June 17, 2013

Down...

Salam...

Lama tak menaip di sini. Segalanya serabut dalam kepala. Sukarnya nak berkata kata. Masalah tempat kerja ni mengusutkan kepala. Kenapa la ada orang yang suka dengki. Apa masalah dia?? Aku tak pernah pon nak kacau kerja dia. Aku tahu dia jadi batu api. Mata dan telinga bos, apa yang dia dapat? Nak sangat naik pangkat? Tapi dengan cara buat bos benci dengan orang lain?

Untuk apa itu semua!

bersambung....

April 30, 2013

Terapi jiwa..

Salam...
Dalam kesibukan kerja masing masing sempat jugak meluangkan masa untuk pergi ke pantai. Tempat pertama kitaorg dating...
Aku plak masa tu memang tengah sakit hati, dengan masalah kat tempat kerja, masalah kat umah lagi, tu yang si dia ajak pergi pantai. Tempat yang mendamaikan perasaan katanya.
Yelah, belum kawen ni boleh la selalu pergi pantai nanti bila dah kawen tak tahu lar dapat pergi lagi ke tak. Awak, kalau baca posting ni jangan marah taw.. Hehehe!
Aku memang suka laut dan pantai, kalau tengah sedih, buntu dan sakit hati, memang aku akan cari laut.. Bila dapat tengok laut rasa lega, rasa tenang sikit. Port Dickson tu aku tak sampai lagi, tapi Teluk Kemang sudah.
Ni saja gambar yang boleh dikongsikan bersama.
Wassalam...








April 24, 2013

Penat

Salam...

Penat sangat beberapa hari ni. Masa terlalu singkat rasanya, macam sebab cepat jer berlalu. Masing masing sibuk, sms pon tak sampai 10 kali, call pon sekali dua jer.

Setiap kali ada warehouse sales, memang macam ni la jadinya. Penat berjalan sana sini, telefon supplier, periksa itu ini, pantau staf buat keja, ada jer nak kena ingatkan..

Aku pin tak tahu kalau aku takde macamane diaorang ni buat keja. Zaman aku dulu berbeza dengan diaorang, tak payah suruh, tahu je apa nak buat. Tapi diaorang ni dah berapa kali warehouse sales pon masih nak berturut lagi.

Aku ni kalau dah banyak nau bercakap, memang cepat marah, cakap sekali tak paham, cakap berkali kali mahu tak hangin kau dibuatnya. Memang suhu pon cepat je la naik kan.

Tak mahu menaip lagi, nak merehatkan jari jemari dan badan, besok restday pon kena datang opis, bos baru dari hq nak meeting dengan kitaorg. Tu pon aku tak prepare apa apa lagi. Hentam sajalah labu.

Adioss...

April 13, 2013

mAsA...

Asslamulaikum...

Masa berlalu pantas, walaupun rasa masa tu jauh lagi tapi sebenarnya makin dekat. Adalakalanya buntu, makin difikirkan makin kusut kepala.

Dengan tuntutan dan komitmen kerja yang melampau lampau membuatkan aku tak boleh fokus pada kehidupan peribadi. Makin stress dibuatnya. Mulalah tak boleh tidur, mata pon terkebil kebil bila dah baring.

InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.

Wassalam...

April 06, 2013

Jalan jalan...

Salam..
Tak pernah pergi taman rama rama. Ni kiranya kali pertama pergi. Duduk je kat melaka, tapi tak pernah pergi, huhu!
Bukan ada rama rama je kat situ, serangga, buaya, penyu, kura kura, ikan air tawar, ular, monyet, burung2, apa lagi aku pon tak ingat. Tengok je lar gambar gambar di bawah yer, ni taip pakai hp jadi tak kalo gambar tu rapat rapat, harap maklum je lar eak...
Wassalam..









April 03, 2013

kiT@

Assalamualaikum...

Lama tak mencoret apa2 di dada blog ni. Kesibukan kerja dan kesibukan dengan si dia membataskn segalanya. Alhamdulillah, hari ni genap setahun pertalian hati bertaut antara kami berdua.

Hari ni jugak genap sebulan kami bertunang, insyaALLAH kami akan diijab qabul kan hujung tahun ni. Sebenarnya memang tiada niat untuk berahsia, tapi malas nak 'share' dengan sesiapa, cukuplah keluarga dan teman rapat jer yang tahu.

