August 31, 2009

merdekaKah kitA....


satu jer aku nak tanya
merdeka kah kita sebenarnya?
mungkin merdeka dari penjajah
dari segi lain...erm...ntah la...
peragut sana sini
buang sampah merata rata
mat rempit berkeliar sana sini
so....adakah kita merdeka sebenar benarnya.....
entahlah.....
pada aku...
tak lagi...
ni pendapat aku
pendapat korang aku tak tahu
jangan nak hentam aku lak
ini cuma pendapat aku k
adios....

August 30, 2009

makiN kuruS......

makin kurus ct eak...



tapi bila duduk, cam berlipat plak perutnya...

tapi apa apa pon tetap ayu
menten ayu beb...
kesukaanku...
kegilaanku k...


sumber budiey.

August 28, 2009

terusKanLah.......

lirik lagu yang meruntun kalbu. baru 2 hari lepas kawan aku cal, sama saja ceritanya dengan lirik lagu ni, bila aku tengok klip video kat youtube, memang cara itulah dia diperlakukan.

aku hanya mampu mendengar sahaja luahannya...
itu sahaja yang aku mampu, harap harap akan reda gelora perasaannya...


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah... Teruskan lah
Kau begitu...

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

August 27, 2009

ni yanG menDatanGkan maraH....


Jiwa tak tenang lagi ni, tapi aku nak menaip, padahal tadi baru aku cakap aku malas nak menaip kan.... tak tahu apasal lagi semalam aku nak marah jer, tapi aku tak la jerit jerit sebab pose kan, tapi muka aku masam la, sebab ada beberapa perkara yang tak mengikut perancangan semalam..



Baru jap ni, aku panas hati. Aku tergerak nak keluar dari bilik, nampak kakak ipar aku yang tersayang tu (nak muntah k) kat luar pintu bilik aku. Erm, baru balik dari umah mak dia selepas 2 hari takda kat sini. Then dia pon terus jalan masuk bilik dia, aku plak duduk kat kerusi yang ada kat depan tv tu, mak pon ada kat situ, tengah tengok tv.

Pastu mak cakap dia bawak adik pompuan dia...CEH.....panas jap hati aku. Aku bukan berkira sangat, tapi aku tak suka la. Ni umah mak bapak aku, kenapa plak nak bawak balik adik dia tido kat umah ni tak bagitahu dulu, tak payah mintak izin kah????? Dan abang aku yang sengal tu pon buat tak tahu... So AKU SANGAT MARAH.... dalam hati ni tuhan saja yang tahu.

Tak tahu berapa lama dia kat sini, dah la gedik, meluat aku tengok.

Aku paling tak suka orang yang tak geti hormat hak orang lain. Ada orang tak kisah, tapi aku memang la kisah. Jangan harap la aku nak tido dengan dia sebilik walaupun katil aku queen k. So kalo dia tido dengan kakak dia, so abang aku nak tido mana??? Tak pikir ke wei....

Kat umah ni aku ada 2 orang adik bujang, so aku rasa tak berapa manis la kan. Dah adik aku tu suka berlengin (tak pakai baju), berseluar pendek (boxer), so elok tak? Si kakak ipar ni takda otak ker?

Rumah dah ada, berambus je la (mmg marah ni), tapi berkira kira bila mahu pindah, si sengal ni janji duk sebulan je kat umah ni, sebab mak bagi masa sebulan lepas dorang kawen, tapi sekarang dah 8bulan. HANGAT TAK HATI AKU NI....

Ada banyak lagi benda yang berlaku, tapi aku malas nak citer, nanti orang kata hal family nak dijaja, tapi perasaan aku yang meluap luap ni macamane????

Sebenarnya banyak yang terbuku dalam hati ni, tapi aku pendamkan saja, sebab aku masih ada perasaan hormat pada si sengal dan juga kakak ipar. Bak orang cakap tulah bini, tulah laki, dua dua memang tak paham bahasa dan tak geti menjaga perasaan orang....

Aku pon bukan la baik cam malaikat, tapi tulah, adik ipar ni yang kadang kadang beli nasi bungkus, belikan tuk kakak ipar sekali, keluar makan ajak dia sekali dan bayar sekali walaupun tak pernah sekali pon dia bayar, tapi aku tak kisah, sebab aku kan MMG MURAH HATI la sangat...

Adik ipar ni yang kadang kadang hantar dia gi keja dan ambik dia balik keja... Adik ipar ni yang yang masak maggi tomyam tuk diri sendiri dan juga kakak ipar. Adik ipar ni yang selalu marah si sengal bila si sengal banyak bunyi kat kakak ipar...

So sapa adik ipar tu....akulah....dan sapa yang si sengal tu....abang aku la...

Takpe aku kutuk kutuk dia, dia bukan baca pon kan...nanti raya aku mintak maap ler kat dia...
Tapi aku rasa la kan, bukan yang muda je kena mintak maaf kat yang tua, yang tua pon sama kan... cam si sengal ni...kena mintak maap kat aku....sebab dia selalu menyakitkan hati aku... menyusahkan hidup aku....

