November 30, 2009

pataH tumbuH, hiLanG berGanti.....

seperti dijanjikan, aku hadpet k
28hb abg aku bertunang, sehari selepas aidiladha
hantaran 7 untuk pihak perempuan
satu pun aku tak snap
aku snap yg pihak perempuan bagi, 9 dulang
tapi aku malas nak upload...lambat.........
nanti  aku baran
tsunami tak tentu pasal

sabtu tu, hujan lebat giler
masa aku nak keluar amik kawan, bukan main lebat lagi hujannya
tapi yang herannya lebat kat kampung aku jer
bila aku drive dah sampai bukit piatu dan bukit baru
aik...takde plak hujan
mak cakap, ujan ni umpama airmata bekas kakak ipar

mungkin juga....pepagi mak dah nangis
teringat saat masa abg aku bertunang dengan dia
ntah la.....terimbau kenangan lepas...
bertolak lepas Zohor, sampai dalam 2 lebih...
bincang2, makan....bla bla bla....
sampai umah 4.30pm

then cuci pinggan mangkuk
pack makanan dan bagi kepada sapa2 yang hadir
pastu, kena hantar bagi pak n mak saudara lagi
then tanpa dirancang
lepas maghrib aku, echa n amir gi tengok wayang
citer ni..... JALANG..........

tak best langsung
nak abis baru la ok kot
ntah lar
aku tak nampak pon kejalangan watak Maria tu....
so jangan bazirkan duit tuk tengok eak
aku pun org yang belanja
aku nak tengok citer NINJA tu
tapi lambat plak tayangannya

pastu kitaowg pegi makan
ntah mana tempat adik aku bawak
tapi yang bestnya dia belanja lar
dia baru dapat gaji
so aku kopakkan la duit dia kan
then hantar echa balik
jam 11.30pm baru aku sampai umah
letih siot..........

nota
28hb Nov 2009 - sengal bertunang
29hb Nov 2009 - birthday bekas kakak ipar  
(aku ada sms dia....mood...sedih k) 
30hb Nov2008 - majlis persandingan sengal n bekas kak ipar thn lepas  
( genap setahun kan hari ni )


bila tengok tarikh kat atas ni, korang pikir, bagaimanakah  perasaan aku?
adios...........tak sanggup..........

November 29, 2009

akhirnYA... tunanG abG saYa

satu je eak...
nanti hapdet lagi
aku penat lar
lepas majlis pertunangan, aku gi tengok wayang...
huhuhu...letih....
adios

November 27, 2009

saLam aidiLadha......




lirik lagu p.ramlee
berkorban apa saja
tapi jangan korbankan diri anda
jangan korbankan kesucian dan kedaraan anda
hahahaha, melalut siot
adios

November 25, 2009

mata taK daPat LeLap

aku tak dapat lelapkan mata, tak tahu kenapa.
sekarang dah pukul 3.16am, mata aku langsung tak mengantuk.
semalam pon tak bole tido, pukul 7.00a baru aku bole tido
bangun jam 11pagi, masuk keja jam 1.30pm, mamai jer...

tadi aku borak dengan kawan kat facebook, Ira namanya..
sudi gak dia layan aku, thanks Ira...
tengah sedap2 borak, terputus talian...huhuhu...1jam 27minit...
lama kan...bateri dia weak..
takpela, lain kali kita borak lagi lagipun dah lewat
kesian dia, huhuhu, tido lambat pasal aku, sampai 1.30am aku borak dengan dia...

sabtu ni abang aku bertunang
erm...aku macam takde hati pon nak pergi, tapi kena pergi gak
aku dah amik cuti sehari
hantaran dia pon aku tak amik pot
lantak la dia, dia suh kawan dia tolong buatkan

erm...aku tak tahu nak pakai baju apa nanti
blur lar, tak sedia apa apa pon
fikiran aku terganggu beberapa hari ni
mungkin pasal semalam
aku tak tahu samada aku nak atau aku terpaksa atau dipaksa
aku tak tahu, rasa menyesal pon tak guna
ataupun rasa kesal tu memang tak ada

entah lar, terlalu peribadi untuk diceritakan
naluri dan keinginan tu memang ada
aarrggghhhh..........

rambut....
tak tahu bila aku nak gunting, takde masa
dah panjang sangat, dah hampir ke paras pinggang
nak gunting, sayang plak rasanya, bukan senang nak simpan panjang
tapi hujungnya dah bercabang plak

hari hari aku datang keja, dok belek hujung rambut
pastu gunting....
budak2 opis pon dah tahu tabiat aku...
huhuhu...tak tahan tengok lar...
tapi sekarang dah kurang lar cabangnya

tapi bila panjang sangat, senang plak gugur
sekali aku sauk pakai jari, wah... 2 3 helai
tu baru sekali sauk, kalau sauk banyak kali,
botak siot....takde lagi mahkota wanita....hahahaha

haritu aku beli majalah rapi, dalam tu ada la info
baru aku tahu, rambut aku adalah 'baby hair'
memang halus, kalo kena angin senang kusut
kalo tengok memang cam biasa, tapi kalo pegang baru rasa halus
aku jarang sikat rambut, pakai jari jer
tapi aku tahu tak elok pakai jari, senang gugur
tapi dah biasa lar

tapi, aku dapat satu compliment dari seorang kawan lelaki
hahahaha...dia kata...huhuhu...
dia kata....huhuhu..malu nak cakap seh...
' u nampak sexi bila u lepaskan rambut u' (tak ikat) 
dan ada jugak beberapa komen lain, tak payah la aku nak taip eak
ada unsur 18sx...hahahaha....

