November 22, 2010

kesibukkan melampau!!

salam...
aku masih di opis, keja yg berlambak masih belum sempurna disiapkan. banyak dokumen yang bertimbun timbun yang perlu aku periksa dan sain...adoyai....tak menang tangan nak buat, kalaulah org lain bole tolong sainkan dan periksa kan bagus...

besok plak gamaknya lagi terkahap, STOCK TAKE, dan ada org lain cuti lagi, so aku kena keja dari jam 9.30am hingga 12am...lama sungguh kan...memang letih bebenor nanti, pe nak buat, dah keja macam ni, nak cari rezeki halal, memang cenggitu...

apa banyak benda lagi nak ditaip ni, tapi masa membataskan segalanya, ada terluang masa, aku update k...
salam ceria...adiosss..........

November 20, 2010

i'm sorry, susah sangat ker?


sumber dari SCRIPTER

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf kay..

komen saya, perempuan pon kena macamtu gak, kena mintak maaf kalau buat salah, barulah harmoni kehidupan kan...
adiooossss...

November 18, 2010

tak setabah maNA......

salam...
sedih...segalanya datang dalam satu masa yang sama...
hati aku ni tak tentu arah, nak pikir tu, nak pikir ni...
dan aku tak tahu kenapa aku emo sangat...
aku tak setabah mana..
airmata jatuh berjurai juga, aku rela disakiti, dan aku rela mcmtu..
sesakit mana pon mmg aku akan pendam, luaran memang orang tak tahu...
tapi dalaman memang dah hancur, umpama kaca bederai tatkala dihempas ke lantai.. 

ya Allah, berilah kekuatan pada hambamu
AMIN...

November 17, 2010

korban apa saja?

salam...
kepada semua pembaca blog ni sy ucapkan selamat menyambut aidiladha...
selamat berkorban apa saja, harta tapi nyawa aku tak sanggup k...
aku pun tak sanggup nak korbankan perasaan sendiri k...
i will fight for it !!! and we will see....

November 14, 2010

lain macam!!!

salam...
hari ni tak tahu kenapa perasaan lain jer, pasal hal siang tadi ker? kol 8.15pm tadi aku keluar pegi bank, pastu otw nak balik tu kat sinar fm lagu yg dah lama aku tak dengar, pasal nak dengar lagu tu sebelum sampai umah, aku drive jer kat mana mana... melayan perasaan sensorg.. entahlah, perasaan tak tentu arah hari ni.

harap harap perasaan ni sementara saja. nak menaip tapi mata ni ngantuk plak. badan rasa letih, so gamaknya kena tidur awal ni. jam baru pukul 11pm. besok je lar sambung eak.. selamat malam...
adiosss...




 

November 12, 2010

maafkan saYA......

salam...
kadang kadang kita tak bole nak halang orang dari menyukai kita, dan aku pon tak tahu bagaimana caranya untuk mengelak. percayalah, aku tak semanis yang disangkakan, namun aku tidaklah seburuk buruk manusia.
aku hanya menjadi diri aku sendiri...

semalam kuterima sms dari seorang kawan, lelaki, memang dah lama aku kenal, 4 tahun. aku tak pernah ada apa apa perasaan terhadap dia. sebab dia muda lagi, aku tua dia 6 tahun, dia sebaya adik aku. bila aku berkawan dengan dia aku tahu batas batas aku, aku tak pernah mengungkapkan perkataan cinta dan sayang, kami hanya bersahabat.

selama 4 tahun, aku cuma jumpa dia 2 kali saja, tu pun sebab aku jadi helper kat Kluang, Johor, tahun lepas bulan december. dia orang Johor. keluar pon masa aku lunch time, malam tu dia ajak tengok wayang pon aku tolak. tapi aku tak sangka semalam dia sms dia kata suka kat aku. aku termenung, tak tahu nak jawap apa.

dia kata dia jatuh cinta bila hari opening day tu, masa tu aku pakai baju kurung with a full make up. tulah kali kedua aku jumpa dia, patut la aku tengok dia pandang aku semacam jer. kali pertama aku jumpa dia, aku sempoi jer, jeans n shirt, rambut simpul siput. erm, aku rasa bukan mudah dia nak meluahkan perasaan, hampir setahun kan dia pendamkan perasaan tu. dan semalam dia beranikan diri walaupun dia tak tahu apa jawapannya.

yelah, sms pon sebulan sekali, kadang2 memang takde langsung. kawan kawan, biasalah, memang mcmtu. tapi tak sangka plak semalam dia mcmtu. pagi tadi baru aku balas sms dia. aku kata, aku suka dia sebagai seorang kawan jer, tak lebih dari tu. lagipun dia terlalu muda untuk aku. aku perlukan kematangan seorang lelaki, kalau setakat setahun dua takpela, tapi ni memang terlalu jauh sangat...

dia kata dia faham, dan dia harap hubungan sebagai kawan tu tak putus walaupun persaan dia terhadap aku dah diketahui. kenapa semuanya hadir di saat mcmni..saat aku mula nak mengenali seseorang... dugaan...dugaan...

dan persoalannya, kalau aku tak kenal sesiapa pada waktu sekarang ni, mungkinkah aku terima dia? jawapan....TIDAK...walaupun aku sendiri, aku memang tak boleh terima dia. ada la beberapa perkara yang memang telah difikirkan, keluarga, diri sendiri, dan lain lain juga...tak payah aku nak ulas panjang lebar kat sini..

percayalah, tiada niat untuk melukakan, tapi aku terpaksa, aku kena berterus terang. hati dan perasaan memang tak bole dipaksa. kalau kita dah sayang seseorang, kita pejam mata, kita akan nampak dia, tapi aku pejam mata, aku memang tak nampak dia, biarpun dah bertahun....anggap la tiada jodoh antara kita...

adios....