Sikit sikit, "ja, ni macamane nak buat? "ja bole tolong along tak?. Adoyai, hangin tol la aku.... ada je benda dia nak tanya aku, tak bole pikir sendiri, sampai surat surat bank pon nak suruh aku baca, "ja ni apa dia cakap".... aku jawap, "dia cakap ko hantukkan kepala ko kat dinding"..... kadang2 aku jawap cenngini...."cakap betuk betul la ja..."

Harap muka je encem, tapi kadang kadang bebalnya setebal tebalnya....
Jangan bimbang, raya nanti aku sure mintak ampun eak sengal...

Adios....

maLas!


banyak citer
suka duka
menyakitkan hati pon ada
tapi aku malas
malas nak menaip
biar jiwa tenang dulu eak
adios

August 26, 2009

berbuKa puaSa menGikut SunnaH...



Baca info ni...
Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu
Dawud, no: 2010.
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana..
Firman Allah S.W.T:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:
  
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya
(memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
- Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” -Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w: 
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” -

seketuL kejU daN seheLai tuaLa keciL...

sekadar renungan....


SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"


August 25, 2009

daH merenG

 
aku sekarang dah ketagih disini
hari hari mahu tanam
hari hari mahu harvest
aku makin gigih disini
dua hari cuti ni
aku asik disini je
celik mata jer
dah bukak facebook
dulu celik jer 
bukak blog
sekarang
erm selamat tinggal
friendster, tagged, flixter 
dan beberapa yg sewaktu dengannya
aku mahu jadi petani yang berjaya k
ahaks....

August 24, 2009

mimPi buruK & beritA buruK

Mimpi Buruk
Erm...aku mimpi buruk...Ni semua akibat tido selepas suboh.. Aku mimpi kembar aku mati, tapi laki dia selamber jer...

Masa tu aku kat umah, tapi takde nampk jenazah ke apa, cuma tahu dia dah takda. Kat umah aku cari segala benda kenangan dengan dia. Nangis teruk teruk, cam orang meroyan....semua adik beradik sedih...

Then aku drive cari suami dia, dia leh selamba layan adik beradik dia makan, cam takde apa apa yang berlaku... Bila Ammar dan Anis nampak aku, berlari datang kat aku, pelok sekuat hati. Dorang tanya mana mamanya..."mama ane" katanya....


tak sanggup kehilangan kamo...

Aku tak mampu jawap apa apa... juz pelok saja... Then jumpa laki dia, dia langsung tak mention pasal kematian kembar aku. Dia bole cakap lagi nak beli tanah, pastu nak buat gelanggang futsal... Sengal kan mimpi aku ni... Semua adik beradik lelaki dia ada... Cuma aku tengok laki dia tak terurus, misai dan janggut tak bercukur...

Tapi dalam kepala otak masa tu tak leh nak pikir apa, cuma pikir camne la anis dan ammar nanti. Sapa nak jaga dorang, aku leh terpkir nak kawen dengan si rosli...hahahaha...gatal sunggoh aku...tapi tu kan tuk kebaikan anak buah aku kan...tapi aku tak cakap la dengan dia...

Dalam hati aku terpikir yang mesti duit kakak aku dia bolot, memang enjoy la tu.. Dalam masa aku mamai tak bole pikir tu, aku cam teringat, ni mimpi ke apa...

So bila mata terbukak, aku tahu kembar aku masih hidup, tu hanya mimpi jer... tapi pipi aku basah.... Then aku keluar dari bilik dan pegi bilik air, tengok jam kol 11.30am...amik ko... Mimpi apa time cam ni...

Then aku duduk sebelah mak, aku cakap aku mimpi Lielin mati, mak kata tulah, sapa suh tido sampai tengahari... Tapi masa tu aku nangis, tak tahu kenapa, sebak semacam... Mak kata cal la dia... Aku nangis lagi...

Aku amik hp, tengok ada sms, dari assistant aku...ni pon berita burok, nanti aku citer eak...

Aku sms dia....
'Lin, aku mimpi ko mati, tapi rosli tak sedey pon, dia himpunkan adik beradik dia. Ammar dan anis asik tanya mana ko, aku nangis taw'...

Dia balas, 'mengarut la mimpi ko, bile ko mimpi'? Aku jawap, 'dah nak pagi tadi'...
Then dia balas, 'bersetan la, dah pagi, maknanya aku panjang umo la kan'...( ko tengok dia ni lagi laser dari aku)
Aku jawap, 'ntah la, apa apa pon hati hati jer'...

Pastu dia melalut sms pasal mak mentua dia...adoyai...malas aku nk balas lagi...tapi layan gak... Sekarang dia kat terengganu, cuti sekolah kan, sambut pose kat sana...

Berita Burok
Aku dapat sms dari assistant aku, dia nak hantar notis berhenti keja hari ni. Memang dari semalam aku dah tahu, tapi aku ada pujok dia gak... Rasanya ni dah kali ketiga kot aku pujok dia, dari mp dulu dia nak berhenti, tapi masa tu aku promote dia, so gaji lebey skit then tak jadi berhenti... So tadi aku sms dia balik, suh da pikir betul betul... Tapi dia kata tu keputusan muktamad dia...

