May 31, 2009

raSA LaGi....

by Wyza Ibrahem

Rasa lagi... tapi hari ni lain, rasa kecil hati... Ntah la, bengong la aku ni... Kenapa eak macam tu... Kenapa aku bole rasa macam tu eak.. Apa rasanya kalo aku yang mengecilkan hati orang... Adakah rasa diaorang sama dengan apa yang aku rasa sekarang... Adakah aku tak pernah fikir perasaan orang? Dan kalo aku fikir perasaan diaorang, adakah diaorang pon akan fikir perasaan aku.? tepuk dada tnya rasa....rasa apa?

Rasa sakit hati yang meledak ledak, tak boleh nak luah, susahnya... tapi macam mane? demi menjaga perasaan orang lain aku korbankan perasaan sendiri... menelan sendiri rasa sakit hati... tapi sampai bila? sampai bila bila pon aku tak tahu.. biarlah, biar aku pendam saja... kalo luah pon, mungkin mengguris perasaan orang... dan sesungguhnya aku tak suka bila ada rasa kecil hati ini... sebab nanti aku kan memencil diri, mencari salah sendiri, kenapa perkara itu terjadi, itu..ini, itu, ini...... mencari punca... punca segala yg menyebabkan rasa kecil hati tu... seseungguhnya itu la yang terjadi hari ini... adiosss.......

aNdai DaPat....

by Wyza Ibrahem



andai dapat kusentuh hatimu,
pasti kutahu perasaan dirimu,
andai dapat kuselam rindumu,
pasti kutahu dalamnya cintamu...

dan jika kau tak tahu ertinya itu,
sia sia sajalah hadirnya diriku,
tak mampu merasa rindumu,
tak mungkin mendapat cintamu...

May 30, 2009

teRdaPaT...

by Wyza Ibrahem

"Terdapat beberapa perkara yg selalu
diharapkan kita dengari daripada mulut
orangyg kita ingini, tetapi jangan sengaja
memekakkan diri sekirannya kita
mendengar ia dilafazkan oleh orang
lain yg mungkin menyatakannya
lebih ikhlas daripada apa yg
kita sangkakan"...

raSA iTu....

by Wyza Ibrahem

sendu-bila kau tiada
sakit-bila kau menghilang
rindu-memang kau dirindu selalu
pedih-hanya tuhan saja yang tahu
malu-tak usah begitu
ingin-kau selalu disisi menemaniku

indahnya bila kita bersama, akrabnya bila kau rasa apa yang aku rasa...
dan bukan semua orang bisa mengerti bicara hatiku, hanya kau dan aku ada rasa tuk mengungkap bicara yang tak berbahasa itu... dan kini kau mengerti... bicaraku memang tak mudah dibahasakan, hanya hati, dan hanya hati kita saja yang berbicara... tak terucap dengan kata kata bila kau mampu mengetahui dan menghayatinya...

kau memang kurindu selalu...
janganlah kau jauh dari sisi...
janganlah kau pergi menghindari...
aku sentiasa disini...
masih disini dan selalunya disini...
disini... disini terus menanti...

May 29, 2009

SeLAmat PaGi + bAju kuRuNg...

by Wyza Ibrahem



Selamat pagi semuanya... Celik mata je dah bukak pc... Tak mandi lagi, tak sarapan lagi.. Huhuhu... gila eak.. Tak la, aku bukak pc, terus bukak blog pastu bukak tagged, balas msg yang ada pastu baca suratkhabar dalam tenet ni... Kalau sempat buat la posting...



kelakar la muke patung ni eak...cam aku la,
malas nak gi keja lepas sehari cuti ni hah...


Hari keja masuk kol 1.30pm, so dah lama tak keja hari jumaat... huhuhu.. tak taw samada hari ni nak pakai baju kurung atau office wear.. huhuhu... aku ni paling jarang pakai baju kurung kat opis... seminggu ada la sekali, kadang2 takde langsung... hahaha... malas la, aku ni ganas sikit, tapi kalo pakai baju kurung sopan la sangat... macam perempuan mamak terakhir... hahaha, bole macam gitu... bukan pe, kalu pakai baju kurung aku tak bole jalan cepat, sebab kalau pakai seluar, aku jalan memang la laju... huhu... sunggoh tak sopan...