aku jarang lepaskan rambut, ikat jer, senang nak buat keja dan ringkas
time aku pakai baju kurung jer, aku lepaskan rambut
hahahaha, seminggu pon tak sekali aku pakai baju kurung taw
sebulan ada la sekali dua kot
so camne... nak gunting ker tak?
lagi panjang lagi sexi kan
cam rambut blogger Hanis Zalikha
cuba tengok pic dia ni
suka seh rambut dia

pic ni dari blog dia
erm....
nak gunting ke tak eak?
dah pukul 4am ni....
bila la mata aku aku nak lelap ni....
k la...dah banyak melalut
adios.....

November 24, 2009

apabiLa kitA...


tak sempaT

erm...aku janji nak update malam ni
dah jam 2.34 am, aku tak sempat lar...
balik lambat hari ni, 12.30am baru sampai umah
keluar dengan kawan, sembang sembang....huhuhu..
balik umah, mandi then bukak facebook
bukak cafeworld aku, then cafeworld my twin
huhuhu, dia kursus 4 hari kat Mersing, so tak bole online
so akulah mangsanya, hahahaha....
adios....

November 23, 2009

riSau...

sebenarnya banyak aku nak update, tapi malas lar, takde mood..
lagipun keja kat opis berlambak lambak nak kena buat
bulan depan tak dapat lar aku nak online
outstation kat KLUANG 16 hari
16 hari mengkulikan diri
jadi helper kat sana
so tak dapat lar aku online kan
cafeworld kat facebook aku nanti camne la agaknya
hahahaha, risau...risau....

tapi my twin bole jagakan
tapi dia balik kampung kat terengganu
sana line tak berapa clear kalo nak tenet...
camne tu?
aku tutup je la cafe aku 16 hari
tapi rugi lar, tak leh naik level
huwaaaa.... tolonglah...

wei, aku tak sarapan lagi, lapo
adios lar...
malam kang aku update lagi...
byk benda nak cerita ni....hahahaha...panas siot....

November 20, 2009

akhirnYA

yesss.....
akhirnya blog aku sudah dibuka...
aku tukar link k...
thanks pada kak ida n setia kasih
nanti aku update lagi eak
jap lagi nak nengok NUR KASIH
dah lama aku tak follow NUR KASIH
dah terlepas 4 episod...
takpe, kat facebook bole review balik...
adios....

November 10, 2009

pisaU cuKur...



citer ni best sangat
macam nak tengok lagi
rugi kalo sapa tak tengok
kelakar sangat
karekter semua best
hahaha
aku bawak mak gi tengok citer ni
mak pon suka
tergelak gelak dia dalam panggung tadi...
4 bintang k....

November 07, 2009

bertaMu Di kaLbu


dalam mood yang tak menentu di, aku dengar lagu ni...
jiwang siot, suka lagu ni..
liriknya puitis sesangat....
so apa yang bertamu di kalbu korang?
aku?
macam macam ada....
tak terkata dan tak terluah...
sesaknya, tuhan saja yang tahu...


Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

November 06, 2009

aku buntu........


terkenangkan kata2 seseorang semalam...

itukah aku? kenapa ia memilukan, memberatkan lagi perasaan...

kekuatanku makin rapuh....

apa lagi yg perlu dipertahankan? 

ku keliru mencari diri sendiri...

kenalkah aku akan diri ini?

semakin tak kenal diri sendiri...

akukah itu...

benteng itu?

makin kuatkah? atau makin rapuh?

arrgghh....aku buntu.......

 


November 05, 2009

ting tong !!!!!!!!!



takde mood nak update blog
blur sangat
beberapa hari ni aku asik hangin jer
tsunami jer
asik buat sesi kaunseling tuk staf jer
pening kepala otak

paling bengang bila bercakap si pendengar buat endah tak endah
aku ni bukan penyabar
memang korang akan komen 'sabar eak'
aku dah lali benda tu semua
selalunya sebulan sekali la aku mcm ni
dan memangnya aku tak suka

emosi aku tak stabil bila sampai masa tu
tapi sekarang lom datang lagi
mungkin beberapa hari datang la benda tu
lepas tu nanti baru la ok
sori guys....aku memang mcmni
tingtong tak pasal pasal
adios

November 03, 2009

angiN taK tentU pasaL....