Sekarang ni aku pon dah putus asa nak pujok dia lagi, sebabnya dia nak tolong mak dia meniaga, abang dia dah buat loan tuk besarkan kedai mak dia... Aku tak bole nak halang lagi, aku rasa tu pon tuk kebaikan dia...tuk masa depan dia, lagipon dia mengandung sekarang ni...

Tapi yang sayangnya, dah 4 tahun dia keja dengan aku, angin aku pon dia tahu... Kitaowg pon dah jadi rapat, selalu makan sama sama, karoake sama sama, sore dia memang sedap giler, cam serak basah... Dia pernah masuk kelas vokal k... Dia pandai masak dan sedap sangat, buat kueh pon pandai, pandai mengandam, kalo makeup, memang superverb beb...


my assistant, maslinda

Dia ni yang selalu touch up aku, memang cantik hasilya, sampai B.A kat mp jeles taw..... Dia ni kalo makeup cam stail makeup orang kawen tau... Sebab dia ni pandai melukis, orang kata kalo sapa pandai melukis, dia pandai guna jari dia tuk makeup...melukis dimuka pakai segala benda kan.. Lagipon dia pernah belajar mengandam...

Satu lagi kalo dia dia makeup kan customer, customer tu mesti beli apa yang dia pakaikan kat muka customer tu... Dia ni berbakat dari segi apa pon, cuma satu jer, mudah lupa...

Dia keja dengan aku dari dia single sampai sekarang ni dah kahwin... Anak dia yang sulong pon dah 3 tahun...Erm...maknanya aku ada masa sebulan lagi dengan dia. Bulan depan dia dah babai kat aku...sedeynya...

Camner tu, berlambak la keja aku kena buat sorang sorang kan... Kalau keja aku banyak, aku cepat naik angin... Buat masa sekarang ni takda calon yang sesuai tok di promotekan jadi assistant aku...

Dan aku pasti rindu celoteh dia, dia ni kelakar giler, satu melaka mall taw dia ni kelakar dan kuat melatah, kalo melatah tu perkataan luar dalam keluar... Dia selau buat aku ketawa tau... Menceriakan hari hari aku yang suram.....

So perlukah aku nangis lagi...
Arrghhh......tabahkan hatiku....

August 23, 2009

keLebihan daN caRa mencaPai kesempurnaaN puasA


Agama Islam

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1430/home.htm

August 22, 2009

juaDah Sahur

Hehehe, bulan pose ni tak bole tulis yang bukan bukan kan, kurang pahala pose beb. Ahaks... Nak citer pasal sahur ni. Dah bertahun tahun rasanya aku tak makan sahur. Memang bangun la bangun masa sahur, tapi cuma minum segelas air masak dan makan beberapa biji kurma jer..


Kawan kawan pun heran camne aku bole tahan, tapi aku memang dah biasalah macamtu. Tekak ni memang ak bole telan apa apa makanan waktu sahur, loya sangat. Tak pun aku cuma minum air teh o segelas pastu air masak.



Bagi sesetengah orang memang tak bole kalau tak makan kan, nanti bole pitam. Ni semua bergantung pada tubuh badan seseorang, cara aku ni memang tak betul, jangan ikut k...

Tapi kalau buan pose ni, memang la berat badan turun, tapi setakat turun 2kilo jer, tapi masa raya naik 4kilo, hahahaha, korang rasa berbaloi tak? So rasanya tahun ni raya kena control sikit pemakanan eak, umo pon dah 29tahun, susah gak berat badan nak turun, sebab dah tua k...

Hari ni keja petang, erm...tak tahu samada nak bukak pose kat tempat keja atau kat umah. Kalau kat umah kena drive balik la. 15 minit baru sampai... erm...ntah la

Tadi kawan aku Ery yang sengal tu cal, pepagi lagi dah kaco aku eak sengal. Bila cal tanya bila nak kawen, lu spoil mood gua la beb.

Pastu ko bole cakap ko ada msg my twin kat tagged, ceh, my twin sengal kata aku ni memilih sangat, ko pon cakap macamtu. Adoyai, ko nak makan bukak pose ni pon nak kena pilih beb...

Aku bukan memilih walaupun semua orang cakap macamtu, kenapa bila lambat kawen orang akan bagi statement 'alah ko tu memilih sangat'... dah malas aku nak jawap, aku senyum jer...


Tapi kalau encem macam ni, memang aku tak tolak beb...
keji sunggoh saya...



Then bila aku story pasal aku ada kawan dengan seseorang selama sebulan, ko cakap "ceh.. wyza pon ada perasaan chenta dan nafsu... Aik beb,aku kan manusia, memang la ada perasaan, yelah...selama ni ko tu yang tak perasan Ery. Aku kan tak pernah nak citer kat ko, aku asik dengar citer ko jer... Aku kan pendengar yang setia.

Erm...ntah la...kena pesan dengan si Ery ni, kalo cal jangan cakap pasal bab kawen eak, tak nanti i babab u sengal.... Adios...

