni


besok ada satu kes lagi
nak kena jumpa dan kaunseling
kalo tak makan saman gak
well... get out from my dept...
adios........ZZZZzzzzzzzzzzz

October 24, 2009

senanG hati

huhuhu...senang hati...
sebabnya, assistant aku mula keja besok
sebenarnya dia hantar surat berhenti keja sebulan yg lepas
tapi aku bagi dia cuti 3 minggu tuk berehat
pikir masak masak tentang keputusannya



so, setelah lama dia tak keja
duk umah, rasa borink katanya
dia kata nak keja balik tapi nak sambung cuti lagi
sebab takda orang nak jaga anak dia
aku approved je cuti dia tu

kalo dia ada senang sikit keja aku
dah sebulan aku bz memanjang
tapi ada hikmahnya juga masa dia takda
banyak perkara yang sebelum ni aku terlepas pandang
banyak benda yang perlu dipantau sedalam dalamnya

dan sebulan itu mengajar aku pelbagai benda
banyak benda tak bole harapkan orang
buat sendiri lagi baik
puas hati dan tak salah
sebabnya kalo harapkan orang buat
ada je yang aku nampak salahnya

bukan kata aku ni perfect sangat kalo buat keja
tapi aku memang cerewet
macam Echa cakap
"bukan cerewet, tapi kak Wyza terlalu cerewet"
ceh...cerewet tu la yang membuatkan keja kita sempurna taw!
dah...banyak plak melalut ni
adios...aku nak tido...



October 23, 2009

daLam proseS

template baru
tak sempurna lagi
masih bertatih nak melengkapkannya
layan dulu apa yang ada
nak cari template hijau
tapi tak jumpa yg menarik
rasanya yg ini paling ok
simple tapi menarik...

nak keluar jap
jumpa kawan kat mp
dah sebulan tak jumpa
dia sudah rindu saya
huhuhu, katanya bila mahu ketemu?
sekarang juga aku berangkat kesana
kau tunggu...aku datang padamu
adios

adaKah



argghh!!!!
so sweet
tapi adakah wujud kemanisan cam ni
ntah

suke pic tu
~ngee~


bosan

dah naik bosan tengok layout blog ni kan
nak tukar, tapi kemalasan
nak cari warna template hijau
tapi takde yg menarik la
aku suka hijau, camner tuh?

October 22, 2009

merenG + kaguM...

malas nak menaip
tapi rajin jenjalan baca blog orang
lepas jumpa blog setia kasih
jumpa blog anak laut
pastu blog lavender
pastu jumpe blog belayar mencari penawar
ceh...mmg banyak siot
ada lagi ni, aku tak ingat la plak
nanti aku link kan semuanya kat blog nie eak

so sekarang ni
aku duk baca blog puisi
memang puitis
memang kagum dan aku kemerengan
suka dan sangat suka
hehehe....

October 19, 2009

bila aKu...

bila aku digoda rindu
kuseru namamu
hadirlah kau mengisi ruang maya ku
ku membilang detik yang berlalu
bilakah akan ketemu
bintang hati sukma kalbu
aku rindu.........

bersyukurLah......

Berapa lama kau boleh berbangga dengan kecantikan paras rupa

bila tiba usia tua semuanya menjadi hodoh belaka persis wajah bulan gerhana

Selama mana kau ingin bermegah dengan kekayaan melimpah-ruah

semuanya itu tidak bermakna bila datang bencana atau jatuh sakit tiba-tiba

kemudian jadi hilang ingatan menjerit-jerit pagi petang

sambil mundar-mandir di jalanan.

Segala-galanya yang ada pada kita cum dipinjamkan buat sekitika

dunia ini juga hanya sementara tiada yang kekal melainkan DIA.

Selalunya memanjangkan doa kepada DIA Yang Maha Berkuasa

bersyukurlah yang ada walaupun tak cantik paras rupa

walau tak kaya-raya tapi iman dan takwa

sentiasa hidup di jiwa dan subur sepanjang usia...................

October 18, 2009

dah jumpA.....

dah jumpa apa yang aku cari
akan kutemani lamanmu setiap hari
membungakan kembali hati yang lara
membaca puisi puisi tulisan hatimu
ahaks.... mereng siot....
mereng pada kata kata yang syahdu
huhuhu....

