May 31, 2011

deactivate!

salam...
memang dah lama benar tak menaip, rindu pada blog yang tercinta. tempat tuk mencurah segala yang tersirat dalam lubuk hati. erm, bermula hari ni akaun facebook telah ditutup untuk sementara waktu, atas alasan? entah, sukar untuk diterangkan.

memang dah ramai kawan di fb tu, adik beradik, sepupu sepapat, kawan sekolah senior mahupun junior, kawan tempat keja, staf tempat keja, bos bos division, ex bos, kawan2 yg minat DCTN, yang memang tak kenal pon ada, yang cuba dikenal2 kan oleh kawan2 mahupun kakak ipar pon ada, semuanya ada 770 orang. dan seorang lagi, kawan lama yg dulu katanya suka kat aku, tapi tak pernah dapat meluahkan sehingga sekarang dah jadi suami org, tapi masih lagi menyimpan perasaan...apakah?

dia telah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang staf (dah berhenti) aku, sudah 6 tahun usia perkahwinanya, tapi masih belum beroleh cahaya mata. adakah itu alasan dia untuk curang? tapi katanya bukan curang, cuma lelaki kan bole kawen 4? apakah?!!!

pada dia telah kukhabarkan bahawa akaun fb telah beku, dia tanya kenapa, aku kata jiwa kacau. dia tanya lagi, aku tak jawap. ntah lar...

yer, memang silap aku, dia minta no hp, aku tak bagi, tapi isteri dia minta plak no aku, dia kata suami dia suh mintak, atas alasan bisnes. so mengayat lar....

dah lar, malas nak citer lagi...
nanti sambung lagi...
adioosss!!!!!!

May 27, 2011

hilang...

menghilangkan sesuatu yang ada memang mudah, tetapi memiliki semula sesuatu yang telah hilang tak akan semudah itu..