February 19, 2011

minggu yang teruk!!!!

salam...

minggu ni adalah minggu yang amat hara. kemarahan aku meluap luap. dari hal tempat keja, hal kat umah, hal dgn kawan kawan, semua lar, semua bikin hati aku panas. bila hati panas banyak lar perkataan yang tak elok keluar dari mulut aku ni.

sejak dua tiga bulan ni, memang banyak benda yang diluar jangkaan berlaku, sampai aku buntu, tak tahu nak teruskan, atau undur, buat atau tak buat...terima atau tidak? ntah lar.

lepas satu, satu masalah timbul, pening lar. Ya Allah tabahkan hatiku untuk menempuh semua dugaan ini.
Amin....

February 15, 2011

aku benci DATANG BULAN....

salam maulidur rasul...

memang dah lama aku tak menulis di blog ni. ntah lar, nak kata takde masa, ada...tapi kemalasan. banyak perkara yang terjadi dalam masa 2 bulan ni. kalau ada masa aku recap balik tapi hari ni aku nak citer pasal aku benci bila datang bulan (haid)

hari ni second day, semalam gamaknya pegi opis pakai blaus merah dan seluar putih, ambik kau, memang takde signal pon nak piriod, so semalam habis lar seluar putih aku tu. aku rehat awal semalam, sebab nak balik rumah tukar seluar. pukul 3pm aku dah rehat, sepatutnya rehat kul 5pm, tapi nak buat camne kan.

aku beritahu dengan HR nak rehat awal. nak bagithu bos, SEGAN sebab lelaki kan, nasib baik baju aku labuh, kalau tak, tak taw lar mcmane kan.

so sebab aku benci datang bulan, bukan sebab di atas, tapi sebab lain. 2, 3 hari sebelum nak datang tu, aku akan hangin, cepat marah, cepat mengamuk, selalu lar org lain akan menitiskan airmata, erm...hari ahad ritu, aku tegur satu staf, tapi agak tinggi lar nada suara tu, my assistant kata dia nangis, tapi aku tak nampak lar.

erm...yang lain plak, aku rasa cam useless, macam nak bunuh diri pon ada, terjun laut lar, suka menyendiri, diam, tak bercakap, duk diam2 pon muka berkerut. macam macam perasaan aku rasa. dan dalam masa ni memang pertimbangan tak betul, keputusan pon stabil dalam segala hal.

org kata ni semua pasal hormon, tapi org lain tak plak mcm aku, aku ni terlebey hormon ker? sebab tahap marah aku dan ayat ayat aku agak kesat kalau time mcmni. mudah sangat nak marah. tambah lagi kalau 1st day and 2nd day, memang lar sakit...berkerut kerut, tapi aku memang tak amalkan makan pil pink tu...pernah makan 2 kali jer...sebab tak tahan sangat, tapi takde lar smpai mc.

kadang kadang aku cuba kawal, tapi memang tak bole lar..camne eak? aku ni memang panas baran, dapat gelaran TSUNAMI lagi...

erm...k lar, nak bersiap pi keja...ada masa aku update, tak sabar nak story pasal saya ditawarkan jadi isteri kedua (madu) oleh si isteri...wah, nak dapat PAYUNG EMAS kah? 2 orang yang offer tu... huhuhuhu... tunggu...

ADIOSSSS.........

February 07, 2011

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada   Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampun

January 16, 2011

hidung jugak yang penting.....

salam...
erm...aku cuti 2 hari, sabtu dan ahad. tapi terperap dalam rumah jer, malas nak keluar. cuaca plak asik mendung dan hujan jer. blog ni pon dah lama tak update. aku dilanda kemalasan nak menaip. ntah lar...

previous post, aku ada cakap pasal kakak ipar nak bersalin kan. erm...alhamdulilah, baby boy, by the name of Juffri Hezzri bin Hairi, telah selamat dilahirkan secara cesarean di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

mak dia lom tengok, aku dah tengok dulu. amik gambar, pastu bagi mak dia tengok. korang tahu apa mak dia cakap bila kali pertama tengok baby dia? 'ala, hidung dia tak ikut bapak dia lar, ikut belah sana, tak ikut belah sini'.....

