September 03, 2010

penangan

salam....
hari ni aku cuti sehari selepas 13 hari berkeja tanpa henti, lama kan. itulah penangan warehouse sales. patutnya last 5hb. tapi arahan dari hq kena sambung sampai 7hb. perasaan aku bila tahu tu mmg sangat kecewa, kitaowg semua dah berhempas pulas berkeja pastu sambung. korang bayangkanlah, abis 7hb, kemas 8hb, sempat ker sehari nak kemas tu semua, 9hb dah malam raya, tak bengang ker kalau kena keja malam raya, mmg lar aku cuti, tapi kalau keja tak siap, senang hati ker nak cuti?

sebab tu aku rasa nak nangis nila tahu ada extended, kesian kat promoter2 melayu. time mcmni la pikir nak cari keja lain, sebab dah selalu sangat mcmni, pendirian dorang tak tetap, suka suka bagi arahan, sampai aku dah naik bosan. tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. macam kes aku keja sampai 13 hari, patutnya aku ada restday sehari, tapi keluar email dari hq, 27hb sampai 31hb, takde restday, kena keja, restday dorang ganti dgn RL. aku bengang lar. pasni aku takde cuti lagi, malam raya je cuti, maknanya jumaat depan lar..

persiapan tuk raya mmg zero k. baju pon takde lagi. hari ni ialah misi tuk mencari segalanya. yang penting baju raya k. nak keluar dalam pukul 11am nanti. nak cari segalanya, ketupat segera, kuih raya, baju raya, kasut, mcm mcm lagi lar.tapi tahun ni sebenarnya mmg aku takde hati pon nak beraya, sebab ayah dah takde kan. selalunya, persiapan ayah lar aku belikan dulu. setiap tahun pon mmg mcm tu. baju raya arwah ayah tahun lepas masih baru lagi. tersimpan rapi dalam almari. mak tak bagi sesiapa pon.

dah la...banyak plak mengarut pagi ni. nak mandi ni. nak siap siap....
adios.....

No comments:

Post a Comment