Sebab tu aku tak suka sangat pakai baju kurung gi keja, sebab kalo aku pakai nampak spesel sikit, sampai budak budak cashier pandang 2 kali tau, ada yang tegur, huhuhu.. pasan kan aku...hahaha... Eleh, bukan apa, kalo aku pakai baju kurung hari lain selain hari jumaat, staf, exec, mana staf la kat ofis ker, kat selling floor ker, tanya aku, "hari ni bukan jumaat kan za, kenapa u pakai baju kurung eak", si prakash ni soal aku...(bongok la kau, dah tentu la aku selalu off hari jumaat)

Pastu exec lain, "eh aku silap pandang ker ni, wyza ke ni"... tak pon "ko pegi orang kawen ke za", atau "ada kenduri ke tadi"... korang tengok mulot diaorang, takde insuran kan.. aku nak pakai baju kurung pon jadi isu... so adakah perlu kasutku dibibirmu... hahaha...tak la.. aku gurau je eak.. tapi bila diaorang pakai baju kurung, walaupon hari apa apa pon aku tak pernah lak nak tegur... Sebabnya mulot aku ni ada insuran, lom tamat tarikh luputnya...

So, sebab tulah aku malas nak pakai baju kurung masa keja...banyak sangat mata yang memandang dan banyak sangat teguran... Kalau korang nak cakap aku pakai baju kurung memamg lawa sangat, sopan sangat, cakap la, yang korang pusing pusing ayat sampai mcm gitu nak buat pe... hahaha.... pasan kan aku...

K la... aku nak mandi pastu makan, dah lapo la, asyik mengadap pc jer...
Malam nanti aku online eak, kalo sempat la... Lepas kol 11 malam kot... Kalau ada, ada lah, kalo takde sok pagi la eak...

Chau cincau...adios..aku berambus....

May 28, 2009

berSUA keMbaLi...

by Wyza Ibrahem

Sesuatu yang indah berlaku hari ni. Pertemuan dengan sahabat yang terpisah seketika, bertemu kembali disini. Airmata tumpah juga kerana terlalu gembira sangat, tak terkata seketika… Dan tak sangka juga, hari ni rahmat dariNya… Sebenarnya aku memang keja hari Khamis, off hari jumaat, tapi exec lain mintak tukar off dengan aku, sebab dia nak gi solat jumaat esok. Biasa la, keja swasta ni susah nak dapat perlepasan, walaupon nak gi solat jumaat.. Biasalah, bos Chinese kan, diaorang mana paham semua ni…



Kau tahu tak, dah sebeban rindu ni aku tanggung… aku pon tahu kau pon rindu kat aku kanhahaha…sengal kan kita ni… Kalau kita ikhlas bersahabat, kemana hilang pon akan bersua juga, kerana rasa persahabatan itu terjalin dari hati yang tulus mulus... Ntah la, mungkin sebab aku takde kekasih kot, sebab tu aku sayang sangat kawan kawan aku ni…


Aku tahu kau ada, tapi aku tak tahu kau dimana… Aku memang selalunya disini, menunggu saat tuk bertemu…tak kira la berapa lama aku terpaksa menunggu, aku tak pernah jemu, kerana diantara kita ada sesuatu, sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata kata… Aku hanya ada emosi, apalagi lagi yang tinggal untuk diri ini… Hanya sekeping hati…




Aku sememangnya setia, setia pada kekasih, setia pada sahabat…

Aku memang lurus bendul kadang2 tapi aku tak bodoh, janji tetap janji, itu yang aku pegang selama hidup… Aku tak suka dipaksa, tapi kadang2 memaksa, tapi itu memang aku… Aku tak hipokrit… Aku memang jujur, tak pandai bohong, tapi kalau terpaksa, aku bohong sunat la…


Aku tak suka dipandang, sebab banyak yang memandang, banyak pula umpatnya namun aku suka pula memandang, memandang dengan penuh makrifat, agar kutahu segalanya, dapat kubaca segala isi hati segala sifatmu, bak kata pepatah “sekilas ikan di air kutahu jantan betinanya” aku mahu jadi seperti itu namun kadang2 aku buta menilai sesuatu perkara yang mungkin orang lain ambil kesempatan diatas kealpaan itu…tapi aku rela, aku rela diperlakukan seperti itu, kerana asal dirinya bahagia aku tumpang gembira……..


