June 30, 2009

jamBAN geBEH !!!!


knp pompuan ni eak, buang tebiat ker???

Ni citer hari sabtu lepas. Ada la seorang hamba Allah ni yang mulotnya takde insuran ni bertanyakan satu soalan dan bagi komen macam jamban dia tu baek la sangat, mantop and tip top.... wei....pirahhhh!!!!

dia : kak, td tu promoter akk eak?

aku : a'ah, knp?
dia : jamban gebeh siot !!! (dengan nada menghina ni)

aku : budak kl tu, cuti seminggu, so keja partime

dia : erm, patutlah.... orang kl...memang hancur ler...

aku : jangan pandang dan nilai orang dari segi luaran, tak elok tu...
(sebenarnya aku nak ckp, jamban ko bagus sangat ker, maksud aku tunang dia la tp aku tak sampai ati, sbb ada ramai staf kat ctu, nak jaga gak air muka dia ni)

diam dia jap, tak berani nak bertentang mata dgn aku, aku bukan beking budak tu, tapi aku pon perempuan gak, tersentap gak aku bila dia cakap mcmtu.
dia ni nak ngutuk orang, bagos sangatkah kau tu. cakap tak beralas, kalo mak bapak budak tu dengar, mahu ditamparnya mulut ko tu.

dari sudut pandangan aku, ini jantan, bukan lelaki, jantan mmg cakap main sedap mulot jer, wei....jantan yang mcm ko nilah buat jamban gebeh taw!!!!


ko pon ada tunang, jgn ckp ko tak pernah "usik" dia, atau mungkin jamban dia ko tak sentuh, tapi "ringan ringan" ko tak pernah buat ker, wei.... aku pon pernah terperasan ada "gigitan cinta" kat leher ko tu. so apakah itu? ko nak cakap ko goreng telur pastu minyak panas terpercik kat ctu ker???

kalau banyak perempuan kat tempat ko tu, jap jap ko betulkan "parking". aku bukan nak pandang, tapi terpandang, bukan sengaja eak... aku pon sebenarnya tak sudi nak pandang..
.

satu lagi, knp mesti budak kl ko cakap mcmtu, ko ingat ingat budak melaka baek sangat mcm malaikat ker? ada contoh sorang budak melaka yg teruk, nak taw sapa.... ko lah bongok. mana mana tempat, daerah, ceruk rantau, luar negeri semua samalah. so jgn sedap sedap mulot jer cakap budak kl smua mcmtu, ko silap k.

jamban yang dimaksudkan oleh dia tu ialah punggung. takde keja lain diaorang ni kan, asyik nak pandang punggung orang jer, sedap sangat ker, kenyang ker korang tengok punggong perempuan ni. aku heran budak2 kat cni, nanti kang pukul 6pm, bersidai kat tepi pintu, tengok staf perempuan punch card nak balik.

kalo aku ada, mmg aku sound, terus diaorang bla... dah berbini dan dah ada tunang pon gatal lagi...

kot iyer pon ada mata pon takkan nak pandang itu jer, kdg2 pandang gunung, wei... pandangan itu harus dibataskan, memandang benda tu pon mengundang dosa taw....
kalau kita mngata bentuk fizikal orang, kita sebenarnya mengutuk ciptaan Allah, betul tak? manusia mana ada yang sempurna, cuma Rasullullah s.a.w jer yg sempurna.

Diaorang ni sekolah bertingkat tingkat tapi bodoh bertepek tepek...

Tulah jadi kalau akal kita pendek berfikir, mcm mak aku cakap "nganga dulu sebelum bercakap" atau ertinya fikir dulu sebelum mengeluarkan kata kata... ader paham !!!


Entri kali ni bukan nak sindir kaum lelaki, aku mintak maap kalo korang terasa eak... Ni sekadar bacaan, tapi kalu ada pengajarannya, ok aper... adioss...

June 29, 2009

duDUK berDIAM daLAM geLITA maLAM...