November 08, 2010

renungan bersaMa.......

 salam...jom baca, sumbernya dari sini

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

adios...
selamat beradu....Zzzzzzzzzzz..........

November 07, 2010

kasihkan....

Kata-kata Pujangga: 
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya 
kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita 
sayangi beroleh bahagia"

komen saya,
terpaksa terima demi kebahagiaanya
walaupun hati hancur, jiwa merana
asalkan dia bahagia 

dan dari sudut yang lain
tak sanggup kehilangannya
tak sanggup lepaskan
ingin bersama selama lamanya
tak kira apa jua dugaan menerjah
kutempuh dengan rela



November 04, 2010

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

petikan dari web SCRIPTER, bagus untuk panduan bersama...

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan,siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki.. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak- budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki..

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut.Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama- sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek.Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.

Wallahu a ‘ lam

MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH.

semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Wallahu a ‘ lam

pemain hati2

salam...
bila kita sedang bersedih, fikiran kita tak menentu. fikiran melayang menerawang memikirkan kenapa ianya terjadi, kenapa, mengapa dan bagaimana...semuanya menerjah ke dalam kotak fikiran...

aku akui perasaan tu memang la terusik walaupun tak lama kenal tapi memang terasa bila rasa dipermainkan..tapi ntah lar, keserasian tidak ada, aku akui aku byk mengalah, apa saja yang dibicarakan oleh si dia, aku diam saja, malas nak membantah...tiada gunanya..biarlah mengalah, mengalah bukan beerti kalah...

biarlah dia menegakkan benang yang basah.. seseungguhnya Allah telah memberi aku petunjuk, dan memang itu selalu aku doakan selepas solat..alhamdulillah, Allah mendengar doa dan permintaanku...

dan, offcially nyer aku tak lagi bersama si dia, F.A, bukan Fahrin Ahmad yer, tu nama singkatannya, tak bole lar nak bagi nama penuh, kang korang cari kat facebook plak kan? kenapa aku tak bersama dengannya? sebab aku tak bole penuhi permintaanya, yang aku rasa salah disisi agama dan pandangan masyarakat...

yer, kau terkesan bila aku cakap tak boleh, dia kata, "mcmni baik duk dalam penjara jer sbb semua tak boleh"...terpulang lar...pengenalan kami adalah satu kesilapan, di mana dia hanya mencari teman sosial tuk dirinya, tapi aku bukan begitu, aku tak kejar keseronokan duniawi, biarlah aku macamni...semoga Allah lindungi aku...

bila dikenangkan balik, memang sukar nak temui kejujuran sesama manusia... insyallah, aku sentiasa jujur dengan sesiapa, tak kisah la kalau nak cakap aku ni pandai cakap jer ker atau apa apa jela, yang penting hanya Allah saja tahu kejujuran aku...

selamat malam...adiosss....

November 01, 2010

pemain hati

kejujuran...masih wujudkah dalam setiap insan bila berpasangan, bila menjalinkan hubungan hati? atau sekadar bermain kata kata untuk memerangkap kasih untuk dipamer ke dalam jiwa? ya, kau mungkin boleh mengukir pelbagai kata kata manis tapi untuk apa? untuk kau hancurkan hati atau sekadar ingin membalas dendam dengan mempermainkan perasaan orang?

aku? hanya insan biasa yg mempamer kejujuran dan adakalanya kelurusan hati itu terserlah, dan mungkin dari situ pemain hati memerangkap dengan penuh belai kata yg mebuai perasaan, lalu aku pun terlena dengan ungkapan ungkapan jiwa yg mengamankan perasaan hati, kubiarkan hatiku dipermainkan meski pun tiada ku tahu niat hatinya sekadar menanam duri dalam hati.

sukarnya kutemui kejujuran meskipun sekumit, dan pada kau, terima kasih kerana berjaya membuatkan luka lama berdarah kembali, terima kasih kerana membiarkan aku tergapai gapai meneka hasrat hatimu, terima kasih kerana menghancurkan perasaan ku, terima kasih kerana membiarkan aku menjadi bodoh dimatamu. terima kasih di atas kejujuran palsu yg kau berikan.

aku hanya mampu berdoa agar aku selalu jujur terhadap sesiapa saja walaupun ianya tiada menguntungkan. teruslah meneka kejujuranku, kerana aku tidak pernah sekali curang mahupun tidak jujur, dan kalau itu mampu memuaskan hatimu, hancurkan saja  perasaan aku, aku redha. sesungguhnya Allah saja yg tahu perasaan peritku.


Ya Allah jika benar perasaan apa yang kurasa itu benar, Kau jauhi aku daripada manusia yg mempunyai niat niat yang  tidak baik terhadapku, dan jika perasaan itu tidak benar, ampunkan aku kerana telah mempunyai prasangka yg buruk terhadap mahlukMu...Amin