January 10, 2010

menjaGa aiB

topik di atas terlalu besar untuk aku huraikan
cukuplah sekadar yang ringkas sahaja
menghadapi situasi yang melibatkan emosi semua orang
aku terpalit rasa kesedihan
siapa aku untuk menutup aib itu
biarpun bukan diriku
tapi merahsiakan aib orang bukankah satu pahala
mengapa perlu disebarkan???
aku masih tak mengerti pada zaman sekarang ni
adakah satu kepuasan menyebarkan cerita aib orang???

kejadian yang berlaku tadi
memang mengaibkan, tapi tak mungkin dapat aku tutup mulut semua orang dari bercerita
aku memang simpati dengan keadaannya
tapi perkara sebegini memang cepat tersebar
terlalu ramai sangat yang suka menjaja cerita orang
melihat airmatanya, airmata kakaknya, hati aku turut menangis
benda dah berlaku, tak mungkin dapat jenih kembali

Definisi Aib
Aib adalah merujuk kepada rasa malu oleh seseorang atau orang yang dekat dengan seseorang akan sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai seseorang itu terdedah atau diketahui umum. Rasa malu ini boleh membawa kepada kesan saikologi yang sangat negatif kepada sesaorang yang diaibkan itu, sehingga memungkin seseorang itu mencabut nyawanya sendiri atau mengalami gangguan mental yang amat dahsyat.

Ajaran Islam melarang keras aib sesaorang itu didedahkan atau diceritakan. Islam mengajar kita agar kita orang-orang beriman tidak sekali-kali berkata-kata walau apa dan macam mana sekalipun tentang sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai seseorang.
Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Renung renungkanlah.....

No comments:

Post a Comment