September 30, 2010

appraisal 2010

salam...
hari ni cuti selepas 3 hari berkerja...penat pon tak hilang lagi. yelah seminggu kat kempas, ahad sampai malam, isnin dah keja.punya la tunggang terbalik kat tempat keja, hangin aku. benda yang simple pon dorang tak boleh nak buat, kalau bagikan bercakap pandai plak.. wei, cakap tak serupa bikin wei...

hari isnin tu jugak HR suruh aku buat appraisal 4 staf. bukan nak dengki, tapi kalau keja tahap hampeh, takkan aku nak rated GOOD, just AVERAGE ok, tu pon dah kira ok, kalau aku bagi BELOW AVERAGE, kempunan la kau takde increment...

kadang2 bila kita baik dengan staf ni dorang pijak kepala kita, apa yg kita suruh buat, result tak memuaskan, tapi kalau bercakap memamg tip top. aku ni kadang2 tak sampai hati nak hukum tapi bila dah jadi mcmni, AVERAGE je lar appraisal tu...

sekarang ni aku tengah pikir cara camne nak beritahu dia tentang prestasi kerja mereka, kalo tengok ketua dorang mmg bagus, anak buah plak tak ikut jejak ketua, tapi assistant aku dulu kat MP bagus, sekarang dia jadi tunggak harapan kat  sana. camtu la yg aku nak... kualiti keja bagus, positive attitude, mcm2 lagi lar...

erm...semalam pegi makan ikan bakar kat muara sungai duyung, sebab kat Alai tutup, tersangat lar tak sedap, makan megi pon lagi berbaloi lar... ikan siakap sambal bakar jadi ikan siakap sambal rebus, bukan macam bakar, sotong goreng tepung tak sedap, ikan siakap bakar pon tak sedap, kailan ikan masin jagi kailan longkang, sume tak sedap, nyesal makan...

cadangnya nak pi makan ikan bakar kat Alai hari ni dengan family, tapi kedai tu tutup sebab renovation, so tak tahu nak pegi mana, UMBAI jauh la plak...mak kata makan KFC, ala, tu dah biasa sangat...

so, any idea?
 adiosss...........

September 24, 2010

bibik

salam....
aku kat kempas jb ni, jadi bibik seminggu...
hari ahad ni baru balik melaka... hari isnin start keja, tak dapat berehat...
penat siot...dah, tu je nak update...
adiosssssssss

September 19, 2010

tak senang

salam
lama dah aku tak update kan, terlalu bz. cuti raya 3 hari pastu keja memanjang, menyiapkan report warehouse sales, dan segala bagai kertas keja yang perlu disiapkan. pening memang pening. besok keja halfday, pastu nak bertolak ke jb, kembar aku nak bersalin hari isnin ni, besok masuk hospital. adoyai, macam nak gila aku ni. terkejar kejar.

keja plak berlambak lambak, adoyai, hati memang tak senang nak pegi ni, besok nak pesan segala bagai kat my assistant tu. ni sume buat aku cepat naik angin. seminggu aku cuti ni, ntah mcmane plak keja kat opis nanti. ada 48 bundle dokumen aku kena periksa dah sain. satu pon aku tak check lagi... tensen...tadi masa aku nak balik pon dorang suh sain dokumen lagi, bukan senang nak periksa segala bagai baru bole sain taw, sekurang kurangnya setengah jam....

so gamaknya, aku tak nak sain, memang tak sempat lar, suh bos sain hari isnin nanti eak...hahaha... aku nak siapkan appraisal lagi...adoyai, kenapa sumenya kena buat di saat saat genting begini......

erm, besok dalam kol 3pm kot baru bertolak, barang tak pack lagi, mak kata masuk je dlm bakul, abis citer, bawak keta kan, bukan naik bas... betul juga kan...

so aku akan berada di TAMAN BUKIT KEMPAS, JOHOR BAHRU selama seminggu. mungkin tak dapat online kat sana. doakan aku selamat pergi dan selamat pulang, aku ni memang tak pernah memandu jauh jauh ni, ni baru first time taw... cuak pon ada ni...

adiosss....

September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Waktu mengalir bagaikan air,
ramadhan suci akan berakhir,
tuk salah yg pernah ada, 
tuk khilaf yg sempat terucap, 
pintu maaf selalu kuharap. 
Salam Aidilfitri


September 03, 2010

penangan

salam....
hari ni aku cuti sehari selepas 13 hari berkeja tanpa henti, lama kan. itulah penangan warehouse sales. patutnya last 5hb. tapi arahan dari hq kena sambung sampai 7hb. perasaan aku bila tahu tu mmg sangat kecewa, kitaowg semua dah berhempas pulas berkeja pastu sambung. korang bayangkanlah, abis 7hb, kemas 8hb, sempat ker sehari nak kemas tu semua, 9hb dah malam raya, tak bengang ker kalau kena keja malam raya, mmg lar aku cuti, tapi kalau keja tak siap, senang hati ker nak cuti?

sebab tu aku rasa nak nangis nila tahu ada extended, kesian kat promoter2 melayu. time mcmni la pikir nak cari keja lain, sebab dah selalu sangat mcmni, pendirian dorang tak tetap, suka suka bagi arahan, sampai aku dah naik bosan. tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. macam kes aku keja sampai 13 hari, patutnya aku ada restday sehari, tapi keluar email dari hq, 27hb sampai 31hb, takde restday, kena keja, restday dorang ganti dgn RL. aku bengang lar. pasni aku takde cuti lagi, malam raya je cuti, maknanya jumaat depan lar..

persiapan tuk raya mmg zero k. baju pon takde lagi. hari ni ialah misi tuk mencari segalanya. yang penting baju raya k. nak keluar dalam pukul 11am nanti. nak cari segalanya, ketupat segera, kuih raya, baju raya, kasut, mcm mcm lagi lar.tapi tahun ni sebenarnya mmg aku takde hati pon nak beraya, sebab ayah dah takde kan. selalunya, persiapan ayah lar aku belikan dulu. setiap tahun pon mmg mcm tu. baju raya arwah ayah tahun lepas masih baru lagi. tersimpan rapi dalam almari. mak tak bagi sesiapa pon.

dah la...banyak plak mengarut pagi ni. nak mandi ni. nak siap siap....
adios.....