adoyai, kakak iparku, hidung jugak yang penting ker? 'ala kecik lagi, lom nampak betul betul lagi rupa dia'...aku jawap.. erm...ntah lar... kalau ayahnya hidung mancung, tak semestinya anak pon mancung kan? ikut maknya la kot...hehehe...takpe lar, asalkan ada hidung dan sempurna segala sifatnya..alhamdulillah...

hidung kami 4 beradik dari 5 orang memang ikut arwah ayah, walaupun tak sebijik macam arwah ayah, tapi batang hidung kami tu memang tinggi, kiranya bole cari makan ler...hehehe...cuma adik bongsu, pesek sikit, nak kata cam hidung mak tak jugak..ntah ler...mak kata masa mengandungkan dia, mak benci tengok birasnya yang hidung pesek tu...terkenan kot...

ada orang admire hidung i taw...hahaha, orangnya tak admire ker?....huhuhu......dah lar...macam dah panjang je post ni...bosan plak korang baca nt...

ok...ada masa terluang dan kalau tak dilanda kemalasan, hapdet lagi k....
buenas noches.... adios.....

January 07, 2011

yang pertama tuK tahuN Baru

salam...

apa khabar semua...macam hos tv plak kan. erm, entri yang pertama tuk tahun baru 2011. dah lama ta hapdet blog ni. maklum la bz jadi kuli masa warehouse sales ritu. terkangkang aku kemas sensorg 3hb hari tu. memang begitu la nasib aku yang tak suka menyusahkan orang lain, tapi orang lain suka susahkan aku.

so, masih mood tahun baru lagi kan, apa azam baru? sibuk kawan kawan asik menanya ni. tak guna berazam kalau tak pernah capai kan? aku pun tak malas nak menanam azam, asik tertimbus jer, nak buat apa tanam kan? hahaha...zaasssss sebijik.

tahun baru ni, aku takmo gunting rambut, nak kasi panjang lagi. sekarang ni ade le paras dada, tapi rasanya memang dah panjangg sangat kot, dorang kata lar, tapi aku rasa lom panjang lagi lar.aku nak kasi panjang, biar lepas dada, tak takmo la sampai ke punggung, panjang sangat tu, berat nak bawak.. seumur hidup tak pernah panjang sebegini kiranya mahu memecah rekod diri sendiri, ahaks...

rambut aku sekarang lebih kurang cam rambut minah kat pic atas ni, apsal takmo tepek pic sendiri? aku malas nak cucuk segala benda kat pc ni, lambat siot. tak berapa panjang sangat kan? so tengok pic lain k...yang super the vasss....


panjang tak? hah, mahu macam gini panjang, kalau badan macam gini pon nak jugak, tapi apakan daya, aku tak se slim ni...huwwaaaaa...cuba tengok pic bawah ni... yang ni lagi panjang kot.

amacam cun tak? tak nampak kan?

hahaha, ni sekadar gambar saja yer, aku takkan tiru aksi itu. yang pasti aku berbaju.dah lar, ada masa nanti hapdet lagi. erm...besok bakal dapat anak buah baru, kakak ipar sedang sakit nak bersalin. tadi Along cal mak, dia cakap, doktor kata lepas subuh tolak masuk labour room.

bole la pi melawat sok pagi, lagipun keja petang esok..
adios........

December 26, 2010

WAREHOUSE SALES

sekarang ni mmg aku tengah sibuk dan takde mood, bila keja tengah menimbum, mmg la cepat angin kan.. yess, aku bukan jenis yang penyabar, kalau dah angin, mulut aku ni banyak la benda yang tak baik keluar...zassss...
jom ramai ramai ke,
WAREHOUSE SALES @ PARKSON MELAKA MALL, AYER KEROH MELAKA
LOWER GROUND & GROUND FLOOR
10AM TILL 10.30PM
23/12/2010 - 02/01/2011 

adioss....