Aku nak post puisi ni tapi bukan aku yang cipta. Semalam aku baca dalam suratkhabar mingguan malaysia. Terusik bila membacanya. Tapi sebelum tu, layan dulu citer dibawah.

Baru balik keja, ada kuih dalam beg, so aku tanya kat orang tua aku.

aku : mak nak kuih tak?
mak : mak kenyang la...
ayah : ayah nak...
aku : nah...
ayah : mana kau JUMPE kuih ni Ja...
aku : KAT TEPI JALAN yah... (aku terus jalan masok dalam bilik)

Ader ke dia tanya aku jumpe kat mana? Aku beli la. Aku suh assistant aku belikan masa dia kuar makan tengahari tadi sebab aku tak sempat makan tengahari tadi kat umah. Sampai kat ofis, perut lapo giler bak kata assistant aku, "cacing dah nangis kak". Hahaha...

Erm, aku dah standby air milo, nak dimakan bersama kuih tu, tup tup, bos datang duk sebelah aku, menceceh itu ini. Jap tu assistant aku anta kuih, aku letak tepi, tak bole nak makan, melayan bos menceceh ni. Aku pon sambil menulis dan dengarlah taklimat dia tapi tak bole nak tumpukan perhatian sebab perut memang lapo giler. Then dia nampak exec lain, dia menceceh dengan exec tu, aku angkat kaki, bla la. Nak tunggu pe lagi kan.

Tak cukup tanah aku nak jalan. Hahaha, cepat siot aku jalan, takut dia panggil aku nanti. Aku gi selling floor, tengok apa yang patut. Pastu bungkus set hantaran, sebab tak taw nak buat pe, tapi perut mmg tengah menyanyi ni. Kol 4.00pm aku naik ofis, nengok dia takde kat ctu, aku pon bedal la kuih karipap 2, tepung komak 1. Kenyang beb.

Malam, kol 7pm baru makan, lepas makan gi karoake jap, 2 lagu jer. Assistant aku la yang melalak, aku sikit2 je, sore tak sedap kan, lagu Fantasia Bulan Madu dan Semakin Hari Semakin Sayang.

Ok la, puisinya seperti dibawah yang bertajuk :

DUDUK BERDIAM
DALAM GELITA MALAM
sekali sekala biarlah lampu padam
dan kau duduk berdiam dalam gelita malam
indahnya melihat kelip kunang kunang
dan manisnya dekad lalu yang kau kenang.

terlalu sayu hatimu mendengar cengkerik berdengung
dan sudah terlalu jauh sebenarnya kau termenung
kau terbayang bunga dan rama rama
serta teringat cinta dan hatimu yang lara.

kau berlunjur lama dianjung teratak usang bonda
terkenang diri yg sudah beransur tua
terbaur antara cita cita dan pedih hatimu yg luka
syahdunya rintik hujan menimpa daunan
pilunya hatimu ditinggal keseorangan.

kau masih juga terlihat kelip kunang kunang
dan masih tetap terbayang manisnya serpih kenangan
biarlah malam ini kau duduk seorang
belajar menhargai cantik warna kunang kunang
tahu membezakan cahaya dan bayang bayang
dan reda menerima takdir Tuhan.

-Salman Sulaiman
Machang, Kelantan

June 28, 2009

raJUKmu.....


tak usahlah kau merajuk
aku tak pandai berkias kata memujuk
tak usahlah kau memencilkan diri
itu hanya menyiksa perasaanmu
aku tahu kau tak ingin begitu
mugkinkah ada ruang tuk kau kembali
tepuklah dada tanyalah jiwa....

biAR diAM seriBU kaTA...


biar diam seribu kata
meluah dengan satu rasa
jiwa yang terbongkang kaku
kubiarkan terkapar lesu
engkaukah itu
berkata padaku bila perlu
atau akukah yang termanggu
menagih simpati hatimu
tak mungkin dan tak mungkin
kau tahu segala sifatku
kerana aku masih juga keliru
mencari siapa diriku

rahSia buLAN keLAHiraN...