August 21, 2009

saLam ramaDhan...

tiada hari seindah jumaat
tiada kata seindah zikir
tiada ibadah seindah solat
tiada bulan seindah ramadhan
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

jangan lupa bangun sahur eak...

di usunG duKa

Lagu ni ditujukan khas buat sahabat aku.

aku tahu pilumu
aku tahu sakitmu
tapi aku tak mampu menyembuh lukamu
mungkin airmata menjadi penemanmu
sesungguhnya bersabarlah sayang
itu semua dugaan
aku harap kau hadapi dengan tabah
aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kau


Di Usung Duka - Ilyka

Kasih yang kecundang
Memedihkan
Hanya sebuah keluhan rasa
Dapat menghias hati yang duka
Bertemankan kesunyian
Ku melawan perasaan

Dalam airmata
Yang berlinang
Aku mencari hakikat cinta
Akhirnya tewas di dalam resah
Ku wanita, tak berdaya
Nak melawan kenyataan

Namun bila difikirkan
Mengapa ku menanggung seorang
Sedangkan engkau di sana riang
Bahagia dengannya

Puas ku membalut luka
Namun pedihnya masih terasa
Menambahkan siksa di dada
Bagai bara menyala

Ingin rasanya ku buang
Kenangan yang memilukan
Tetapi ternyata
Parutnya masih ada
Ku diusung duka

terGuriS....


terguris dengan kata katamu
pedihnya menghiris kalbu
namun itu tiada pernah kau tahu
kerna tak dapat dibaca dengan tingkahku
terima kasih sahabat
kerana hirisan itu
menyedarkan aku
persahabatan itu
ada manis dan juga pahit
ada madu dan juga racun
itu semua bisa kuterima
sekali ikatan terbina
selamanya kekal bertaktha

August 20, 2009

perniLaiaN yanG taK muNasabaH....


Dunia sekarang, ramai yang gunakan agama sebagai satu pernilaian yang aku rasa tak masuk dek akal. Macam tadi kat tempat keja, katanya....kak, budak tu baik taw, sembahyang tu....

Iyer solat tu memang wajib, tapi kalo ko kata dia baik setakat ko nampak dia sujud kat tikar sembahyang, tu ko kata baik...yang lain ko tak nilai ker... Beb, kena kenal hati budi dululah beb...

Aku bukan nak mengata, tapi memang dari pengalaman aku yang lepas. Solat 5 waktu memang tak tinggal, bila cal tanya kat mana, kat masjid katanya... tapi bila ko kat depan mata dia, dia pon nak jamah ko.... so apakah itu???? bila cakap tak bole, takpe nanti bole taubat....apa maknanya itu??
bukan ker mempersendakan agama tu....


Aku ni bukan la ustazah atau ahli agama, tapi rasanya benteng agama aku ni kuat jugak la, dapat membezakan mana yang haram dan juga yang halal....dosa dan juga pahala...

Zaman sekarang ni susah nak cakap. Aku bukan nak kutuk atau mempersendakan agama, tapi kalau pikir secara lojiknya, kadang kadang manusia ni menutup kejahatannya dengan cara itulah, tapi bukan semualah, segelintir sahaja...

Ada la jugak beberapa kes, yang aku tahu la... Solat 5 waktu tak tinggal, tapi bila petang dan hari tertentu, nombor ekor tak lupa beli....camne tu....

So pada sapa yang alim taik kucing tu, hentikanlah perbuatan yang mengundang dosa tu....
Beb.... dosa senang dicari, tapi pahala susah nak dapat....

Sepuluh jari disusun kalo entri kali ini mengguris perasaan kalian, aku pun insan biasa tak lepas dari membuat kesilapan..
.
Wassalam...

August 19, 2009

somBong............

sekadar renungan...

Sombong antara sifat mazmumah yang ada dalam diri manusia. Sifat sombong termasuklah apabila kita memandang rendah kepada orang lain dan menafikan kebenaran yang cuba dinyatakan oleh orang lain. Seringkali sifat inilah yang menyebabkan jiwa menjadi kotor dan hina.

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah bersabda, "Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya ada rasa sombong walaupun hanya seberat debu."

Seorang lelaki bertanya, "Bagaimana kalau seseorang itu suka memakai baju dan sepatu yang elok-elok?"

Jawab Rasulullah, "Allah itu indah (jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." (Riwayat Muslim)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda,

"Tidak dapat masuk neraka seseorang yang ada iman dalam hatinya, walaupun hanya seberat biji bayam. Dan tidak akan masuk syurga orang yang terdapat dalam hatinya kesombongan, walaupun hanya seberat biji bayam." (Riwayat Muslim)

August 18, 2009

seGaLanYa teLah beRakHir...


