June 26, 2010

Kisah Batu Kecil dan Kunci Syurga

Kalau tanya pada sehelai daun pun, dia akan mengatakan ingin masuk kesyurga Allah swt. itu daun, bagaimana dengan manusia? terutama umat islam..kita juga, walaupun siangnya bekerja, tak ingat kat mana sejadah dan malamnya berkiblatkan keseronokkan duniawi semata. Lalu mampukah akhirnya kita mendapatkan syurga yang kita minta? Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah mengatakan :

"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

* "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolak lelaki itu masuk ke pintu neraka tersebut.akan tetapi lelaki itu tidak dapat masuk melaluinya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Begitulah, bahawa kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

begitulah kasih sayang yang Allah swt buktikan kepada kita hambaNya.
kalimah tauhid yang diucapkan dengan hakkul yakin akan menjadi pembuka kepada pintu-pintu syurga.

Lalu bagaimana agaknya bagi umat Islam hari ini yang lansung tidak mengucapkan kalimah tauhid itu, jika tidak lansung bersujud?

Apakah Islamnya bagaimana Agamanya dan dimanakah kesudahannya?

betulkan yang biasa dan BIASAKAN YANG BETUL

sumber SCRIPTER

June 20, 2010

rindu kamo


rindu kamo
wah
akhirnya aku berjaya upload photo kat sini
pakai picasa
huhuhu
so, masukkan picture my niece
hehehe
angah rindu kamo


Posted by Picasa

June 14, 2010

perihal cinta

Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

sumber dari Scripter

June 12, 2010

whaT!!!

everyone hear what you say
friends listen to what you have to say
best friends listen to what you don't say
love?
nothings, you just feel it

June 04, 2010

21 Jun 2010

21 jun 2010
ada apa?
erm...staf nite kat dvillage
theme? aneka ragam
ntah apa apa kan
susah nak beri pendapat

theme staf nite mp, red n black
tengok lar, aku attend ke tak
aku malas nak pikir nak pakai apa
korang rasa pakai apa yang sesuai?
kalo tak pakai apa apa lagi gempak kan....
hahahaha...berani ker?

June 02, 2010

3 bulan, kejap jer kan

salam...
hari ni genap 3 bulan pemergian arwah ayah
sekejap jer kan
aku masih tak percaya  yang ayah dah takde
aku bole rasa ayah ada, cuma tak nampak jer
tapi, memang dah takde kan
memang sukar nak terima hakikat ni
hari hari bila aku bangun
aku akan kata "aku dah takde ayah lagi"
kadang2 menitik gak airmata
sedih
dah...takmo menaip lagi
mahu nangis...
adios....