October 16, 2009

tabiat atau tebiat?

tabiat ni memang tak bole ubah. tabiat apa?
beli majalah. dulu dulu masa muda muda la, chewah, macam tua  lar sanga...
aku beli majalah yang cover Siti Nurhaliza, kalau pic dia sebesar kuman ada kat majalah tu,
tu pun aku beli, memang mereng betul...
minat punya pasal beb, berhabis duit pon tak pe kan...
ni pic majalah tuk bulan nie yang aku beli...


 eh, ni tak nampk pic cover ct kat URTV tu, upload lagi satu...


ni hah...
 sempena 10 tahun keluaran, dapat free beg ni

aku ingat lagi, tarikh hari ni la, 16 Oct 1999, aku beli majalah EH, keluaran pertama,
cover Siti Nurhaliza, sampai sekarang aku tetap beli majalah tu.
So kiranya sudah 10 tahun kan...
Ada la jugak melepas satu atau dua keluaran dalam setahun...
Masa awal keluaran, sebulan 2 kali, tapi sekarang sebulan sekali...
Harga RM4.50, sekarang ni RM7.00
Majalah EH ni macam goreng pisang panas, cepat abis...
Keluaran bulan Sept aku tak dapat beli...
Sebabnya tak sempat nak gi kedai mamak...
Bz sesangat, maklum la ada Warehouse Sales...
 keluaran pertama OKT 1999

Ok, tu citer pasal majalah EH, ada majalah lain jugak yang wajib dibeli setiap bulan.
Iaitu majalah RAPI, ni memang tak mis beli.
Sebulan 2 kali keluaran...harga RM4.00

Maskulin pon best gak bulan ni, ni aku dapat info dari blog P.A.K.W.E.
Pakwe promote majalah tu dalam blog dia, cam best jer,
lagipon covernya ZAQUAN ADHA....
cute siot, sapa yang taknak beli kan...
spesis gue la...kembar....hahaha...

Intrend pon aku beli jugak, tak sangka Rosie Haslinda Nasir jadi EDITOR majalah InTrend.
HuHuhu...cam kenal bebenor aku kat dia eak.
Tak la, dulu dia penulis kat majalah EH, then lama bebenor tak nampak nama dia kat majalah EH,
rupanya dah berpindah kat majalah InTrend..
Aku suka gaya penulisan Rosie Haslinda Nasir, bersahaja tapi best...

Rosie Haslinda Nasir
TApi bulan ni aku tak beli InTrend, kopak siot...
lagipon aku dah beli majalah GLAM & URTV cover Siti Nurhaliza..
Mak pon duk asik bebel jer, sebab aku beli majalah...
Dia kata nanti dia rebuskan majalah tu buat sup kasik aku makan...
Eleh, dia pon baca jugak....time borink borink tu...

Sememangnya aku memang antu majalah, jangan la ajak aku pegi kedai buku atau kedai majalah...
memang banyak la majalah aku beli...
Tapi yang wajib beli mestilah EH & Rapi, setiap bulan...
yang lain lain tu kalo topik menarik, atau cover menarik, atau cover CT Nurhaliza,
memang gerenti aku beli....
 
So, kenapa aku labelkan sebagai 'tabiat' beli majalah ni?
Sebabnya, aku beli jer, bacanya....hahahaha.....jawapannya...
kalo ada masa k...kadang kadang tu sampai tak bukak  lagi bungkusan plastic tu...
Aku men beli jer, sampai lupa nak baca...
Lagipon aku kalo baca majalah bukan bole sejam...tapi 2 atau 3 jam....
Lama siot...kan...aku teliti la beb...sama gak kalo aku baca suratkhbar
mmg cenggitu....tapi ni tabiat yang baik kan....

Bulan ni aku beli 6 majalah (seperti gambar diatas), tapi yang sudah dibaca,
hanya majalah MASKULIN & UTRV...
yang lain tu belum lagi....ahaks....
dah la..lama plak membebel....
adios....




October 14, 2009

biLa daH taK suKa

bila dah tak suka
tak handsome la....
bila tak suka
tak pandai masak la....

adoyai
masa suka dulu...
tak nampak ke tu semua?
kenapa sekarang baru timbul persoalannya

ko kena ingat
dulu, korang yang pilih sesama sendiri
suka sama suka
abih sekarang kenapa macamni???
ataupun hati masing2 dah sakit bebenor
pastu @ ataupun ko cakap cenggini
aku tak layak tuk ko
ko tak layak tuk aku
aku kata plak
WAK LU!!!

sebab aku dah pening tengok gelagat korang
tensen pon ada
penat meleter, adios!!!!!!!

October 13, 2009

my result - Tsunami


buat kuiz kat facebook, mmg betul result nya...
nilah yang dorang suke gelarkan, tapi aku mmg tak suka....
tapi beb, manusia kan berubah....
mana tahu kan?


Your Result

Tsunami

At first no one know's how angry you are, rather you begin your fits with a smile and pleasantries, and then all of the sudden BOOM. They're all gone. Like a tsunami, you start taking as many people with you at first by attracting them all to come closer at first. It's all part of being perfect at that scary art known as revenge.

October 12, 2009

Sorority Row

Semalam gi tengok citer ni, dengan adik aku lar, haruslah aku belanja dia, sebab aku yang ajak kan...