Sekadar info saja, aku tak taw la benda ni betul ke tak pada korang, tapi tuk bulan aku 95% memang betul.

JANUARY

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

artikel ini adalah dari sumber sumber yang dipercayai - internet la, hahaha org kata internet tak betul sangat infonya, tapi internet la paling cepat tau dapat info dari baca suratkhabar atau melopong kat kedai kopi tu (ni dialog mak aku)

June 27, 2009

akU munGKin buKAN....

aku mungkin bukan sesuatu pada dirimu, tapi kau adalah sesuatu dalam hidupku, kasih seorang sahabat ni tak pernah berbelah bagi... tapi mengapa aku selalu diperlakukan begitu... kau selalu mengambil kesempatan walaupun aku tahu niatmu. namun sakitnya kupendamkan saja...

*mungkin bait bait lagu ni yang mampu menceritakan segalanya...

cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

aku bukan berdendam, cuma meluah disini apa yang terbuku dihati. tiada niat untuk menyakiti perasaanmu, tapi aku juga insan biasa yang punya perasaan yang perlu kutenangkan, meskipun disini hanya dapat kuluah namun bukan semua rasa itu akan hilang, cuma dapat melegakan seketika... dan mungkin tiada siapa yang mampu memahami diriku... wujudkah insan itu...

June 26, 2009

periBAHAsa !!!

PERIBAHASA ABAD INI...




punya susu, dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

Melepaskan
didalam [lift].
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai!
Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!

Seperti
jantan dgn betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak
aje.

Sepandai-pandai
terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Sepandai-pandai
melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

Biar putih
jangan kuning .
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga,
kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.

Kalau tidak ader
masakan satu boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Seperti
luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Ader
di sebalik lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader
sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk

Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro! !!!

Sudah jatuh ditimpa
<-- Klassik siak!
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.


tak mancung, pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya... ......... ....
Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...

June 25, 2009

akU yaNG kaU PanGGiL saYanG...

Syahdunya lagu ni. Lama tak dengar, tapi tadi masa drive nak balik umah lepas keja, dengar lagu ni kat Sinar FM, tiba tiba terusik hati kecil ni... Memori terbongkar dan tergambar dalam kotak fikiran, aku yang kau panggil sayang.... nyanyian Khairool Idlan...



Aku Yg Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yg Suci

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...

Aku Yg Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang

janGAN...


jangan ungkapkan sayang
jika hati tak sepenuhnya memberi...

jangan harapkan cinta
andai jiwa masih terluka...

terPanDanG....


terpandang yang tersurat,
tersingkapkah yang tersirat.....
lidah yang bermain kata,
ikhlaskah bicara yang dituturnya....
kupejam mata, kunilai segala,
takkan sama dalam beribu
jiwaku dan jiwamu....

June 24, 2009

teNGaH meMiKir....

Aku sebenarnya tengah dok pikir masalah adik aku. Dah 3 hari dia dok citer benda yang sama. Nak berhenti keja katanya. Entahlah, dia ni lembik sikit, suka pikir yang bukan bukan. Dia kata orang kat tempat keja dia buat dia macam macam, nak uji dia tu la ni la. Aku ni dah berbuih dok nasihat dia, sampai aku dah naik malas nak dengar citer dia. Tension sangat taw...

Ada ker diaorang cakap adik aku GAY, diaorang pernah test ker. Mana la adik aku ni tak tersentap. Dia ni pendiam, berat mulot. Kalo tak kenal kata sombong, tapi dia ok, aku tahulah adik aku macamane, memang la dia takde girlfren tapi dia bukan GAY.

So, aku tengah dok pikir samada nak jumpa dengan H.R dia ni ke tak? Nak bincang sikit kat H.R dia, tapi nanti, lagi la diaorang kata adik aku ni kelememei kan, sikit sikit panggil kakak datang... Aik suka ati aku la kan, aku kan kakak dia, selagi dia dok sebumbung dengan aku, aku berhak ok, walaupun mak dan ayah masih ada, aku takkan biarkan orang suka suki buli adik aku.