Ok, itu saja yg boleh aku 'share' kan. Pada si dia yg memang tak tahu adanya blog ni, terima kasih atas segalanya.

Adioss..
Assalamualaikum...

February 17, 2013

Dentam dentum..

Salam...

Tak tahu la hari ni hari apa. Dentam dentum bunyi mercun. Makin galak plak bunyi mercun ni..

February 16, 2013

Setahun sudah...

Salam. Entri pertama di tahun baru, ni pon dload application kat market, so menaip di hp la entri ni.

Keychain ni dah setahun dalam simpanan, diberi pada 14.02.2012. Setahun bersama tak pernah jemu terasa...

Adios...

December 30, 2012

Selamat Tinggal 2012

salam..

lama ai tak berblog, bila tengok entri tuk tahun 2012, tak sampai 10 pon kan. al maklum la bz, menaip pon malas, layan facebook jer.. rindu jugak kat blog ni, tapi tulah takde pon nak diceritakan, cerita memang banyak, tapi biarlah menjadi hak milik peribadi.

tahun 2012 banyak kenangan manis dan pahit. biasalah, rencah2 kehidupan kan memang begitu. alhamdulillah, tahun 2012 ni aku dapat adik ipar baru, anak buah baru dan jugak boss baru. boss lama aku dah naik pangkat, so aku dapat la boss baru, so far ok la keja dengan dia tapi banyak benda la aku kena buat sebab dia tu tak familiar dengan pc, so banyak la laporan2 keja dia aku kena buat.

tapi tak kisah la, belajar buat benda yang baru dapat juga pengalaman cuma kadang2 tu memang tak menang tangan nak siapkan keja2 tu.

lagi 2 hari dah nak tahun baru, so apa azam baru? aku macam biasalah, ikut azam lama, hahaha! InsyAllah, aku berazam untuk ke arah yang lebih baik.

tahun 2013 merupakan lembaran baru dalam fasa kehidupanku, InsyAllah dipermudahkan segala perjalanan hidupku dan perhubunganku, Aamiin... banyak benda yang perlu aku rancangkan dan laksanakan tahun 2013 ni.

ok, ni saja yang dapat aku kongsikan, yang lain2 tu tunggu tahun depan, tu pon kalau aku ada masa lagi nak menaip. Hahaha..!

Wassalam...






October 15, 2012

kerana FACEBOOK!!

salam..

lama tak menjengah ke blog kesayangan ni. hari hari kat facebook jer, hapdet pon kat facebook jer, blog ni dah banyak sarang dah, hehehe..

status ni aku tulis kat facebook so masukkan kan aja dalam blog, bole juga kan, kira hapdet jugak tu.

kerana facebook : mesej dihantar tidak dibalas@ lambat balas..
kerana facebook : solat tak ikut waktu, dan ada jugak yg tak solat...
kerana facebook : kerja pon terbengkalai sebab leka balas org komen dan suka bila ramai yg 'like'
kerana facebook : kawan diutamakan, isteri@makwe dia tak layan..
kerana facebook : kumpul balik ex2 lama, dlm fb, nk buat pameran kot sambil meninjau perkembangan..

~kalau nak disenaraikan sampai bsok pon xabis, yg penting tiada niat menyindir, peringatan bersama, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...
 
Adios...

June 11, 2012

terlalu sibuk...

salam..

dah lama tak menaip. ruang waktu membataskan segalanya. aku benar benar sibuk dengan kerja. masa masa yang terluang pon hanya aku melayan anak buah dan juga org2 yang aku sayangi. tambah lagi pc aku terkahap, rosak lagi. aku hanya on9 guna hp, terbatas.

bulan lepas adik bongsu aku berkahwin, tambah lagi satu ahli keluarga baru, dan tinggallah aku, mak dan sorang lagi adik lelaki. sunyi sikit rumah tu.

aku pon semakin kurang bersosial di internet ni, dengan kata lain jarang online fb dan blogging ni. laman sosial lain pon aku dah makin kurang nak bukak, apatah lagi nak berchatting..

biarlah aku dan duniaku, dan semakin hepi dengan kerja2 walaupun adakalanya memang terlalu tertekan. alhamdulillah, aku bahagia dengan apa yang aku ada.

itu saja yg dapat aku kongsikan.
wassalam..