Ok juga la citer ni, bole bagi 3 bintang, simple sangat jalan ceritanya. Buat buat mati, pastu mati betul betul plak... Tapi pada sesapa yang lemah semangat, tak payah tengok, sebab cara dia bunuh sorang sorang tu mengerikan, takut korang tak sanggup tengok + muntah..

Aku biasa jer, tapai ada jugak tersentak masa kat cinema semalam.. Seb baik aku tak jerit. Citer unsur 18PL, paham paham je la eak...

Watak Jessica memang menyakitkan hati, Elise si penakut, tapi dia yang bunuh pembunuh tu, mmg surprise, Cassidy, harus jadi cam dia, setia pada kawan kawan. Chug, mangsa pertama yang dibunuh, Claire, biasa biasa jer. Megan, buat buat mati, pastu betul betul mati dibunuh... kesian betul...

Yang masih hidup dalam 6 orang tu, cuma Cassidy dan Elise jer...

Sekian... Bertemu di lain episod...
Adios...

October 11, 2009

i'm HappY........

Semalam tak sempat nak update, letih bebenor....

Bertolak ambik Yati kol 11Am, pastu gi umah Aida, ambik dia, then bertolak gi umah pengantin. Dalam 12.30pm dah sampai. Panas terik, kepala pon berdenyut denyut.

Nak tunjuk pic kawan aku, hehehe...


Normah Othman ( mak dia berbangsa cina, bapa melayu)


baju oren ni, mak andam dia, asik menyempel jer

menyampah aku






besau giler kek dia





sebelum nak balik amik pic ni

Dalam kol 3pm, kitaowg bertolak balik. Memang penat jadi driver ni, letih... Lepak umah aida sampai kol 4 lebih, then hantar yati balik.

Pastu balik umah, takde sapa kat umah, cuma tinggal adik aku. So aku terus gi opis, ada keja nak buat sikit. Kol 8pm aku bertolak nak balik, tapi kawan ajak keluar makan.. Dah banyak kali dia ajak, tapi aku selalu menolak, kesian plak kat dia...

So, aku amik dia, then dia arahkan pegi satu tempat ni... memang spesel.. Bole tengok laut, tapi laut dah takde kat situ, telah ditambak... But, really nice place, sunyi dan suram.... ada lilin... tak bole bagitau nama tempat tu, sebab dah janji... huhuhu.... Kitaowg makan sambil berbual bual, gelak gelak, hahaha... tenang plak jiwa... dah lama tak rasa macam ni...

Jadi, semalam aku rasa happy sangat, sebabnya dapat tengok kawan aku naik pelamin, dan juga
seseorang yang telah buat aku happy...

Thanks buddy, i really apreciate what u did... You juz want to see me happy, and you did it... so glad to have you in my life... but i'm not in love with you, so do you... we juz a friend... you see me in a different way, and you said you found something in me, hehehe, u kata nampak jiwa keanak anakan dalam diri i... huhuhu, i budak lagi lar, u tak tahu ker?


ni je yg sempat aku snap, sebab dia kata dia akan baling
camera aku, sebab aku asik amik pic jer, hangin plak
dia...


Kol 11.45pm baru aku sampai umah, sebelum tu mak dah cal, tnya aku kat mana.. Tapi semalam jalan memang jammed giler... Aku hantar dia balik, tapi sebelum dia turun... hahaha, kelakar siot, malu pon ada.... rahsia lar... hahaha....

Dah lar, takleh taip lagi, kang terbongkar plak rahsia...
Adios....
















October 10, 2009

letiH & exciteD 2

erm...
letih bebenor plak
program asalnya mahu hadirkan diri
ke umah normah tuk majlis pernikahan
tup tup dia cal
suh belikan bunga manggar
seb baik aku tahu nak cari kat mana

siap amik pic bunga manggar tu
mms kat dia
pastu baru beli
kol 4.30pm bertolak anta gi umah dia
perjalanan pegi balik satu jam

balik umah
rehat jap, then siap siap
sebab malam ada berinai kecil
pi dengan aida dan biha
jenuh jugak cari umah aida
adoyai, mmg tak jumpa
dia kuar ke jalan besar
baru aku ikut dia kerumahnya
sebab dia dan biha naik keta dengan aku

tadi nak cari umah normah pon
payah bebenor
tengok pelan pon aku tak paham
cal dia baru dapat jumpa jalan
tanya orang kat kat situ gak
tanya orang stesen minyak
huhuhu....

seronok tengok normah kat pelamin
senyum jer
aku ada gak snap pic
tapi tak banyak
maklum la, aku ni kalo ada orang ramai
ada segan sikit
hehehe



kol 10.30pm aku gerak balik
anta aida dan biha
sampai umah aida
makan kuih raya
lepak sampai kol 11.45pm
then baru balik umah

besok plak
kena amik yati, then baru gi umah aida
then baru gi umah normah
adoyai, jangan la aku sesat lagi
penat nak cari
ni yang meletihkan
jadi driver lagi
huhuhu....
adios, dah ngantuk
nak beradu