Aku ingat lagi masa kecik kecik dulu, umo aku dalam 10 tahun dan dia 4 tahun, masa aku dengan dia naik basikal dan ada lopak air, aku pon terjah je la dengan basikal aku tu, biasa la kan budak budak. Then ada seorang budak lelaki, nama dia Wahi, air lopak tu terpercik la kat basikal dia.

Dia maki maki aku, semua perkataan keluar, padahal umo dia baru 9 tahun tapi bab memaki ni dia mmg handal. Aku pon diam la, kan mmg salah aku kan, tapi tak mintak maaf beb, kecik kecik pon dah pandai ego kan aku ni.... Pastu dia tunjal tunjal kepala adik aku. Wah, ni tak bole jadi ni, sakit hati aku adik aku diperlakukan begitu. Aku pe lagi, bersilat jap. Memang teruk aku bantai dia...hahaha....aku debuk, terajang semua ada, tak dapat dia nak melawan.

Pastu dia nangis, dia cakap "aku cakap dengan nenek aku" ( dia duk dgn nenek, manja sangat, satu kampong tahu yg dia ni setan tau) aku balas la, "cakap la, ko nak cakap dengan abg ko pon aku tak heran la, pi cakap". Dia pon teresak esak jalan la pulang kerumah. Aku pon balik la dengan adik aku ni..

Tak lama pastu dia datang dengan nenek kesayangan dia tu, sekarang dah arwah pon. Nenek dia bising bising dengan mak aku, mak aku kata "hal budak budak ni saya tak campor" tapi nenek dia ni dok membekak je, so jiran jiran yang mana kepochi tu datang la kat umah aku, nak tengok pesta agaknya, pesta berlawan cakap ni...

So aku dengan beraninya, menjawap la kata nenek dia tu, aku bukan nak kurang ajar, tapi pada aku kalo benda tak betul, tak kira la ko tu budak ker, makcik, pakcik,orang tua berpuluh tahun atau segala bagai ker, nak templak, aku templak gak.

Pada aku yang salah tetap akan salah dan perlu dihukum atau diperbetulkan tak kira la apa status korang, sebab tu mak aku ni takut dengan mulut aku, sebab aku terlalu berani katanya, tak kira la, lelaki ker, aku main cakap jer.... Pada aku kita ni jangan takut pada orang, kita cuma perlu hormat orang, tapi kalo dah salah, kena cakap dengan diaorang kan...Betul tak?

Tapi sebenarnya kembar aku ni kalo cakap lagi sinis, makan dalam beb, dia pon sama dengan aku. Cumanya dia ni lagi cute dari aku, tapi kembar kan sama kan..tak juga la beb, perangai tak sama, kepala angin sama, hahaha....

Jauh aku melalut ni kan, sambung balik. Aku cakap la dengan nenek dia apa yang terjadi, tapi nenek dia ni dok beking dia, bising je kat aku ni, panjang mukadimahnya... Aku malas nak layan, aku bla la, dah penat dia bercakap, dia pon balik la. Lepas kejadoan tu dia tak berani lagi carik pasal dengan aku, budak budak yang seangkatan dengan aku, mana berani usik adik aku. Dan disebabkan kes tu, heboh kat sekolah masa tu, bangga jap...hahaha, macam menang piala besar kan..hehehe..

Yelah, tak sapa yang berani jentik si Wahi setan tu, cuma aku jer yang berani tau, semua orang takut nenek dia, tapi aku, satu bulu roma aku pon tak berdiri tau bila sebut nama nenek dia.. Korang nak tau apa nama nenek dia, MAK CEKCAKK, jangan gelak, dah meninggal ok.. Hormat tuh...

Erm, tengok la nanti mcamane, aku nak buat appoinment jumpa dengan H.R dia, tak pon aku cal...