Erm...dah lepas seminggu baru nak sms.

dia : salam syg...apa kabar...sihat? sory, lama tak contact sayang.... sayang kat mana tu... ntah keja ke?

aku : wkmslm...knp plak hari ni baru teringat kat sy?


dia : hari hari ingat kat awk, hari ni ada kat melaka la...


aku : tak kisah la awk ada kat mana pon... satu je sy nak beritahu awk... kalau kerbau dipegang pada talinya...manusia dipegang pada janjinya.. saya memang terasa hati dengan sikap awk, samada saya ni cinta atau nafsu buat awak... saya harap awk delete gambar saya dalam hp awk...awk tak payah lagi simpan lagi gambar yang tak berkaitan..saya dah serik nak bercinta lagi, kerana selalu kecewa...

Sms terakhir dari aku dia tak balas, mungkin tersentap kot...

Ikatan yang baru sebulan sudah aku putuskan. Aku tak sanggup lagi nak teruskan. Susah nak teruskan hubungan yang aku rasa bukan dari rasa cinta. Aku tak suka lelaki yang ambil kesempatan. (ni yang buat aku fobia sampai hari ni, pengalaman pahit)

Aku tahu ianya terlalu singkat tuk menilai, tapi kalo setakat 2 minggu kenal, dan baru 3 kali keluar, so what? ko nak aku sedekah tubuh aku ni pada ko...

Walaupon ko nak, dan ko mintak tu dan ini, ko takkan dapat, tak kisah la, orang nak kata aku kolot ker, orang zaman batu ker, lantak korang la, maruah aku kan, suka hati aku la kan.

Sebab tu la, aku beri masa dan ruang, kiranya sekarang memang cukup sebulan, so, itulah keputusan aku. Semalam my twin tanya kenapa tak nak kawan dengan dia lagi, aku beritahu my twin perkara yang sebenar, dia marah dia kata 'suruh dia pegang t***k mak dia dulu, kurang ajar punya jantan', katanya...

Sebenarnya aku pon dah mula sayang pada dia, tapi aku tak bole terima apa yang dia buat...

Cinta mudah dicari, tapi bukan mudah untuk diberi, cinta aku memang mahalnya harganya, tapi bukan untuk dijual...dan engkau telah sia siakan peluang kedua yang aku beri... maaf... memang tiada peluang ketiga buat kau...

Carilah insan yang bole terima cara kau...
Pintu hatiku telah tertutup untuk dirimu... Selamat tinggal....

*pintu hati tak tertutup lagi untuk insan lain....anyone??...ahaks.... adios....

August 17, 2009

huJan.......


hujan? korang suka dengan hujan? aku suka... sebab aku suka main hujan... masa kecik kecik dulu, aku suka main hujan... berlari lari dalam hujan. tapi ada orang kena hujan senang kena demam, tapi aku tak plak. kuat beb...

semalam masa aku balik keja, hujan plak... aku rempuh je pegi ke parking... tak la lebat, tapi basah la jugak...

suramnya cuaca, sayu jer... begitu indah suasananya... memaut hatiku tuk berjalan perlahan... merasa seronoknya air hujan menitik ke badan... dah lama tak kena hujan, rindu sangat...

ahaks... so siumankah aku...

tapi aku tak kisah, memang banyak mata yang memandang semalam, tapi aku buat derk jer...
aku suka pada hujan...

August 16, 2009

wareHouse saLes.........

semalam gi stadium malawati, shah alam
saja nak tengok metrojaya warehouse sales
bos ajak pegi
sampai sana dalam 3.30pm
punya la ramai orang
sesak la gak
tak ramai plak yang pakai mask
padahal H1N1 ni makin teruk
aku masuk dalam stadium tu pon
sesak nafas aku
kitaorang juz survey jer
tengok merchandise
tengok apa apa yg patut la
pastu tengah kita orang berkumpul nak balik
aku perasan sorang security dia ambik pic kitaorang
glemer beb
mungkin dia perasan kitaorang
wei, korang ingat kita orang nak curi ker ?
takde maknanya
aku terasa cam nak gi kat dia
nak tanya kenapa amik pic kitaorg
nak gak aku hulur name card aku kat dia
tapi aku malas
aku perati je dia
lantak la
pada pendapat aku la
biasa je warehouse sales metrojaya ni
takde apa yang spesel
barang pon sama tak berapa murah
cuma ada beberapa je yg ok
so tunggu store kita orang buat warehouse sales
tak lama lagi ni
bulan depan
tarikh akan diberitahu
tungguuuu
*aku update kat ofis ni...

August 15, 2009

letiH otot otot....


yer
hari ni main futsal
first time beb
aku pon layan sebab nak hilangkan
perasaan aku yang ada macam macam ni
nak meletup pon ada
ahaks...
memang best main futsal ni
tapi
otot otot memang sengal
asik gelak jer
tendang bola tapi tendang kaki orang
pastu jatuh
aku tak la jatuh
yang lain lain tu
aku malas nak rebut bola
tak dapat bola pon takpe
ahaks...
bole cenggitu

sebenarnya
apa apa jenis sukan pon kena ada strategi
bukan main tendang je kan
bukan dapat bola
pastu syok sendiri
tu yang aku malas tu

benda ni semua kacang la
masa sekolah rendah
aku wakil sekolah main bola jaring
posisi wing attack
waktu sekolah menengah
aku wakil main bola baling
posisi depan gak, dah lupa la
wakil main hoki, my twin pon sama
kadang kadang depan
kadang kadang belakang
tapi kalu pihak lawan dapat side penalti
posisi aku sebelah goal keeper
attack bola tak bagi masuk
arrgghh, aku lupa la posisi apa

apa lagi
wakil rumah merah untuk
lumba lari
4x100, 4x200 dan 4x400
terror tak aku?
pangg sikit
teringat kenangan kat sekolah dulu
rindu masa masa itu
adoyai






