April 30, 2013

Terapi jiwa..

Salam...
Dalam kesibukan kerja masing masing sempat jugak meluangkan masa untuk pergi ke pantai. Tempat pertama kitaorg dating...
Aku plak masa tu memang tengah sakit hati, dengan masalah kat tempat kerja, masalah kat umah lagi, tu yang si dia ajak pergi pantai. Tempat yang mendamaikan perasaan katanya.
Yelah, belum kawen ni boleh la selalu pergi pantai nanti bila dah kawen tak tahu lar dapat pergi lagi ke tak. Awak, kalau baca posting ni jangan marah taw.. Hehehe!
Aku memang suka laut dan pantai, kalau tengah sedih, buntu dan sakit hati, memang aku akan cari laut.. Bila dapat tengok laut rasa lega, rasa tenang sikit. Port Dickson tu aku tak sampai lagi, tapi Teluk Kemang sudah.
Ni saja gambar yang boleh dikongsikan bersama.
Wassalam...








April 24, 2013

Penat

Salam...

Penat sangat beberapa hari ni. Masa terlalu singkat rasanya, macam sebab cepat jer berlalu. Masing masing sibuk, sms pon tak sampai 10 kali, call pon sekali dua jer.

Setiap kali ada warehouse sales, memang macam ni la jadinya. Penat berjalan sana sini, telefon supplier, periksa itu ini, pantau staf buat keja, ada jer nak kena ingatkan..

Aku pin tak tahu kalau aku takde macamane diaorang ni buat keja. Zaman aku dulu berbeza dengan diaorang, tak payah suruh, tahu je apa nak buat. Tapi diaorang ni dah berapa kali warehouse sales pon masih nak berturut lagi.

Aku ni kalau dah banyak nau bercakap, memang cepat marah, cakap sekali tak paham, cakap berkali kali mahu tak hangin kau dibuatnya. Memang suhu pon cepat je la naik kan.

Tak mahu menaip lagi, nak merehatkan jari jemari dan badan, besok restday pon kena datang opis, bos baru dari hq nak meeting dengan kitaorg. Tu pon aku tak prepare apa apa lagi. Hentam sajalah labu.

Adioss...

April 13, 2013

mAsA...

Asslamulaikum...

Masa berlalu pantas, walaupun rasa masa tu jauh lagi tapi sebenarnya makin dekat. Adalakalanya buntu, makin difikirkan makin kusut kepala.

Dengan tuntutan dan komitmen kerja yang melampau lampau membuatkan aku tak boleh fokus pada kehidupan peribadi. Makin stress dibuatnya. Mulalah tak boleh tidur, mata pon terkebil kebil bila dah baring.

InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.

Wassalam...

April 06, 2013

Jalan jalan...

Salam..
Tak pernah pergi taman rama rama. Ni kiranya kali pertama pergi. Duduk je kat melaka, tapi tak pernah pergi, huhu!
Bukan ada rama rama je kat situ, serangga, buaya, penyu, kura kura, ikan air tawar, ular, monyet, burung2, apa lagi aku pon tak ingat. Tengok je lar gambar gambar di bawah yer, ni taip pakai hp jadi tak kalo gambar tu rapat rapat, harap maklum je lar eak...
Wassalam..









April 03, 2013

kiT@

Assalamualaikum...

Lama tak mencoret apa2 di dada blog ni. Kesibukan kerja dan kesibukan dengan si dia membataskn segalanya. Alhamdulillah, hari ni genap setahun pertalian hati bertaut antara kami berdua.

Hari ni jugak genap sebulan kami bertunang, insyaALLAH kami akan diijab qabul kan hujung tahun ni. Sebenarnya memang tiada niat untuk berahsia, tapi malas nak 'share' dengan sesiapa, cukuplah keluarga dan teman rapat jer yang tahu.

Ok, itu saja yg boleh aku 'share' kan. Pada si dia yg memang tak tahu adanya blog ni, terima kasih atas segalanya.

Adioss..
Assalamualaikum...