June 29, 2011

Aku akan ingat sampai bila2......

 dia taip ni kat fb dia, selepas dia men remove kan aku...
Ape yg kt dapat bila kt marah?????....hati sakit,sytan membakar,mendapat dosa n yg paling penting kau merosakan jantung kau yg sedia nk tsumbat....jadi renung2 kn lah.(utk apo kt nk marah)....???
Aku akan ingat kata kata dia ni, tak kesah la kau nak delete aku dari facebook kau. lepas kau delete bole la kau kutuk kutuk kan, sebab aku tak boleh baca, tapi kau pikir lar, ramai staf kat tempat keja tu, facebook dorang aku yang buat, so aku ada password dorang dowh. bila bila masa aku boleh bukak.
Kau kata jantung aku nak tersumbat eak? tak pela, aku takut nanti kau yg tak sempat nak mintak maaf kalau aku mati nanti, sedar sikit kau tu ada anak2, bila bercakap tu pikir la sikit eak.
dah la...tersentap betul ni...
adiooosssssssss...

June 14, 2011

interView!!

salam...
hari ni letih bebenor, pagi keluar malam baru sampai umah. kepala pon pening semacam jer. hari ni ke  Klang, gi Head Office, ada interview, untuk jawatan...teet... lom confirm lagi, so tak payah la bagitaw k.

alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, berkat pertolongan seorang kawan, senang la sikit. dari Klang Sentral dia amik, pastu dia ikut aku gi interview then dia bawak aku gi makan kat Shah Alam, Hailam Kopitiam, dia belanja lagi...

Aku ada beritahu dengan seorang kawan yg aku ada kat Klang, kebetulan dia memang tinggal Klang, tak sangka plak dia sudi nak jumpa, siap bagi hadiah lagi. Thanks Ira, terharu u.Yup, kami dah kenal 3 tahun di fb, tapi tak pernah jumpa.

Erm...kat Klang Sentral cuma ada 2 jer kaunter tiket yg ke Melaka. Interview kol 2pm. 2.30pm bertolak ke Shah Alam, pastu kol 4.00pm ke Kapar sebab dia nak cari spare part tuk joran dia, then terus ke Klang Sentral, 4.30pm, tiket takde. Hanya tinggal 7.30pm dan 8.30pm. Beli jer lar...

kol 10.30pm baru sampai umah, letih dan penat tapi masih jugak online kan... sebenarnya mmg dah lama tak online kat pc, guna hp jer, tapi nak menaip ke blog, payah ler guna hp.

k lar...ngantukks. babai..
adiossss...

June 03, 2011

makin rajin!!

salam...

wah, makin rajin hadpet pesal plak? hahaha, sebab fb'deactivate', so rajin lar kemari. erm, hari ni cuti, buat apa? buat semak je kat umah, eh yeker? tak lar, melayan anak buah.. pastu pi setel semua bil bil, streamyx, air, elektrik, bil telefon dan ansuran kereta.

erm, hari rabu malam ritu, borak2 dgn kawan fb, tapi dlm phone lar, rindu sama dia. yelah, memang dah lama tak cal dia, sbb hari hari jumpa kat fb, so sekarang ni kita jumpa kat blog je eak? tu pon kalau dia bukak blog lar.

dia tanya sampai bila nak deactivate fb tu? jawapannya, ntar ler, seminggu, sebulan, 6 bulan atau setahun, mungkin... wah merajuk sangat aku ni eak..tapi apa sebabnya? ntah lar, tiada bersebab, saja jer, nak hilangkan diri daripada sesiapa jer kat fb, tapi sebenarnya nak hilangkan diri dari segelintir orang jer, nak remove, tak sampai ati plak, nak block, erm...tak sanggup plak.

so skrg ni nak blogging, satu hari satu post, ok kan... nanti banyak lar juga yang bole dibaca. erm... lupa nak bagitahu, tengok bawah eak...

PARKSON MELAKA MALL EXTREME WAREHOUSE SALES
26.05.2011 - 05.06.2011

so, sebab tu lar aku sibuk sangat, banyak kerja ler.
k...adios...

June 02, 2011

Blogger.com akan ditutup?

salam...
blogger akan ditutup, sahih ke tak ni? baru baca kat sini, blog maya.
jap jap, check balik, blog aku wujud tahun 2007? kalau akaun tu wujud sebelum 2007, memang sah ler tak dapat nak ditolongkan...

so kiranya blog aku selamat lar kan, tapi ntah ler eak...

June 01, 2011

terimbas...

salam...
erm, makin rajin hapdet blog, pe kes? hahaha, tak lar, fb tak bukak so layan kat sini je lar kan. dulu memang hari hari aku bukak blog, baca blog, menaip, tanpa jemu jemu taw. tu semua sebelum layan facebook. bila facebook dah ada, blog mula lar terbengkalai... curang sangat aku ni kan? hehehe...

tapi sekarang layan blog plak, fb sudah kutinggalkan, tengok lar nanti, bila aku 'activate' kan semula. sementara ini marilah kita merepek meraban dalam blog ni. nak upload gambar, malas la plak.

sekarang ni mak dah jaga anak Along, dari 8am sampai 6pm, sabtu ahad cuti, al maklum ler, laki bini keja gomen, lain lar aku ni, sabtu ahad keja taw, sedey lar, bila agaknya nak dapat keja gomen ni.

hari hari aku bole tengok Juffri, comel, dah nak masuk 5 bulan dah. dah pandai meniarap dan mengesot ke depan. tak sabar nak tunggu dia bercakap...hehehe... sekarang ni anak buah ada 4 orang, 3 lelaki, dan satu perempuan. tahun ni semuanya beraya di sini, wah, memang meriah kan...

ok, dah 1.31am...sok keja lar...
adios...