Aku sebenarnya memang kaya dengan emosi, mudah menangis kalau tersentuh dengan sesuatu perkara, mungkin korang rasa aku ni lembik, tapi sebenarnya aku ni ntah la…. Kawan kat tempat keja cakap aku lain bila disini, kiranya gaya penulisan tak seperti aku disana…Ni adalah orang lain… Aku mudah marah, mudah tsunami, baran namun ntah la… sifat sifat yang baik takkan la aku nak taip kat sini, nanti orang kata masuk bakul angkat sendiri ker? Siapa yang kenal aku, korang nilai la aku mcmane… Yang mampu aku katakan aku memang pendengar yang setia..


Aku rasa aku dah terlebih melalut ni, dah lari dari tajuk kan.. Meraban sampai ke India ker…hahaha…Yang penting aku adalah aku…aku tidak menjadi orang lain, tapi satu yang pasti aku kena ubah sikap baran aku yang tak tentu pasal ni…tapi kiranya sekarang baran aku dah kurang la… Budak budak kat tempat keja cakap, aku dah kurang tsunami… hehehe…. Wei, aku dah tua la, tahun depan umo 30 tau oopps..bukan tua, antik la…hahaha…


Dan last sekali, tuk kawan aku tu, kalo kau baca entri ni, thanks for today, u really did something for me.. really appreciate it Aku sayang kau with all my heart… Ko nengok aku tulis mcmni pon, dah meleleh air mata aku ni….Miss u dear… Muaahhh…


G2000 bLu + iNai

by Wyza Ibrahem

Erm, tadi masa aku lepas mandi aku nengok kak ipar aku dok sental baju abg aku...ala baju yang aku bagi tu la, dah pakai dah si koreng ni.... semalam agaknya dia pakai..
Sesungguh hati dia menenyeh kat kolar baju tu, so aku tanya la...

aku : napa dengan baju tu kak

kakak ipar : kena inai, malam tadi along pakai inai kat rambut, terkena kat kolar baju ni...

Adus, sakitnya ati aku... aku yang beli baju tu... Napa la along aku ni sengal sangat. Aku tahulah ko ni banyak nau uban, umo baru 30tahun tapi dah ada uban. Kok iyer pon kau cinta dan sayang kat baju yang aku beli tu, bukak la oooi masa nak pakai inai tu... sakai tol la dia ni... Along, beruk pon tak macam kau tau.... hahaha.... geram la aku...

Ntah ilang ke tak kesan tu... Tapi gerenti la, aku takkan belikan lagik eak, aku memang keja kat shopping center la, setakat executive cabok tapi bukan cop duit... Along ko ader paham tak!!!!
Aku jerit sekali lagik.... PAHAM TAK!!!!!!!!! hahaha... sengal ubi la, bak kata si Ery pon...

ERA LaGi...

by Wyza brahem

Erm, sumber dari Nielsen Radio Audience Measurement (RAM) menunjukkan Era fm masih lagi ranking no satu... Sinar fm plak melonjak ke tangga no2, tak sia sia Linda Onn ke Sinar fm eak...
Dan HOT fm, menurun ke tangga no 3, tahun lepas no 2... Apa dah jadi nie...

Tulah semua dj dj Hot fm ni, kat radio ada, kat tv ada, camne eak... Media Prima dah kurang pengacara ker? Silap silap sok Ally Iskandar jadi penyampai kat Hot fm sebab nak naikkan rating, tak mustahil kan..... Cmne... hahaha.... Poning la kepala den...



Tapi serius aku cakap, lepas Linda Onn dah ke Sinar Fm, aku tak dengar Era lagi, walaupon aku rindu coleteh Pak Nil.... Kat Era tu aku cuma suke Pak Nil jer, yang lain, no komen...
Sekarang aku layan Suria Fm, kurang iklan, lagu pon best best, kurang lagu indon, lagu lagu 90'an pon banyak, best la... lagu lagu terbaru dan terkini pon ada gak... So, pe pe pon ni pendapat aku... Kalo korang suke Era fm atau Hot Fm, jangan la kutuk kutuk aku eak... Ni blog aku, suke suki la aku nak tulis apa kan.... Layannnzzzz....



mAndi...

by Wyza Ibrahem

Jom baca, kawan bagi emel pasal mandi ni hah... Layanzz...