So Zamir Ibrahem, kakakmu ini akan tolong ko eak.. Walaupon ko selalu tolong habiskan duit aku, aku tetap aku akan tolong ko.

Kawan kawan ko yang mana kata ko GAY tu, meh aku jumpe diaorang, biar aku mukadimah kan sikit kan telinga diaorang tentang bahana fitnah ni...

June 23, 2009

taG FrOm JuDiene....

Erm, aku ditag oleh judiene, judiene mana? alah judiene yang suke makan buah epal tue...
Judiene, semua orang suke makan buah epal taw...huhuhu...

ni peraturan tuk menjawap tag ni.
RULES:

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Sonata Musim Salju - Ct Nurhaliza duet Hazami (ting tong la)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF

Give It  To Me - Nelly Furtado feat Timbaland

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
No One - Alicia Keys (hahaha, lawak)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Forgive Me - Leona Lewis (tak pon hari ni)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
If I Ain't Got You - Alicia Keys (haha, tol ker)

WHAT'S YOUR MOTTO?
Crush - David Archuleta (ntah)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Cuba - Faizal Tahir ( tak menahan)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Better In Time - Leona Lewis

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Cinta Adam & Hawa - Misha Omar (hahaha, cinta cintun jer pikir eak)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Aku Takkan Bersuara - Mila ( ye ker, hahahaha)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Karma - Alicia Keys

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
The Remedy - Jason Mraz (bole gak, jadi penawar tuk org lain kan)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Terima Kasih Cinta - Afgan (ok ler tu, lagu slow kan)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
I'm Yours - Jason Mraz (hahaha, aku mmg milik tuhan kan)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Light On - David Cook (hobi aku tido tutop lampu la)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
I Need You - LeAnn Rimes ( ntah..)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET
A Moment Like This - Leona Lewis (hahaha, secret ke ni)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Mohon Kasih - Ct Nurhaliza ( memang pon, huhuhu, my fav song )

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Sendu Dihatimu Rindu Dijiwaku - Arrow (rindu kwn2 kat mp)

WHAT WILL YOU POST THIS AS
Betapa Aku Cinta Padamu - Afgan
 

SAPE 10 ORG NAK KENA TAG?
takde sapa, tapi kalo sapa nak buat aku tak kisah, aku kan tak suke dera orang... Judiene, dah terjawap eak...

June 22, 2009

LuPa !!!!

Lupa... Cuba baca dengan beberapa nada tuk lebih effect...


lupa tuk melupa
terlupa dan lupa
tapi lupa tak lupa
lupa memanglah lupa
so apasal lupa
dah memang lupa
bukan buat lupa
dan nak melupa
terlupa terus melupa
melupa terlupa pon tak bole ker
tahu, tapi kenapa lupa
sebab terlupa la...

Haha, bila aku baca balik, aku ketawa la plak... Korang macamane...



buKan miLikku!!!!


cinta dalam hati takkan mati...
rindu yang menderu takkan berlalu...
namun itu semua bukan milikku...
aku tak mampu mendapat itu...

June 21, 2009

ceRMin rEtak, hATi bERDerai...

Betul menyakitkan hari ni.. Tengah aku dok menaip tuk posting award tu, ayah panggil, dia kata cermin keta aku retak... Masa tu dalam kol 11.20am. Adus...bergegas la aku keluar, memang sah, retak berjuta juta beb...