December 09, 2010

borink!!!!

salam...
erm...borink cuti hari ni, tak pegi mana mana, lagipun asik hujan dan cuaca mendung jer. duk terperap je dalam bilik, fb, pastu golek golek atas katil...

semalam  lepas balik keja, keluar ex staf dan 2 orang staf Kluang. kebetulan dorang datang Melaka, training kat sini. so aku bawak dorang pegi makan makan, haruslah aku yang belanja kan? kitaorg makan kat pantai jaring, makan yong tau fu, ok lar, nak kata sedap sangat pon, tak la jugak. biasa je.pastu melepak kat tepi pantai. tempat tu dorang panggil pantai EYE ON... ntah lar...pelik kan. ramai couple dating kat situ, ada gak orang mancing. kitaorg duk atas batu, borak borak, amik gambar...

erm..sekurang kurangnya terubat la rindu Si Noy tu nak jumpa aku, dah hampir setahun tak jumpa, aku memang tak pegi Kluang pon lepas jadi helper kat sana. dia peluk, cubit cubit pipi aku, rindu sangat katanya...padahal aku kat sana pon 16 hari je, tapi tak sangka jadi rapat... dia pon manja, adoyai...cair...
aku ni pon bukan mesra sangat, tapi percaya tak, kalau ada chemistry, memang senang jadi mesra.

k la, tak taw nak cakap pe lagi. hari ni letak lagu lain, dengarlah... lagu ni menggambarkan perasaan aku ketika ini...hanya tuhan saja yang tahu sakitnya...moga aku tabah...
adios...

December 08, 2010

jangan bagi harapaN....

jangan bagi harapan pada aku lagi, hati dan perasaan ni dah hancur. kau pandai bermain kata mempermainkan perasaan, dan mempersendakan hati...

dan kalau kau baca blog ni, saya nak beritahu, sayangilah orang yang sayangkan awk. jangan curang terhadap orang yang sayangkan awak. awak milik dia, jangan mencuba tuk mencari yang terbaik lagi, sebab dia adalah yang terbaik untuk awak... padamkan memori awak terhadap saya...saya takkan rampas kebahagian orang lain, saya perempuan, saya mengerti sangat perasaan seorang isteri. jadilah suami yang dihormati oleh isteri, bukannya suami yang selalu diragui oleh isteri.

hati terlalu luka, luka teramat dalam...
adios.......

December 07, 2010

semoGA...


Salam Maal Hijrah
semoga niat perubahan seiring amalan, mudah mudahan...
moga kita menjadi insan yang berhijrah pada yang lebih baik.
moga penghijrahan kita mendapat keredhaan Allah...

December 04, 2010

janGAN tinGGALkan..........

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat...

December 03, 2010

sukarNYA berkata kata.....

salam...
sukarnya berkata kata bila apa yang ditutur dan yang dibicarakan di salah ertikan. ada masa masanya tutur kata di dalam blog ini memang keras, bila marah segalanya keburukan kata kata yang terbuku dalam jiwa akan terluah dalam blog aku yang tak seberapa...seperti bait bait lagu dalam blog ini, "aku bukan nabi yang bisa sempurna, ku tak luput dari dosa"....

aku hanya penulis yang tak bertauliah, yang cuma menghambur kata kata di dada ruangan yang tak seberapa ini. aku menulis dan menaip hanya untuk memberi ruang pada jiwa supaya longar dari beban beban perasaan yang kutanggung, di sini aku harap aku tak dikenali di luar sana, sebab aku di luar sana takkan pernah sama seperti org yang menaip kata kata yang sopan dan lembut seperti ini...

aku seorang yang agak berjiwa keras pada luarannya, namun rapuh dan sentitf didalamnya, dan sesiapa yang mengenali aku (rakan sekerja mahupun kawan kawan sekolah) pasti tidak  percaya aku seperti ini...ada la sorang dua kawan sekolah yang komen sebegitu bial baca blog ni, dan aku tarharu.sememangnya tiada siapa yang betul betul kenal peridot sepi ni...