dah lama snap pic di masa gi mp dulu, kat kaunter estee lauder pc ni.
saja yang letak kat dalam blog hari ni, sebabnya ada related dengan perkara yang berlaku hari ni.
sungguh sakit hati dan membengangkan aku dan beberapa orang exec masa dalam meeting petang tadi.

malam tadi tinggal kitaowg bertiga, aku dan 2 exec lelaki, borak2 lar masa kat opis, sebab dah takde benda nak buat.. so terkeluar la topik masa dalam meeting tadi.. sesi luahan perasaan sesama sendiri la ni... dan kami bertiga memang tak setuju dengan perlakuan dia masa dalam conference room... bernada keras dan tak hormat pendapat orang lain.

masuk meeting jer muka dia dah ketat, then bila diajukan perkara yang related dengan dept dia, ceh dia melompat macam beruk, melenting lenting... dia ni tak paham ker, bos bukan komplen dia, tapi cuma bertanya untuk keterangan selanjutnya, tapi dia babitkan exec lain plak... apahal lu ni wak.. aku cuma nak cakap WAK LU!!!... tapi meeting kan, cover je, tapi panas gak telinga aku....tahan jer...

then dia ada issue, dia suarakan la, so bos tanya aku, apa pendapat aku, aku jawap lar... then dia tak setuju... abih yang ko suarakan perkara tu, pastu kalo ko tak setuju, takpe la, aku bole terima, biasa la kan masing2 lain pendapatnya, tapi nada suara dan reaksi dia bukan main lagi... pastu macam2 plak dia menceceh...

aku nampak muka beberapa exec lain cam dah lain, bersuara pon taknak, dah malas nak bagi pendapat, dia ni asik bangkang jer... yang kitaowg takleh terima tu, dengan bos pon dia tinggi suara, eh..sapa yang jadi bos ni..memang kurang ajar lar...nak angin jer tak tentu pasal...apahal plak kan...seb baik ni bos no.2, kalo dengan bos no.1 tu, tak berbunyi dia, semua ok jer...tapi bos no.1 tak masuk meeting hari ni.

yes, antara semua exec, dia tua umurnya, aku yang paling muda, tapi bos lagi tua dari dia, pangkat pon lagi tinggi, dia bukan exec pon, tapi kena la hormat orang kan... aku tak kisah kalo tak hormat aku pon, aku tak mintak pon, susahkan.... budaya orang melayu, cuma nak hormat orang tua jer, abih yang muda tak payah dihormati ker?

setahun lepas masa aku training exec baru, dia muda dari aku, aku tak kasik dia panggil aku kakak, panggil nama jer, tapi kadang2 dia tersasul jugak. bukan apa, aku tak nak dia hormat aku sebagai kakak, tapi sekadar rakan sekerja, lagipun sama pangkat kan.

erm...so masa borak borak tu, bos memang ada kat bilik dia, masa dia lalu amik air, dia tegur, ' tak abis discussion lagi?'.... hahaha, kitaowg gelak jer... aku cuma cakap ' dia tetiba nak 'blow' jer '.
bos kata dia tahu, tapi dia pon malas nak cakap lebih2.

tapi bos setuju dengan kitaowg... tulah, perangai dia ni semua orang pon tahu, cuma malas nak complain kat bos no.1 tu... malas la nak drag lebih2... cuma tahan je la... dia ni jenis tak bole terima instruction kitaowg, padahal kitaowg ada hak dan layak memberi arahan....tapi disebabkan dia TUA la sangat, tak bole la nak suruh2 la kan... orang tua la, kena hormat.....WAK LU......

dia ni cuma leh dengar instruction dari bos no.1 jer... yang lain tu memang tak dilayan pon...tapi kadang2, kalo ada hal penting, aku bagitahu jugak kat bos no.1, then bos no.1 bagi instruction kat dia suh buat... dia buat... tapi bukan selalu...hehehe, pandai tak aku...

dah banyak melalut ni... nak tido, adios.....

November 01, 2009

salahkaH aKu?

untuk seorang sahabat


maafkan aku
tak sengaja untuk melukakan hatimu
aku tak mengerti
apa salahku sehingga kau membisu
dia temanmu dan aku juga temannya

perasaamu terhadapnya dapat kubaca
kau kasih dan sayang padanya
aku hanya seorang teman
tak lebih dari itu
aku tahu batasku

sekalipun cintamu tak diterima olehnya
bukan aku penyebabnya
aku tak pernah jatuh cinta padanya
cuma rapat sebagai teman

salahkah aku bersahabat dengannya
mungkin mesraku terhadapnya di salah tafsir
gurau sendaku dengannya mengundang resah dihatimu

atau aku perlu menjauhkan diri darinya
untuk kebahagian dirimu
tapi aku.....

aku buntu... keliru
aku perlu dia
hanya bersahabat
salahkah aku buatkan dirimu cemburu

maafkan aku
aku tak mampu jauhkan diriku darinya...
maafkan aku...