Angin la aku masa tu, adik, mak, ayah, dah jiran aku pon ada tengok. Mamat nepal dua orang tu terpinga terpinga. Dia pon bodoh+bangang, dah tahu keta aku park kat ctu, napa dia mesin rumput yang ada kat keta aku tu. Dah batu batu melayang, dan cium la kat cermin tingkap keta belah kanan tu. So keluar la statement aku yang cenngini.. "Woi, ko ni bangang ker, ko tak taw kat cni ada keta, yang ko nak mesin rumput kat cni, kenapa!!! pkai la sabit, ko nak pasu ni naik kat kepala ko tak"... Pasu bunga mak aku tu banyak tersusun ni, pilih je mana satu yang nak aku hentakkan kat pala ko...


retak teruk, menanti berderai je ni,
seb baik ada tinted



kawasan rumput yang dimesin

Seb baik ada tinted, kalo tak, mmg dah berderai tu. Dah tahu kat ctu byk keta, pakai sabit la, napa nak pakai mesin rumput. Adik aku cakap jangan bising2, wei!!!! bukan keta ko yang kena, keta aku, duit poket dah nak melayang ni. Memang masa tu mulut aku tak henti henti mengomel kat mamat nepal tu, paham tak paham aku tak taw la, tapi dia terkebil kebil la tengok aku sementara tunggu kawan dia yang pure melayu datang tuk explain la.

Bila dia datang aku sembur la, dia kata diaorang hanya buat keja diaorang... Wei bangang, aku tau la, kalau dia tahu keja dia, tapi tak pakai otak ker, sekurang kurangnya masa dia nak mesin tu, beritahu la kitaorang, aku bole alih la keta aku kat tempat lain. Ni bukan first time berlaku, dah 3 kali. 3 minggu lepas pon sama, keta kwn adik aku, park depan umah aku, pon sama, cermin belakang lagi... Dan beberapa bulan lepas, keta jiran aku, cermin depan gak... Abis camne... tak terjawap la dia...

Dia kata kena buat laporan polis, pastu gi ke kedai cermin keta, buat, then resit bagi kat company dia baru bole claim... Hah...maknanya kena pakai duit aku dulu kan.. Pastu dia kata tunggu penyelia datang. Aku nak keja lagi hari ni, shif petang plak, aku cal personel, inform diaorang masuk halfday. Ok settle... Tapi dia ada bagi no phone penyelia dia, Encik Zarul.

Talk lama pastu penyelia dia datang. Dia tegur mak aku, aku yang terpacak berkain batik ni, dia buat tak nampak je.

dia : makcik, keta makcik ni eak..
aku : keta saya...(jawap aku dengan keras)
dia : ok mcmni...pon tak sangka benda nak jadi...
aku : apa tak sangka, tak nampak banyak keta kat cni, awk suh dia pecahkan semua cermin keta kat cni, kan baik...(ada 5 keta kat kawasan ctu)

pedulik apa aku, hati dah sakit kan, dia pon cam nak balas balik apa aku cakap, aku terus...

aku : mak, tanya apa yang patut kat dia, orang malas nak layan orang mcmni, orang nak mandi, nak siap siap gi balai polis..

Dalam kol 12.15 aku bertolak gi balai polis banda hilir dengan adik. Dekat je dengan umah aku, 5 minit dah sampai. Tapi tak bole buat laporan, sebab ada orang tengah buat laporan pasal kes along, aku kenal gak orang tu, sekampong kan...

Lama gak tunggu, aku dengar cite dia, mcm aku nak tolong je dia cakap, nak buat laporan tapi tak taw itu ini. Memang memanaskan ati aku, aku tak suka tunggu lama lama... bayangkan kol 12.20pm sampai, kol 12.55pm baru bole buat laporan, lama kan aku tunggu... 35 minit...

Tapi yang ni buat ati aku sejuk sikit, polis perempuan tu kata apa, Dik, mintak ic... hahaha...adik, dah lama tak dengar orang panggil aku adik, adakah disebabkan aku dah ada fringe ni, baru orang nak panggil aku adik...hehe... dulu orang tua dari aku pon panggil aku akak taw...

Dia tanya, no phone, keja apa.. Aku cakap la Floor Executive, dia kata bahasa melayu pe eak... Aik nak tanya aku lagi ke? Dia kata pegawai akaun ke, atau pegawai pengurusan... Aku kata tulis je F. E la, kan senang...F. E tu kalo di melayukan jadi la PEGAWAI LANTAI....hahaha, tol tak... Dia diam jer... Dah siap, dia suh aku semak, aku betulkan sikit yg terkurang tapi aku tak perasan satu benda ni...