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.





Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

aPabiLa....

by Wyza Ibrahem



"Apabila satu pintu kegembiraan sudah
tertutup,satu pintu lain akan terbuka.
Tetapi selalunya kita akan
melihat pintu yang tertutup itu lebih
lama sehingga kita tidak nampak
pintu lain yang sudah sedia
terbuka untuk kita"...

May 27, 2009

21.12.2012

by Wyza Ibrahem

Malam tadi chat dengan Dylan, erm..dia cite pasal kiamat... seram la jugak bila dia cakap pasal kiamat.. Katanya, kiamat bakal berlaku pada 21.12.2012, hari jumaat, seperti mana yang dia tonton di History Channel... Tak tahu la benar ataupun tidak, tapi katanya kita semua ni kena beringat ingat, dan dia sekadar memberi pesan. Dylan jugak yang suruh post pasal kiamat ni...

So info yang bakal korang baca dibawah ni aku ambil dari dalam laman web yg ada dlm tenet la...

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis :

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah berrsabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Bagindamenyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukanBaitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zamanmereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahanmuka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bilahal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalelabunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengantetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataankeji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orangyang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidakmengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang b*d*h dan hina). Maka orangyang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit olehdua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita danapabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmenggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yangdatang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernahkamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamusebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - RiwayatAhmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembalimenjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1.. Asap

2.. Dajjal

3.. Binatang melata di bumi

4.. Terbitnya matahari sebelah barat

5.. Turunnya Nabi Isa A.S

6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7.. Gerhana di timur

8.. Gerhana di barat

9.. Gerhana di jazirah Arab

10.. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

Jadi, beringat ingat la sesama kita dan saling berpesan pesan... Amin...

kiTA sELaLu...

by Wyza Ibrahem


Align Center

"Kita selalu tidak menyedari kita
mempunyai sesuatu yang amat berharga
sehinggalah kita kehilangannya....
dan kita juga selalu tidak
menyedari kita tidak memiliki sesuatu
yang amat diingini sehinggalah
ia datang sendiri kepada kita"...


May 26, 2009

mY gEnG...

by Wyza Ibrahem

Huhu... malam ni my geng is comeback... chat kat chatroom, Nang, Dylan, Mio, Adymar... 2 lagi takde...
Ery keja malam, masok keja lepas maghrib, tapi pagi tadi ada chat dgn dia jap... Hafiz, erm... Pis, mane ko menghilang eak, merajukkah dirimu... Lama tak masok chat room...

Pe pon geng, malam ni hara ckit chatroom tu... Lima orang sekali chat... Memamg huru hara...
hahaha...tapi aku happy, sebab diaorang selalu buat aku happy...huhuhu..

wOnDeRFuL...

by Wyza Ibrahem



"there is nothing more wonderful
in the world than
the feeling you get from sharing,
and there is no greater happiness
than the warmth you get
from loving"

G2000 bLu...

by Wyza Ibrahem

Erm, pagi tadi lepas bangon tido aku terus bagi baju G2000 Blu pada abg aku yang sengal tu... warna? Ntah la aku pon tak tau warna pe ni, korang tengok nanti gambo nya... Yelah birthday dia kan, yg ke 30thn, 20hb, dah dia datang kat tempat keja aku, dok mengendeng baju tu... Memang la aku tak nak belikan, abis tu dah bini dia pon buat tak taw jer, tak belikan apa apa pon, so aku pon macam tak sampai ati plak...


warna biru cair

Lagi pon Si Mar dan Si Echa ni dok pujok aku belikan baju tu, sebab masa si sengal ni datang, Si Mar ada, tak berani dia nak tenung lama si Mar ni, aritu dok lorat pandang, dok lorat tnya, sapa perempuan baju itam tu, padahal bini dia ada kat belakang dia... Wei, bini orang tu...dok lorat tanya nak buat apa... tekesan ker ko tengok dia lawo dari bini ko (kakak ipar) ...hahaha....


warna pe ni, biru kehijau hijauan ker?
nilah, yang aku belikan tuk dia

Alasan yang kukuh sebab aku membelinya ialah...si Mar nilah... pujok aku, ala kak, beli la, cian abang akak... Si Echa pon sama, a'ah kak, belilah... Yelah yelah aku beli, tapi kena tunggu lepas 22hb baru bole beli sebab ada discount 30%, kalo beli 20hb, erm 10% jer.. So hari ahad la baru alku beli, sebab jumaat aku off, sabtu ada meeting, mmg tak sempat, so ahad free... so belilah...