aku tidak mesra pada pertemuan pertama, dan aku dianggap sombong dan garang, sebab suasana tempat aku berkerja memang selalu bertemu dengan orang baru. aku tahu riak wajah aku memang begitu, bak kata pepatah, "muka kita memang tak boleh ubah tapi airmuka kita kan boleh ubah"... tapi tulah, aku dah terbiasa begitu...

dah 1.23am, besok nak keja...
malam ni pakai kain pelikat arwah ayah dan tshirt...buat tidur....
rindu sangat dengan ayah, cuma kain pelikat je pengubat rindu....
i miss him so much....al fatihah....

December 02, 2010

chaK!!

salam...
chak!!!! lama sudah tidak berupdate kan... baru malam ni berkesempatan. byk benda nak stori mori, tapi nanti lar dulu...

kadang kadang aku ni lurus sikit, tak taw la dipergunakan oleh org lain tuk mencapai maskud tersiratnya... ntah lar, aku dah makin bosan, kalau cakap nanti, tersentap plak...hey mmg tak terbuka la dorang ni...kolot!!!

aku menjadi diri aku, bukan hipokrit, tak kesah lar org nak ckp TSUNAMI ker (ni mmg dah selalu dengar), panas baran ker? 'ckp dia jer yg betul' (eh dah mmg selalu aku ckp betul, korang ingat aku cakap ni tak pakai otak ker?) nampak cam marah kan... aku tak marah, cuma sesi luahan perasaan...

ok la tak nak menaip lagi, nanti perasaan terganggu plak bila nak tido....
selamat beradu...adios....

November 22, 2010

kesibukkan melampau!!

salam...
aku masih di opis, keja yg berlambak masih belum sempurna disiapkan. banyak dokumen yang bertimbun timbun yang perlu aku periksa dan sain...adoyai....tak menang tangan nak buat, kalaulah org lain bole tolong sainkan dan periksa kan bagus...

besok plak gamaknya lagi terkahap, STOCK TAKE, dan ada org lain cuti lagi, so aku kena keja dari jam 9.30am hingga 12am...lama sungguh kan...memang letih bebenor nanti, pe nak buat, dah keja macam ni, nak cari rezeki halal, memang cenggitu...

apa banyak benda lagi nak ditaip ni, tapi masa membataskan segalanya, ada terluang masa, aku update k...
salam ceria...adiosss..........

November 20, 2010

i'm sorry, susah sangat ker?


sumber dari SCRIPTER

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf kay..

komen saya, perempuan pon kena macamtu gak, kena mintak maaf kalau buat salah, barulah harmoni kehidupan kan...
adiooossss...

November 18, 2010

tak setabah maNA......

salam...
sedih...segalanya datang dalam satu masa yang sama...
hati aku ni tak tentu arah, nak pikir tu, nak pikir ni...
dan aku tak tahu kenapa aku emo sangat...
aku tak setabah mana..
airmata jatuh berjurai juga, aku rela disakiti, dan aku rela mcmtu..
sesakit mana pon mmg aku akan pendam, luaran memang orang tak tahu...
tapi dalaman memang dah hancur, umpama kaca bederai tatkala dihempas ke lantai.. 

ya Allah, berilah kekuatan pada hambamu
AMIN...

November 17, 2010

korban apa saja?

salam...
kepada semua pembaca blog ni sy ucapkan selamat menyambut aidiladha...
selamat berkorban apa saja, harta tapi nyawa aku tak sanggup k...
aku pun tak sanggup nak korbankan perasaan sendiri k...
i will fight for it !!! and we will see....

November 14, 2010

lain macam!!!

salam...
hari ni tak tahu kenapa perasaan lain jer, pasal hal siang tadi ker? kol 8.15pm tadi aku keluar pegi bank, pastu otw nak balik tu kat sinar fm lagu yg dah lama aku tak dengar, pasal nak dengar lagu tu sebelum sampai umah, aku drive jer kat mana mana... melayan perasaan sensorg.. entahlah, perasaan tak tentu arah hari ni.

harap harap perasaan ni sementara saja. nak menaip tapi mata ni ngantuk plak. badan rasa letih, so gamaknya kena tidur awal ni. jam baru pukul 11pm. besok je lar sambung eak.. selamat malam...
adiosss...




