November 24, 2013

Menghitung hari..

Salam...

Alhamdulillah, syukur masih lagi bernafas di bumi Allah. Lama tak menulis di blog ini. Blog ni pon dah takde orang baca agaknya. Dah takde lagi cerita aku yang merepek meraban tu. Hari ni nak citer pasal kawen.

Yer, hari jumaat ini bakal berlangsung majlis pernikahan di masjid jam 3petang. Harap segalanya dipermudahkan untuk aku dan dirinya. Biasalah orang Melaka kan, so malam ada bersanding pakai baju melaka dan sanggul lintang.

Harap2 tak la berat sanggul lintang tu kan. Esoknya 30hb pula majlis persandingan kami. Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Untuk sahabat saya yg lama tak dapat dihubungi, Zara Dania. Kalaulah awak ada baca blog saya ni..

'Awak, saya dah nak kawen, saya ada emel pada awk, tapi tak pernah berbalas. Saya tak tahu kat mana awak berada, tapi saya salu ingat awak. Kalau awak baca blog saya, tolong balas emel saya yer...'

Ok, dah ngantuk dah. Nak titon...
Selamat malam. Adiosss...

Assalamulaikum..

No comments:

Post a Comment