October 09, 2009

letiH & exciteD

Align Center

dah pagi ni
aku tak tido lagi
mata takleh lelap
keja kat ofis berlambak lambak
aku bawak balik kat umah
dengan harapan aku bole siapkan
lagipun cuti 3 hari
excited sangat nak pegi umah si normah
huhuhu

besok dia diijab kabul
sabtu bersanding
jangan bimbang beb
aku mesti datang tau
ko yang yang kawen
tapi aku plak yang excited
hehehehe


ni hadiahnya
beli kat mana?
kat parkson la
lawa plak budak customer service balutkan
pakai 2 kertas pembalut ni
korang ingat senang nak balut?
kalo aku yang balut
mmg hancai bancai jadinya
adios


October 05, 2009

tolak tawaraN

dengan secara rasminya
aku menolak tawaran itu
tak mahu jauh dengan family
lagipun mak tak izinkan
tambah lagi ada perkara yg tak diingini berlaku
semua sedang emosi k

hari sabtu lepas bos jumpa aku
memang dia bagi masa suh pikir
aku dah pikir masak masak dah
so, hari sabtu tu la
aku beri keputusan yang muktamad

biarlah orang nak kata anak emak ker
duduk bawah ketiak mak ker
aku tak kesah
korang takde kat tempat aku
korang takkan paham apa yang aku rasa

aku percaya
kalau kerja kita bagus
rezeki tu akan datang lagi
aku percaya dengan keupayaan aku

terima kasih juga dengan pihak atasan
kerana mempercayai aku
percaya dengan keupayaan aku
dan beri aku peluang ni
walaupun aku tolak tawaran ni
tapi aku bangga

pasal apa eak???
pasal aku bangga lar
hahaha
bukan semua orang bole dapat tawaran ni
betul tak?
hehehehe
adios





October 01, 2009

perkarA yanG serabUt tak dapaT diselamatKan...

erm...
benda yang menyerabutkan pala otak aku
tak bole nak diselamatkan lagi
segalanya telah muktamad

tak tahu camne nak cerita
balik dari open house assistant aku
mak beritahu hal tu
aku mengucap panjang
tak sangka sesingkat itu jodohnya
mahligai yang dibina
yg tak sampai setahun ranap
tak terkata aku
aku sedih sangat
sebab aku juga wanita
punya perasaan
derita yang dialaminya
terbuai buai dijiwaku
mengapa mesti abang aku buat dia begitu

tapi angkara orang ketiga
mendesaknya aku rasa
aku tak paham mengapa ada wanita
yang sanggup merampas hak orang lain
tak berperasaan ker???
dan lelaki juga
mengapa tak teguh pendiriannya
godaan senang datang
tapi iman kan ada

entahlah
tiada lagi title kakak ipar
yang ada cuma
bekas kakak ipar
sedeynya
airmataku yang tumpah
tak mampu merubah apa apa
jodoh tak panjang
apa lagi yang bole aku katakan

pesanan pada wanita yang belum berkahwin dan berkerjaya
carilah jodoh yang bujang
walaupun umur dah lanjut
dan bakal jadi andartu
janganlah ambik suami orang
jangan ambik hak orang
kalau ada yang berminat
jauhkan diri
tetapkan iman didada
memang lelaki bole kawin 4
tapi mana ada wanita yang sanggup berkongsi kasih

pesanan kepada suami orang
pergaulan harus dibatasi
ingat status anda sebagai suami orang
ingat isteri anda
susah senang, jerih perih anda bersama
fokuskan pada keluarga dan kerjaya
bukan bermain cinta
memanglah kadang kadang sekadar suka suka
tapi kalau dah terlalu jauh
memang payah nak patah balik
memang lelaki bole kawin 4
ikut sunnah nabi katanya
tapi anda bukan nabi
dan takkan macam nabi
ukur baju dibadan sendiri

tuk aku
tetapkan iman aku
jauhkan godaan dari suami orang
walaupun umur aku 29 tahun
yang ada kalanya aku rasa cam terdesak nak kawen
sebab apa??
sebab kalau aku kawen
aku akan tetap di Melaka
kalau tak kawen, luar dari Melaka
so, macamane
tapi aku nak stay kat Melaka
takkan pernah sanggup tinggalkan keluarga
tambah lagi bila perkara macam ni terjadi
emosi mak tak tenteram

dan bila perkara ni terjadi
aku jeran nak kawen
erti kata lain
takut nak kawen
biarlah aku sendiri
tapi sampai bila
entahlah...
aku tak punya jawapan
tapi doa doakan aku eak



hanya tinggal kenangan
30hb Nov 2008 -
30hb Sept 2009