Lepas dah siap, aku pon dah masuk dalam keta, baru perasan nama aku dia tulis bin ibrahem, tp dia betulkan dengan pen...Nama aku cam lelaki ker. Pastu, dia eja salah executive, dia tulis executiv, then kat slip bayaran, binti ibrahim...adoyai...banyak salah tu, dia sekolah sampai tingkat berapa eak... sebab dia pandai sangat mengubah yang tak patot... Macam satu pepatah ni "Sekolah bertingkat tingkat tapi bodoh bertepek tepek", hahaha, pernah dengar tak??

Then gi ke Cheng, ibu pejabat nepal tu la, jalan plak jam, hari sabtu kan, biasalah. Dah sampai, guard tu kata separuh hari, semua orang dah balik. Adoyai, berapi gamaknya... Aku cal Encik Zarul, tapi lain plak statement nya, dia kata hari isnin datang sebab nak ambik gambar pastu buat cermin tu, resit bagi kat dia baru bole claim...Rumit kan...

Si Arul, kawan adik aku tu pon tak dapat lagi duit claim lagi. Dah 3 minggu tu... So camne.... Kena tunggu hari isnin la.. Siap ko, aku dah siapkan pertanyaan ni.. Aku nak mintak cash, kalo tak dapat pon korang dengar je la aku berhujah nanti, tersentap sentop ker, korang punya pasal, sebab korang kan carik pasal dengan aku, kasi susah aku, aku nak gi keja pon susah...

Sebabnya, adik aku ambik aku lambat, dan pesan berapa kali pon dia mmg lembab. Aku plak jenis tak suke menunggu lama, panas je ati aku ni, dan memang tahap kesabaran aku amat tipis, lagipon aku tak buat orang tertunggu tunggu , sebab tu aku tak suka menunggu... Aku ni jenis yang pantas, jalan pantas, buat keja pantas, cakap pon pantas sampai orang pon tak bole nak paham apa aku cakap, kena ulang...tapi kalo dah biasa tu... paham la, satu lagi, marah orang pon pantas gak, hahahaha..

Satu je tak bole nak pantas, kawen...hahaha...ni lambat la plak...huahuahua... Nevermind, antique tu high value kan... hehehe...

So masok keja kol 6pm, lom sempat simpan handbag, dilaporkan barang di bahagian aku hilang..... So.... apakah perasaan aku masa tu... Macam macam rasa... Bukan sikit, dua ribu tu valuenya....

Ermm...ting tong jap... Banyak benda nak kena follow up...
Adios....

June 20, 2009

aKu daPat aWard !!!


Aku dapat 2 award la, satu dari Syima Syaz, satu lagi dari Suhaila. Mekasih bebanyak sbb bagi aku award eak. Blog aku ni biasa biasa je, tapi tak sangka dapat award plak... Teharu u, menjejes airmataku, hehehe..takde la, aku gurau je..

Copy award dan letakkan kat blog anda dan 5 fakta da vooooooooom tentang pemberi award ini :

PERTAMA
Syima Syaz aka http://syimasyaz1.blogspot.com/
1. Anak kepada bekas penyunting di Utusan Melayu, maka bakat penulisan tuh mmg datang dari dia
2. Sangat ceria orgnya
3.Sangat kurus kering macam pesakit aneroxia tapi sangat kuat makan nasi
4. Suka berjalan2 n ronda2 seluruh KL bersama bf tercinta
5.Sangat suka membaca

KEDUA
Suhaila aka http://sabngomel.blogspot.com/
1.kalut dan cepat cemas dan suka gelak
2 kuat berangan dan kuat makan
3.suka pegi bercuti walaupun dalam keadaan sengkek...tapi kalau kritikal sengkek..terpaksa la tengok tempat org lam tv jek...
4.suka sgt menonton tv..movie..dan baca novel, dan mengeluarkan ayat ayat laser
5.suka dengan kucing2 yang comel dan jugak kurap..