Pagi tadi masa aku bagi baju tu, sengeh je... menci plak aku tengok, tak ckp tima kacih pon, malu la tu... Senyum sampai ke telinga... Terus masok bilik, tunjuk kat bini dia, cam budak2 kan...

Nasib baik dia tak komplen warna tu, kalo dia komplen pon, aku mmg dah sediakan jawapan awal awal dah... Aku nak ckp mcm gini, ko suke ker, tak suke ker, ko kena pakai gak, sebab aku yang beli kan, duit aku kan, so suka ati aku la nak beli warna apa pon... tapi dia tak komplen, so tak dapat la aku nak kata mcm gitu... eleh, apa yang aku pilih memang cantik la... masa dia bujang dulu, dia nak beli baju, selalu gak tanya pendapat aku... aku kan memang bagos... hahaha....

May 25, 2009

menCiNtai seSEORang...

by Wyza Ibrahem



Mencintai seseorang tetapi tidak berbalas, itu melukakan dan menyakitkan. Tetapi keterlukaan itu lebih menyakitkan apabila kita mencintai seseorang tetapi tidak memiliki keberanian untuk memberitahu insan tersebut betapa kita mengasihinya...

kiTA muNGKin..

by Wyza Ibrahem

"Kita mungkin memerlukan hanya satu minit untuk terpikat kepada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mencintai seseorang... Tetapi kita barangkali memerlukan waktu sepanjang hayat untuk melupakan seseorang"...





mALam Ni ...

by Wyza Ibrahem

malam ini aku sendiri...
memandang langit sepi...
mengenang rindu yang tak bertepi...
mungkinkah akan hadir dirimu, menyisir rinduku...
atau memang kau tak pernah ada rasa itu...

May 23, 2009

WaNiTa DaN uNsuR-uNsuRnYa

by Wyza Ibrahem

Hiburan FilemWalau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Baca dan fikirkan dimanakah anda. Aku rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


- aku anak ketiga dan berunsur api... huhuhu... panas tuh...-

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


Erm... korang plak unsur ape eak... layanzzz...

(sumber dari webkl)

May 22, 2009

aNtiQue..

by Wyza Ibrahem

tak tau nak tulis apa lagi, buntu takde idea...
tiba tiba teringat pasal cite antik ni...
jumaat lepas pegi mp, hantar sambal belacan kat chris, dia ni hantu sambal belacan...

so lepas jumpe dia, aku jumpa lak si lay leng ni, counter manager christian dior kat parkson mp...
dia ni kalo jumpe aku, byk la soal siasatnya... pertanyaan cepu emasnya lebih kurang mcm gini...

lay leng : wyza, u baik tak?

aku : baik la, apsal plak tak baik...

layleng : so macamne? dah ada bf tak?

aku : lom la leng...

lay leng : abih mcmane ni? umo sudah lewat la u ni...

aku : yalah, tahun depn sudah 30 la leng....

lay leng : hah...mcamane?

aku : leng... lagi tua, lagi mahal tau... pernah dengar barang antik tak? barang antik kan mahal...i antik la...hahaha (ketawa)....

lay leng : hahaha (ketawa).. u ni, macam2 la...

aku : betul apa... dah la, i nak gi kedai mak i... nanti dia bising plak... ok.. bye leng..

lay leng : bye bye wyza....





bgitulah citernya...aku ni kalo singgah mp, susah nak lepas balik... bila jumpe b.a atau f.c kat sana, byk la citernya... lagipon diaorang suka cakap dengan aku, aku pun suka cakap dengan diaorang... bercakap cakap kan terapi jiwa beb... buntu kalo ak dapat bercakap ni... tol tak?...

lagipon aku pon sayang kat diaorang, dulu kan aku bos diaorang, diaorang dibawah jagaan aku, tapi bile dah kena transfer kat melaka mall, erm... tak dapat selalu dengan diaorang... sedih...

nota..
b.a - beauty advisor, f.c - fragrance consultant

May 21, 2009

uNiQue!

by Wyza Ibrahem

Wyza just took the "Full personality analysis" quiz and the result is Unique.


