October 07, 2010

hubungan sejenis!

salam... chak...hehehe, lama kan tak hapdet... aku sibuk sangat, aku online pon mengadap facebook dan baca blog blog yang ada.

hari ni nak cakap topik apa? erm... hubungan sejenis, taw tak? lesbian, pengkid, gay dan yg sewaktunya dengannya. zaman sekarang ni, apa yang tak mustahil. sume tu bole jadi. aku kesian, simpati dan juga kesal. kenapa la umat islam sekarang ni dah semakin terpesong akidahnya. kenapa perlu bercinta dengan kaum sejenis, tak ingat perintah Allah.

sekarang ni makin berleluasa taw, kat facebook tu jangan cakap lar, memang terang terangan dorang berkasih sayang. mengucap panjang aku, memang ada dikalangan sahabat aku pon. kenapa la jadi macam ni kan. bukannya kurang didikan agama, tidak cukupkah ajaran pendidikan islam di sekolah? kalau dulu orang tua tua dok takut kalau anak perempuan berkawan rapat dengan lelaki, tapi sekarang ni jgn tak taw Cik Kiah ooi, lelaki dan lelaki pon ada hubungan taw. begitu juga dengan perempuan sesama.

aku cakap ni atas dasar pengalaman. wanita sejati yang tiada tolok bandingan kecantikkanya dengan pengkid. budak ni bukan main cantik lagi, kalau sesapa terpandang memang toleh dua tiga kali, maklum la keturunan arab. tapi couple dengan pengkid, panggil papa mama lagi, ke toilet pon sesame, buat apa dalam toilet tu?

kalau cuti sehari pastu datang keja, fuhh, leher penuh dengan gigitan cinta yang bertepek tepek, bukan niat aku nak pandang tapi memang dah jelas ternampak. aku yang malu, bukan dia. dia selamba jer muka dia, macam tak bersalah...

ni ada sorang lagi kawan aku ni, punya la handsome, mmg digilai ramai wanita, tapi ada boyfriend plak. adoyai...apa nak jadi budak budak zaman sekarang ni ooi....kalu diberi nasihat, katanya mind our own bisnes, camne tu... merapek meraban aku ni...baca ni hah...

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:
1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

tu saja untuk hari ni...adioosss, nak tengok Chinta kat tv3.
Wasalam....

2 comments:

  1. alah wyza...biasa diorg ni trend..org lain buat, dia pun nak jugak.cool lah konon...sok kat kubur tgk lah cool ke tak?
    lagi pun diorg tak 'dewasa' lagi.nanti dah dewasa, siap gelak n malu dgn kelakuan sendiri...

    ReplyDelete
  2. dulu ada budak sekampung..lesbian gak..bercinta..hari2 berkepit naik motor lalu depan umah.skang..budak pempuan tu dh insaf gak nyer.dah nak kawin..ngn lelaki ye(pandai lak pilih lelaki hehe)..si pengkid ada awek lain yg lebih seksi..tapi tak kahwin2.hmm..bauzubillah..

    ReplyDelete