August 14, 2009

maLassss........

entah kenapa
aku dah malas nak mehapdet blog ni
aku tension
borink
benci
apalagi
semua perasaan yang negatif ada
sungguh aku tak suka
tapi aku tak bole nak elak
mungkin beberapa hari lagi aku ok
besok my twin balik sini
so dapat jumpa buah hati saya yang dua orang tu
angah rindu kamu
tapi esok malam angah ada main futsal
besok nenek layan korang dulu eak
pagi sabtu angah layan korang
sebab angah keja petang
tak sabar nak jumpa kamu sayang
 
rindunya....

August 12, 2009

tak sanGGup jaDi sonGsanG.......


Aku hairan la.. kenapa la ada perempuan minat kat aku kan? dan benarnya aku tak tahu apa motif mereka. Tapi ada la beberapa orang yang aku jumpa. Kadang kadang memang la tak perasan, tapi orang lain yang perasan.

Aku ni memang tak lembut mana, keras, kasar dan cakap men sedap mulut jer, tapi tak juga, tapi dalam kategori lantang bersuara, dan akhir akhir ni dapat gelaran PEGUAM kat tempat keja... hahaha....ntah la...tapi cam ok je gelaran tu. Thanks to my team...luv u all...hehehe, aku yang paling bongsu tau dalam team tu...manja la sikit...ahaks...

Citer hari ni, ada sorang staf ni memang suka kat aku kot, aku rasa la, perempuan taw. Ntah la, aku tak pernah buat something special kat dia pon. Dah lama aku tahu pasal benda ni. Bila aku cuti lama sikit, dia tanya pada orang, kenapa lama tak nampak aku, tapi bila aku ada kat depan dia, dia buat tak tahu je, asik senyum jer. Dan aku perasan dia selalu pandang aku, dan sesungguhnya aku tak suka pandangan tu.

Dia pandang aku cam aku ni boyfriend dia. Hahaha, tu lom lagi aku panggil sayang kan. Ahaks, aku memang panggil sayang pada kawan kawan perempuan yang rapat... tapi tak pada lelaki ok.

Aku rasa dah setahun dia keja, kadang kadang dia cari peluang nak cakap dengan aku, aku layan cam biasa je, tapi kalau aku senyum kat dia, punyalah indah dunia ni buat dia. Yer, aku bukan mudah senyum, tapi sekali senyum memang menawan ok, cair taw, ahaks...aik tak caya eak, cube tengok pic kat bawah ni....



Tak la, biasa jer...saja nak story sedap sikit, huhuhu.... So hari ni dia ada kat dept aku, dia ni cashier. Masa aku kat dept tadi, dia pandang jer. Tak kisah la...

Dan malam tadi masa aku tengah borak dengan bos, agak jauh gak dari kaunter dia, bila aku tertoleh ke kiri, aku nampak dia tengah pandang aku, lepas perasan aku pandang dia, dia toleh tempat lain.

So tadi masa aku tengah cari staf aku yang kebetulan ada kat kaunter dia, staf aku usik dia.

echa : ni, kak wyza ada depan mata, tak nak tanya ker? salu sebok tanya mana kat wyza
dia sengeh jer
echa : (sambil ketawa) malu ker? kak wyza... dah merah muka dia...
aku : (sambil senyum) kenapa tanya saya...
dia : tak bole tanya ker? lain kali tak tanya lagi la...
echa : eleh, merajuk la plak...
aku : (dengan senyuman yang manis) lain kali tanya selalu yer!!!
echa : haritu birthday kak wyza tau...
aku : erm...awk tak wish saya pon...(aku terus berlalu sebab ada customer nak buat pembayaran)

Aku pon tak tahu apa lagi si echa borak dengan dia, echa ni suka usik dia, sebab echa tahu dia suka kat aku, lagipon dia suka tanya kat echa pasal aku...

So, hari ni aku tumpangkan echa balik, nampak dia tengah tunggu orang ambik dia balik keja. Echa kata umah dia sama area dengan echa.

Masa jalan nak ke parking, aku cakap dengan echa, tumpangkan dia sekali la. So echa panggil dia, tak tolak siot. Nak juga naik keta aku ni. Dengar gak dia cal mak dia, kata balik dengan kawan so kakak dia tak payah ambik dia.

Ahaks, bukan senang dia nak dapa peluang cam ni kan...
Dalam perjalan ke umah dia tu, aku tanya la mana arahnya, tergagap dia jawap, si echa asik gelak jer. Aku pon tahan gelak je ni.