Unique! That's what you are,you stand under no description .You build your life your way.You are loved and hated but you don't care.You do it because you want to.You are free and happy!


ulasan aku...
unik ker... tapi memang la, spesis cam aku ni susah nak jumpe kan... layanzzz...

me - Ur short-tempered.

by Wyza Ibrahem


Wyza just took the "What is ur patience level?" quiz and the result is Ur short-tempered.


God!!....u can blow up da person who will irriate u..u haf no patience at all..to tolerate or to tackle u want everythin to happen as fast as it can...this isnt the way lyf moves onn...u need cut down ur temper n ur speed beingg too patience n short-tempered r not gud....=)


ulasan aku...
huhu... memang tol pe kuiz ni... aku kan dalam proses mengubahnya.... wei, aku dah tua la... dah kurang tsunami beb.... sekarang ni ..tsunamun plak... hahaha...

MaMai La....

by Wyza Ibrahem

Pagi tadi, erm aku dapat sms dari Wana, Parkson Batu Pahat, masa tu aku dok sedap sedap tido, walaupun matahari dah tegak, aku masih dok pelok bantal.. Tapi aku terkejut la jugak bile dengar bunyi sms masuk... So nilah citenya...

Wana : Salam, kak wyza, kte nk tnya. If kte order B2B, apply order sama je kan. Juz xpyh print, LPo je kan...

Aku : yup, sama je xpyh rindu

Wana : Ape xpyh rindu.. ha ha ha ha...

Aku : yup, xpyh print... salah taip la...

Wana : Haha, kak ngah rindu sape? hehe. So smua xyah print k. So step juz order n confirmation je rite...

Aku : La, mamai la.. Baru bgn tido ni.. Apis kena authorised mcm biasa, print ketas putih je, xpyh 3 warna..

Wana : Sowi ggu kak wyza tengah sleep... Ok tq kak wyza...

Aku : ok....

Wei, malu aku beb... pesal plak tetiba aku taip rindu plak... Yang betulnya masa tu, aku main taip jer, mata aku pon blur la, tak nmpk sangat pe yg aku taip...hah... amik kau...

Nasib baik aku taip rindu, kalo aku taip perkataan lucah... hahaha... gelap la profile aku sebagai exec yang sangat bagus pada mata Wana kan... eleh..pasan kan aku... layanzz...



May 19, 2009

bENgaNG keR aKu...

by Wyza Ibrahem

Hari ni aku balik lewat sikit, dok asyik berborak dengan staf, sampai telajak ke jam 7pm...
Sampai rumah takde sapa sapa pon. Aku memang dah lapar, sebab tengahari makan kol 12pm, so kiranya dah sampai la waktu makan malam kan. Tengok lauk sedap plak, ikan pari masak lada, ada sambal belacan, telor asin... Memang sedap...

Ambik pinggan nak boh nasi, nasi plak takde.. Kiranya ati ni dah panas sikit la.. Ok, aku cal mak, 2 kali tak jawab, then aku adik aku Amir, 3 kali, dia pon tak jawap... Then last aku cal sorg lagi aku, si Payep, erm..hp dia tengah caj la plak...

So, memang la tahap suhu aku ni dah naik... Ok la, aku pikir nak gi kedai la, nak makan, so aku aku pon ambik handbag, ntah macamne aku tergerak nak check purse aku, eh...carik carik tak jumpe, memang sah la tinggal kat tempat keja... Lesen, ic, macam2 lagi ada tu.. Aku dah gabra la plak, ntah ada dlm laci meja ofis atau aku tertinggal kat ats meja... Kalau tinggal atas meja, erm.... hilanglah...

Masa on da way tu aku anta sms kat Si Mar ni, tapi aku tersend plak kat no ayah dia... Adus, sengal tol la... Then aku forward balik kat Mar, then Mar cal... "Kak, kenapa bole jadi macam gini... Akak ingat apa ni"... Ntah la... So, pesannya, "Kak, drive keta elok2, take care... love u"...

Hah, love me... ke love si polan tu... So dia gelak terkekek kekek, "Akak ni, mana ada"... Alah, aku usik je...