February 09, 2012

lama dah......

Salam......
LaMa xhapdet blog, pc probleM, ni pon menaip di bb, bb pon probleM, button delete dah rosaak, sbb tu la tulis salah pon xleh delete, kalo nak delete kenaa clear field, tkkn nak taip semula kan.... Manaa la ingaat....

Button aa pon problem, tekan sekali, kuaar byk a, contoh ada kan..... Sabo jer laaM.....

Sapo yg baca jgn marah k, typo error ler, harap kome paham ler.....

Aku dah deactivate fb, tp dah buat aaccount yg baru. Ramai pelakon handalan dlm fb lamma tu, akan kuingat kata2nya. Katanya org2 ditepi2 aku hanya berlakon, belakang aky dorang sumpah seranah. Akan aku ingat kata2 kau. Sbb ko pon salaah seorang daripasa org itu.....

Dah la, byk nau typo error, xleh nak delete.....
Adios...... Aasalamulaikum!

September 22, 2011

Apa Itu Cinta


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.



Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.



Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.



Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.



Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.



Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

August 31, 2011

salam aidilfitri 2011

salam...
lamanya tak hapdet blog ni. memang betul sibuk sepanjang bulan ramadhan ni. sekarang dah syawal, sekejap jer masa berlalu.

sempena Aidilfitri ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin yer, kalau ada lisan yang tak terjaga, penulisan yang menyentapkan perasaan, sepuluh jari disusun mohon keampunan.

ok, itu saja...
adioossss...




August 02, 2011

alhamdulillah...

salam yaa ramadhan...

alhamdulillah, hari hari pertama kita umat isalm berpuasa, dan hari pertama juga aku duk kat tempat baru. banyak la jugak benda kena buat. sabtu lepas ada meeting, dan boss dan brief pada aku apa tugas aku dan apa yg aku kena buat...

memang bukan senang, tambah lagi 7 executive, umurnya lebih tua dari aku, bayangkanlah... aku tahu, dari gerak bahasa tubuh aku dapat menilai, ada yg biasa, ada yang teruja, dan ada juga mcm tak suka. tapi apa yg bole aku buat, bukan aku yg inginkan sangat pangkat ni... rezeki yang tak mampu tuk ditolak..


tempat baru aku sebelah bilik boss, sebenarnya aku tak mahu pindah dulu, lagipun mmg byk benda yg tak kemas lagi kat tempat lama tu, maklum lar dan 3 tahun duk kat ctu, harta benda byk siot kat ctu...

tempat baru ni ada pc sendiri, phone direct line, meja lebih besar, kerusi yang teramat selesa, kalau dah duk terasa tak mau bangun.. hahaha... jakun kan! aku belum abis lagi decorate room tu.. tapi memang best ada pc sendiri, senang nak emel dan buat keja, mmg la ada internet, tapi laman sosial semua sedah diblock kan.. no facebooking k... hahaha..  

itu je lar aku nak hapdet...
selamat malam dan selamat beramal di bulan Ramadhan Al Mubarak..
wasalam...

July 20, 2011

testing via android...

salam...
dah pukul berapa ni,.1.38am...
terasa cam lembab je menaip guna hp ni...
first time, hehe.
sok keja pagi, ada briefing.
aku masih lagi kesakitan, sengugut yg teramat nih.
harap2 esok dah ok.

apa lagi nak taip, dah...
pi tido. selamat beradu.
adiosssss....

July 17, 2011

dapat surat...

tadi jam 11.30am, bos panggil masuk bilik dia... dia bagi surat, terkejut sungguh. aku cakap, 'eh cepatnya', bos kat eerm... katanya 'i will make a official announcement'... alhamdulillah, sku pon tak sangka begitu cepat. aku cuma cal kawan baik aku dan my twin tuk beritahu perkara tu.

budak2 kat opis sorang pon tak tahu. ko tunggu jer la eak. aku balik awl hari ni, kol 4pm dah ada kat umah. aku bagitahu mak pon dalam pukul 6pm.. mak kata alhamdulillah...

so lepas ni keja ada berat sikit k.. bukan semua orang bole terima kan. lantak korang lar k. hujung bulan ni aku kena gi training kat The Mall, KL adoyai... sorang jer tu... 3 hari 2 malam k..

k lar, ada masa nanti aku update k..
gudnite peeps...
adiosss....