December 26, 2010

WAREHOUSE SALES

sekarang ni mmg aku tengah sibuk dan takde mood, bila keja tengah menimbum, mmg la cepat angin kan.. yess, aku bukan jenis yang penyabar, kalau dah angin, mulut aku ni banyak la benda yang tak baik keluar...zassss...
jom ramai ramai ke,
WAREHOUSE SALES @ PARKSON MELAKA MALL, AYER KEROH MELAKA
LOWER GROUND & GROUND FLOOR
10AM TILL 10.30PM
23/12/2010 - 02/01/2011 

adioss....



December 09, 2010

borink!!!!

salam...
erm...borink cuti hari ni, tak pegi mana mana, lagipun asik hujan dan cuaca mendung jer. duk terperap je dalam bilik, fb, pastu golek golek atas katil...

semalam  lepas balik keja, keluar ex staf dan 2 orang staf Kluang. kebetulan dorang datang Melaka, training kat sini. so aku bawak dorang pegi makan makan, haruslah aku yang belanja kan? kitaorg makan kat pantai jaring, makan yong tau fu, ok lar, nak kata sedap sangat pon, tak la jugak. biasa je.pastu melepak kat tepi pantai. tempat tu dorang panggil pantai EYE ON... ntah lar...pelik kan. ramai couple dating kat situ, ada gak orang mancing. kitaorg duk atas batu, borak borak, amik gambar...

erm..sekurang kurangnya terubat la rindu Si Noy tu nak jumpa aku, dah hampir setahun tak jumpa, aku memang tak pegi Kluang pon lepas jadi helper kat sana. dia peluk, cubit cubit pipi aku, rindu sangat katanya...padahal aku kat sana pon 16 hari je, tapi tak sangka jadi rapat... dia pon manja, adoyai...cair...
aku ni pon bukan mesra sangat, tapi percaya tak, kalau ada chemistry, memang senang jadi mesra.

k la, tak taw nak cakap pe lagi. hari ni letak lagu lain, dengarlah... lagu ni menggambarkan perasaan aku ketika ini...hanya tuhan saja yang tahu sakitnya...moga aku tabah...
adios...

December 08, 2010

jangan bagi harapaN....

jangan bagi harapan pada aku lagi, hati dan perasaan ni dah hancur. kau pandai bermain kata mempermainkan perasaan, dan mempersendakan hati...

dan kalau kau baca blog ni, saya nak beritahu, sayangilah orang yang sayangkan awk. jangan curang terhadap orang yang sayangkan awak. awak milik dia, jangan mencuba tuk mencari yang terbaik lagi, sebab dia adalah yang terbaik untuk awak... padamkan memori awak terhadap saya...saya takkan rampas kebahagian orang lain, saya perempuan, saya mengerti sangat perasaan seorang isteri. jadilah suami yang dihormati oleh isteri, bukannya suami yang selalu diragui oleh isteri.

hati terlalu luka, luka teramat dalam...
adios.......

December 07, 2010

semoGA...


Salam Maal Hijrah
semoga niat perubahan seiring amalan, mudah mudahan...
moga kita menjadi insan yang berhijrah pada yang lebih baik.
moga penghijrahan kita mendapat keredhaan Allah...

December 04, 2010

janGAN tinGGALkan..........

Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat...

December 03, 2010

sukarNYA berkata kata.....

salam...
sukarnya berkata kata bila apa yang ditutur dan yang dibicarakan di salah ertikan. ada masa masanya tutur kata di dalam blog ini memang keras, bila marah segalanya keburukan kata kata yang terbuku dalam jiwa akan terluah dalam blog aku yang tak seberapa...seperti bait bait lagu dalam blog ini, "aku bukan nabi yang bisa sempurna, ku tak luput dari dosa"....

aku hanya penulis yang tak bertauliah, yang cuma menghambur kata kata di dada ruangan yang tak seberapa ini. aku menulis dan menaip hanya untuk memberi ruang pada jiwa supaya longar dari beban beban perasaan yang kutanggung, di sini aku harap aku tak dikenali di luar sana, sebab aku di luar sana takkan pernah sama seperti org yang menaip kata kata yang sopan dan lembut seperti ini...

aku seorang yang agak berjiwa keras pada luarannya, namun rapuh dan sentitf didalamnya, dan sesiapa yang mengenali aku (rakan sekerja mahupun kawan kawan sekolah) pasti tidak  percaya aku seperti ini...ada la sorang dua kawan sekolah yang komen sebegitu bial baca blog ni, dan aku tarharu.sememangnya tiada siapa yang betul betul kenal peridot sepi ni...

aku tidak mesra pada pertemuan pertama, dan aku dianggap sombong dan garang, sebab suasana tempat aku berkerja memang selalu bertemu dengan orang baru. aku tahu riak wajah aku memang begitu, bak kata pepatah, "muka kita memang tak boleh ubah tapi airmuka kita kan boleh ubah"... tapi tulah, aku dah terbiasa begitu...

dah 1.23am, besok nak keja...
malam ni pakai kain pelikat arwah ayah dan tshirt...buat tidur....
rindu sangat dengan ayah, cuma kain pelikat je pengubat rindu....
i miss him so much....al fatihah....

December 02, 2010

chaK!!

salam...
chak!!!! lama sudah tidak berupdate kan... baru malam ni berkesempatan. byk benda nak stori mori, tapi nanti lar dulu...

kadang kadang aku ni lurus sikit, tak taw la dipergunakan oleh org lain tuk mencapai maskud tersiratnya... ntah lar, aku dah makin bosan, kalau cakap nanti, tersentap plak...hey mmg tak terbuka la dorang ni...kolot!!!

aku menjadi diri aku, bukan hipokrit, tak kesah lar org nak ckp TSUNAMI ker (ni mmg dah selalu dengar), panas baran ker? 'ckp dia jer yg betul' (eh dah mmg selalu aku ckp betul, korang ingat aku cakap ni tak pakai otak ker?) nampak cam marah kan... aku tak marah, cuma sesi luahan perasaan...

ok la tak nak menaip lagi, nanti perasaan terganggu plak bila nak tido....
selamat beradu...adios....