Bila dah nak dekat sampai kat umah dia, aku tanya mana rumah dia, tapi dia kata turunkan dia kat situ saja, aku tanya lagi mana umahnya, dah malam kan, pastu ada la budak budak lelaki lepak kat public phone tu. Dia kata takpe. Turunkan kat situ je.

Erm, lepas turun dia senyum meleret sampai ke pipi. Dia ingat boyfriend ke yang hantar dia ni.. hahahaha...
Betul beb, dia tengok kitaorang sampai hilang dari pandangan. Senyum meleret sambil jari dia menutup bibir, seolah olah tak percaya yang aku hantar dia balik...korang dapat bayangkan tak?

Si echa gelak cam nak pecah perut. Aku pon senyum jer. Kelakar tengok gelagat dia...
Jahat kan aku, dah tahu orang suka kat aku, pastu aku plak buat benda cam ni kat dia. Lagi dia tak bole lupa kan...hahaha...aku tak bole halang sapa sapa nak suka aku, aku harap lelaki suka aku....tu lagi best kan...panggg....sungguh gatal aku ni.

Tak la, kalau staf laki aku biasa jer, tak de la over, tapi perempuan ni, aku layan lebey sikit, bukan semua staf perempuan la, yang kat bahagian aku jer...dengan kata lain, ambil berat ok, aku nak semua orang keja hapi kat tempat keja, sebab tu kadang kadang aku suka tanya atau borak borak dengan diaorang, dan dengan cara itu aku rasa aku akan lebih mengenali diaorang kan.. Bukan senang nak jadi ketua yang baik, rapport tu penting...

So pada sapa sapa yang terlebih anggap pada aku tu, aku tak taw nak buat apa. Tapi aku appreciate la kalo diaorang anggap aku ni istimewa kan...hahaha..manusia beb, tak lari dari rasa ingin dihargai...

So pada cashier tu....awk tu cantik, cantik dari saya...dan kalo saya lelaki, sy tackle awk tau...tapi apakan daya, saya seorang perempuan dan tak sanggup jadi songsang k...tapi aku akui, aku suka pada perempuan gak, bersahabat ok, i bukan lesbo atau lesbi...dan aku terharu perempuan panggil aku sayang....
terasa dihargai....arrgghh yang benarnya aku sunyi k...tapi tak bermakna aku songsang.........
selisih malaikat 44....

Adios....









 








August 11, 2009

seLamat tinggaL deritA..


selamat tinggal derita
jangan kembali menjemputku
dada kusempit kernamu
hela nafasku terhenti
pergi kau jauh dariku
usah menoleh ke arahku
aku tak mahu sengsara lagi

August 10, 2009

seLembut suteRa

aku dengar lagu ni masa nak balik ke rumah dari tempat keja...
entah mengapa aku suka melayan lagu macam ni pada saat saat begini....
begitu sentimental aku ni kan...
melayan perasaan, berkelana mencari puncanya....

nur fatima-selembut sutera
Dalam hidup tak seindah yang tersirat
Dalam cinta tak seasyik yang diduga

Dalam hati ada cinta yang terbiar
Entah bertahun ku siram kasih bersarang dalam jiwa

Dikau hadir bagai selembut sutera
Terpesona dalam diam ku terlena
Membuai impian cinta kita
Sehingga ku tenggelam
Dalam arus yang menyeksakan


Kasih tidak pernah ku meminta
Selain cinta dan kejujuran hatimu
Cinta dalam meniti usia
Punah semua saat yang bahagia


Di mana kelembutan yang ada dulu kasih
Merana dalam senyuman ku meratap sedih

Selendang sutera yang menjadi saksinya
Kisah cinta yang tertulis kini telah berakhir

Dengarkanlah ucapan sendu hatiku
Kenangilah erti cinta yang bermula

Kembalilah agar bisa ku merubah
Terangi hati agar bersinar di dalam percintaan

Oh kekasih simpan kenangan buatmu
Untuk daku yang masih ada di sini
Kerasnya hatimu untuk kembali
Tak terdaya ku tanggung penyeksaan
Yang abadi dalam selembut sutera

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


kataku...
bait bait kata membuai perasaan...
memang terkesan dalam lembutnya....
aku yang terpesona dengan katanya
memejam mata sambil merasa
betapa sadisnya perasaan
lalu terjemahnya airmata
dan kusapu dengan hampa
kata kata yang meneroka luka
mampukah....
aku lupakan segalanya...

August 09, 2009

papaDom unGGuL...


Senarai pemenang anugerah FFM22:

Anugerah Perdana
Filem Terbaik
Papadom

Pengarah Terbaik
Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Pelakon Lelaki Terbaik
Afdlin Shauki (’Papadom’)

Pelakon Wanita Terbaik
Liyana Jasmay (’Papadom’)

Lakon Layar Terbaik
Yasmin Ahmad (’Talentime’)

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki (’Papadom’)

Sinematografi Terbaik
Mohd Nor Kassim (’Setem’)

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun

Anugerah Cipta
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mohd Shafie Naswip (’Talentime’)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Salina Saibi (’Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Mohd Hadziq (’Syurga Cinta’)

Pelakon Harapan Lelaki
Zahiril Adzim (’KAMI The Movie’)

Pelakon Harapan Wanita
Jaclyn Victor (Talentime)

Pengarah Harapan
James Lee (’Histeria’)

Anugerah Khas Juri: Filem Box Office
Geng: Pengembaraan Bermula


August 08, 2009

tariKh Lahir pada 6, 14 & 27

Erm...aku dapat info ni, menarik juga...
sapa nak baca yang selanjutnya bole baca kat sini

aKu cuma ambik tarikh lahir aku saja...


Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27sederhana itu indah
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. (aarrrghhh, memang semuanya betul...)


Sukanya saya, sebab my twin bagi ni kat my tagged... I love u too Lielyn....



kudenGAR laGU itU...


sayang, aku gembira sangat sebab kata kata kau memberikan
aku kekuatan
dan menenangkan gelora perasaan,
betapa aku rindu padamu,
lenyap segala duka
nestapa
bila kudengar khabar darimu,
bila aku rindu dirimu kudengar lagu 

itu seakan kau berada disisiku
sahabat
miss u so much

August 07, 2009

tawaRAN....

semalam bos suruh aku dan sorang lagi exec gi mp, bagi training tuk exec batu pahat, diaorang datang mp, patutnya dorang datang ke store aku, tapi kan takde elektrik kan, so pi mp la.

tapi yang aku musykil kan, mp kan ada exec, kenapa tak suruh diaorang train. tapi takpela kan, dah orang jemput kesana, so maknanya kiranya aku ni bukan calang calang orang kan, ahaks...

tulah aku kata dengan Chris, keja bagus pon susah, keja tak bagus pon susah... hahahaha... tapi semalam Chris takde, dia offday, so aku jumpa la bos kat sana.

aku ada gak borak dengan dia, dan dia ada satu perancangan tuk aku, tapi aku tak bole citer la, sebab tak konfem lagi, lagipun dia pesan, pls keep to yourself.

u know what, bila kau dah tak keja tak situ, barulah mereka tahu menghargai apa yang telah usahakan dan lakukan disitu. itulah yang terjadi pada aku, dan aku bangga sebab dihargai.

aku bukan nak dabik dada, tapi ntah la, aku serba salah, sini bos, sana pon dulu bos, so kalau dorang nak rebut, aku nak buat camner? dan paling aku takutkan bila ada new store open, nama aku la paling senarai atas untuk di transfer kan.

sebab apa? sebab aku single lagi dan berpengalaman. tulah, patutnya aku kena cepat kawen kan, malangnya calon takde, yang ada sekarang ni pon tak konfem lagi, sebab dia selalu menyakitkan hati aku.

so, do i have any choices, ntah....
hari mendatang akan kuharungi dengan penuh dayaku.
namun bila tiada dayaku, aku pohon berilah aku kekuatan....
berilah aku ketabahan...

birthDAY yg hamPEH....



ni birthday yang paling hampeh, sebab tempat keja aku takde elektrik, memang panas sangat, ofis memang takde lampu, pakai lampu suluh, tapi kat selling floor ada plak, dioarang guna generator tapi aircond takde la.

semalam patutnya kol 6.30pm aku dah balik, tapi borak dengan staf dah sampai kol 8.00pm. Bila nak balik tangga nak turun tu gelap, jadi aku stay la sampai kol 10pm tapi tutup awal plak, 9.15pm.

so kiranya ada geng la, nak turun ke parking, guna lampu handphone jer(W810i), terang gak.
pastu tu terus balik umah, sampai umah suruh adik kau hantar gi kedai, makan nasi dan asam pedas jer. kira celebrate la tu kan...hahaha.... dah tua pon tak yah la nak potong kek lagi, lagipon semalam dah makan kek, birthday mak semalam, aku belikan kek...

thanks to kawan kawan yang beri ucapan, facebook, tagged dan kwn2 tempat keja.
thanks juga pada dia sebab cal beri ucapan, tapi aku memang majuk dengan ko, sebab ko cakap tak serupa bikin. ko takde kat sini, outstation tapi ko dah janji...

tak yah la nak belikan aku kek, memang aku lempau kat muka ko nanti. yer memang aku berani baling ok, sebab aku ni kan memang tsunami + kepala angin. so pasal celebration tu juz forget about it, sebab aku dah takde hati lagi nak celebrate.

tapi ada satu yang aku terharu, sorang kawan lelaki aku, awal awal lagi dah ajak keluar makan untuk raikan birthday aku, tapi aku tak janji, sebab aku ada hal lain. dan dia juga la orang pertama yang 'wish' aku. macam mana la aku tak terharu.

so kalau orang lain boleh luangkan masa dengan aku tapi kenapa kau tidak.
jangan salahkan aku kalau aku berubah hati, hati aku ni memang dah berkira kira nak tinggalkan ko ni. bukan pasal ni, banyak pasal lain pon.

aku sedang menilai segalanya, memberi ruang dan masa, tapi tulah....
sememangnya aku buntu...