So bila dah sampai, aku meluru la ke ofis, memang sah dalam laci, aku lupa nak masukkan dalam handbag... Then aku cal mak, dapat la, ngadu kat dia, mak kata bawak lauk tu makan kat kedai... Ala, segan la aku... So aku pikir aku bungkus je nasi nanti kat kedai mak.. Then aku jumpa plak staf aku, borak borak jap..

Pastu drive gi kedai, mak ada, aku borak jap, pastu bungkus nasi, terus aku drive balik umah..
Sampai kat umah, terang benderang... Semua lampu terbukak, ni mesti keja abang aku yg tak geti bayar bil elektrik tu... Masa aku nak gi tempat keja ambil purse, dia baru sampai dengan keta kokak honda besi buruk dia tuh...
hahaha... bole tak aku kutuk abang aku macam gitu... Ala, dia bukan baca blog aku ni, dia mane tau pasal tenet tenet ni, yang dia tau, main gitar, gesek biola... tulis toge toge atas ketas dan cari lagu nak main kat mana mana show....


So, aku kira bengang la dgn dia, sebab aku yang bayar elektrik, so aku la yg sakit membayarnya, bukan dia, tp dia suka suki bukak lampu tak geti tutup, ataupun along aku ni memang penakut.... haha.. memang, masa kecik kecik dulu, dia memang penakut... nak tutup lampu pon nak suh aku temankan...

So tak kisah la, sampai umah aku mandi, pastu makan... Lepas makan aku tengok cite kat tv3, Cinta Untuk Ain..then adik aku Si Amir badigol so'od tu keluar dari bilik, ntah bile dia ada pon aku tak perasan.. Dia tanya knp cal.... Aku ckp, nape? tak bole cal ke, dgn nada keras la, sbb mmg bengang kan, aku cal dia tak angkat... Dia tanya lagi, pastu dia kata, hp dia masuk air... yeker, dia tu yang masok air...

Dengan lasernya aku cakap, "Hp kau tu kalo tak bole pakai, tak jawap kalo orang cal, hempaskan je ke lantai...abis cite"... terdiam dia, nak jawap pe lagi...

Dengan muke yang selamber, aku baring kat kerusi depan tv, tengok tv lagi bagos kan... Bila dah abis cite tu, ttiba dia kata, "Ja... nak makan burger tak"? Aku jawap, kalo kau nak belanja bole gak, nada keras gak ni.. So dia kata"pinjam keta"... Erm...kunci atas meja tu... Pe lagi berdesup la dia pegi... Dia kan memang suke melenjan keta aku...

Masa aku dok lorat menaip ni, dia pon dah sampai kat umah, :Ja, tak nak makan burger ke?" Aku cakap, nak.. So aku keluar la dari bilik, aku tanya burger ape... Dengan selamba muka 20sen dia jawap... Burger b*bi... hahaha...bole ckp mcm gitu ker... Kiranya dia balas dendam la ni, sbb tadi aku marah dia kan... Aku pon malas nak panjang cite, ambik bawak masokdalam bilik, ngap la...La...burger ayam...

Tapi kalo burger tu burger teet...., aku tahu ke.... Hahaha...layanzz...

May 18, 2009

Phlegmatic ....

by Wyza Ibrahem

Ni aku jawap soalan kat facebbok, pastu dapat result ni... Ntah pe la PHLEGMATIC... Pe menatang ni... hahaha...

Phlegmatic

You are an easy going, caring, and kind person. Some Phlegmatics have an amazing sense of humor and can crack jokes without even a grin. You tend to get along well with most anyone and keep most things to yourself. You are always looking for the easy way to do things and often procrastinate. Phlegmatics are generally attracted to Cholerics of the opposite sex.

PeRiDoT....

by Wyza Ibrahem

Sape nak tau peridot tu apa, ni hah aku tunjukkan eak...


Ni hah batu peridot...
Birth stone aku...


Tapi description ni ada yang betul ada yang tak...
So aku komen yang betul je la... Baca eak...

You have an outgoing personality. You tend to take risks. You feed on attention. You generally have no self control. You are kind hearted, self confident, loud and boisterous. You are VERY revengeful(ni ntah la, bukan semua pon aku nak balas dendam ooi...). You're easy to get along with and easy to talk to. You have an 'everything's peachy' attitude (tsunami..hahaha). You like talking and singing (tak pandai nyanyi la, tapi kalo dlm bilik air tu, mmg ler...) but you absolutely love music. You're a daydreamer so you're easily distracted. You hate not being trusted.