 

November 12, 2010

maafkan saYA......

salam...
kadang kadang kita tak bole nak halang orang dari menyukai kita, dan aku pon tak tahu bagaimana caranya untuk mengelak. percayalah, aku tak semanis yang disangkakan, namun aku tidaklah seburuk buruk manusia.
aku hanya menjadi diri aku sendiri...

semalam kuterima sms dari seorang kawan, lelaki, memang dah lama aku kenal, 4 tahun. aku tak pernah ada apa apa perasaan terhadap dia. sebab dia muda lagi, aku tua dia 6 tahun, dia sebaya adik aku. bila aku berkawan dengan dia aku tahu batas batas aku, aku tak pernah mengungkapkan perkataan cinta dan sayang, kami hanya bersahabat.

selama 4 tahun, aku cuma jumpa dia 2 kali saja, tu pun sebab aku jadi helper kat Kluang, Johor, tahun lepas bulan december. dia orang Johor. keluar pon masa aku lunch time, malam tu dia ajak tengok wayang pon aku tolak. tapi aku tak sangka semalam dia sms dia kata suka kat aku. aku termenung, tak tahu nak jawap apa.

dia kata dia jatuh cinta bila hari opening day tu, masa tu aku pakai baju kurung with a full make up. tulah kali kedua aku jumpa dia, patut la aku tengok dia pandang aku semacam jer. kali pertama aku jumpa dia, aku sempoi jer, jeans n shirt, rambut simpul siput. erm, aku rasa bukan mudah dia nak meluahkan perasaan, hampir setahun kan dia pendamkan perasaan tu. dan semalam dia beranikan diri walaupun dia tak tahu apa jawapannya.

yelah, sms pon sebulan sekali, kadang2 memang takde langsung. kawan kawan, biasalah, memang mcmtu. tapi tak sangka plak semalam dia mcmtu. pagi tadi baru aku balas sms dia. aku kata, aku suka dia sebagai seorang kawan jer, tak lebih dari tu. lagipun dia terlalu muda untuk aku. aku perlukan kematangan seorang lelaki, kalau setakat setahun dua takpela, tapi ni memang terlalu jauh sangat...

dia kata dia faham, dan dia harap hubungan sebagai kawan tu tak putus walaupun persaan dia terhadap aku dah diketahui. kenapa semuanya hadir di saat mcmni..saat aku mula nak mengenali seseorang... dugaan...dugaan...

dan persoalannya, kalau aku tak kenal sesiapa pada waktu sekarang ni, mungkinkah aku terima dia? jawapan....TIDAK...walaupun aku sendiri, aku memang tak boleh terima dia. ada la beberapa perkara yang memang telah difikirkan, keluarga, diri sendiri, dan lain lain juga...tak payah aku nak ulas panjang lebar kat sini..

percayalah, tiada niat untuk melukakan, tapi aku terpaksa, aku kena berterus terang. hati dan perasaan memang tak bole dipaksa. kalau kita dah sayang seseorang, kita pejam mata, kita akan nampak dia, tapi aku pejam mata, aku memang tak nampak dia, biarpun dah bertahun....anggap la tiada jodoh antara kita...

adios....

November 08, 2010

renungan bersaMa.......

 salam...jom baca, sumbernya dari sini

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

adios...
selamat beradu....Zzzzzzzzzzz..........

November 07, 2010

kasihkan....

Kata-kata Pujangga: 
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya 
kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita 
sayangi beroleh bahagia"

komen saya,
terpaksa terima demi kebahagiaanya
walaupun hati hancur, jiwa merana
asalkan dia bahagia 

dan dari sudut yang lain
tak sanggup kehilangannya
tak sanggup lepaskan
ingin bersama selama lamanya
tak kira apa jua dugaan menerjah
kutempuh dengan rela