Tuliskan 10 fakta/hobi anda sebelum memilih penerima award seterusnya.
1.kembar seiras dan merupakan kembar kedua, kembar pertama di kempas johor, lynda ibrahem
2. single mingle, borang masih terbuka tuk diisi oleh pemohon
3. photogenic kalo bergambar, padahal biasa je
4. suka pakai kain batik kalo kat umah, orang kampong kan
5. terlampau garang, tsunami tak tentu pasal, tapi baik hati
6. keras diluar lembut didalam, mudah tersentuh, sentitif adakalanya
7. sangat suka lagu lagu cinta cintun, jiwang karot marot gak ni
8.suke berangan, melayan perasaan dan memejam mata tuk merasai sesuatu perasaan
9. suka membaca puisi cinta dan terpaut pada kata kata yang disulam indah, dan adakalanya menulis puisi tuk meluah perasaan sebenar
10. suka memberi nasihat, tapi tak ikut nasihat orang, selalu dirujuk oleh orang yang dirundung perasaan sedih, kecewa dan patah hati
(10 tak cukup la, byk lagi aku nak tulis, huahuaha tambah satu lagi eak...)
11. nama peridot sepi dipilih kerana meminati warna hijau, baju permata tuk orang berbintang LEO, sepi itu kerana sepi itu sering menemani

Penerima award aku adalah seperti berikut :



1.Green Apple aka Diana Ishak, disebabkan satu perkara terjadi, terus kenal dia. Amat lantang bersuara, berfikiran terbuka, awas, jangan carik pasal dengan dia, kalo tak mukadimahnya panjang beb, sebintang juga, LEO. Nak guling guling pecah perot, datang ke umah dia eak.

2. Syima Syaz, meyayangi kekasihnya seluas laut biru dan sekarang asyik suka makan, takpela, gemuk sikit, hang tu kurus bebenor, sok nak kawen tembam sikit, kalo tak baju pengantin ke jahit sendiri.

3. Suhaila aka Sue, senegeri dengan aku, aku suka komen yg bukan bukan kat blog dia, biasa la, orang melaka kan tahan gurau, tol tak Sue? Penulisan dia pon selalu buat aku ketawa. Dia ni suka sangat upload pic makanan, hahaha, aku tak dapat makan dapat tengok je.

4. Si Lampu Neon, alahai, muka cam budak sekolah darjah 2, cute mute, tapi awas, kata katanya kadang pedas gak, sentap sentap beb, cili padi tuh...layout blog dia lain dari yang lain, syabas...

5. Rizz, suka gak baca, ayat pendek pendek jer. Katanya pemalu bile x kenal..kecoh nak rakk ble dah kenal.. sensitip...tulah Rizz..

6. Aqmal Arista, pemalu tapi suka bergambar, lom ada makwe lagi, teruna tu, hehehe...

7. Judiene, suka sangat makan buah epal...

8. Syarinie Amran, banyak dapat award beb... Suka tengok blog dia, cute mute...tapi akhir akhir ni entri dia cam sedih, tak taw la plak knp...sabo eak dik..

9. Nur Atiqah Dahlan aka One Munawarah, umo 20tahun tapi penulisannya superverb, aku jumpe dia kat blog Aqasha, komen komen dia amat bernas, sekarang berada di Jordan, melanjutkan pelajaran disana.

10. Vie Shanti, isteri Eizlan Yusof, penulisannya yang macam pakar motivasi, ayat ayat yang sopan dan sentiasa berfikiran positif dan terbuka.

So, yang mana tak dapat award tu jangan kecik ati eak, peraturannya cuma sepuluh award, so aku letak la 10, tapi nak letak lebih 10 pon bole, tapi aku letih la nak describe beb, kang panjang bejela, jnuh plak korang nak baca. So tuk semua orang follower tu, ambik je award ni letak kat page korang eak.. Adios, aku berambus...