You have a BIG imagination. You love to be loved. You absolutely hate studying(ni tak berapa betol la). You will always be in need of 'that someone'. You long for freedom and you're rebellious when withheld or restricted. You live by 'no pain no gain' caring (ni...mendalam nih...). You're playful (playful ker aku, takde la, stakat gurau2 , menyakitkan ati org ada la..), mysterious and 'charming' or 'beautiful' to everyone. You tend to be stubborn, curious, independent, and strong willed. You will always be a fighter.
( betul...ni mmg betul...)

esTee LaUDer ModeL SearCH 2009


by Wyza Ibrahem

To all my readers...

Nak promote sikit ni hah..
Minggu lepas aku gi MP, so jumpa la kawan aku kat kaunter estee lauder, so dia suh promote la... So baca kat bawah ni eak.. Tahun lepas Wan Noraishah menang... Sape kata melayu tak cantik.. Huhuhu...

Linknya....
http://www.esteelaudermodelsearch.com.my/

Pencarian tuk model estee lauder bemula...

Start Time:
Thursday, June 4, 2009 at 10:00am
End Time:
Sunday, June 7, 2009 at 6:00pm
Location:
Mahkota Parade, Parkson Melaka
Street:
Bandar Hilir
City/Town:
Melaka, Malaysia


Phone:
6062827123
Email:

Description

THIS IS A GOLDEN OPPORTUNITY FOR YOUR MODEL DREAM COME TRUE! LET US MAKE U A MODEL

HOW TO ENTER
No experience needed. Just sign up at any of the Estée Lauder Model Search (ELMS) Portrait Events for an ELMS Makeover Package at any of the locations listed below.

THE ELMS MAKEOVER PACKAGE
is priced at RM280, and includes:
An Estèe Lauder Model Search 2009 Entry Form
A full makeover by an Estèe Lauder Makeup Artist
Hairdo by Miko Hair Studio & Academy
Styled in eclipse apparel
Photography by Professional Portrait Photographers
One instant A4 Portrait
RM230 redeemable for Estèe Lauder products
A complimentary One-on-One Makeover voucher by Estée Lauder

So, jumpa anda disana...

May 17, 2009

tAMan aStaKoNa...

by Wyza Ibrahem

bila dengar lagu ni aku teringat seorang kawan aku ni, dia yang suruh aku dengar lagu ni... So aku pon ada embed lagu ni kat tagged aku...

bila aku teringat dia aku dengar lagu ni, dan bila aku dengar lagu ni aku teringat dia... maksud lagu ni... ntah la... hanya aku je yang tahu...

tapi dia tuh ntah ingat kat aku ke tak kan...
tak kisah la, janji aku ingat kawan kawan kan...
tapi lagu ni buat hati aku tersentuh bila mendengarnya...
layan eak lirik tu...

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya

p/s - camne nak embed lagu ni kat sini eak, ada saper2 tau tak, ajar aku..

mALam Ni...

by Wyza Ibrahem

malam ni aku bercelaru, tak tahu kenapa... macam macam rasa ada, tapi tak mampu terjemahkannya... mengapa, kenapa, aku tak dapat menghuraikannya....

adakah rasa ini akan selalu ada, dah lama tak begini... rasa sunyi yang menyelebungi...

May 15, 2009

keTiKa ciNta

by Wyza Ibrahem

Erm, lagu ni memang suka sangat aku dengar... penyanyi asal Opick, penyanyi dari Indonesia, tapi telah dilagukan kembali oleh Siti Nurhaliza, so yang mana tak tau tu, ni bukan lagu Ct k... Kat page aku ni pon ada lagu ni... Tapi memang la Ct nyanyi lagi sedap dari Opick ni, music arrangement pon dah lain...so i choose Ct k...

Aku suka liriknya, mendalam... Lagu ni lagu ketuhanan, tapi bole dikatakan cam lagu cinta gak...

Cuba nengok liriknya...


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

So, adakah aku dalam mood cinta? Ahaks... Mane ada, saje saje la... Aku ni kan memang jiwang karat karot...hahaha... Cuba korang dengar lagu tu sambil memejam mata.... Menusuk tuh...