October 26, 2009

tumpaH LaGi....

semalam mak bagitahu
hari ni kakak ipar akan balik ke kampungnya
aku pon agak terperanjat juga
padahal dia kata 28hb ni baru balik sana
tapi dah awal plak

memang la saat tu akan tiba
tapi hati aku hiba
saat aku menaip ni, airmata tumpah lagi
ni dah kali yang ke 6 kot
mata aku pon dah bengkak
bukan tak bole terima kenyataan, tapi sedih

malam tadi aku sampai mimpi2 pasal hal ni
teresak esak menangis masa dalam mimpi
bila tersedar, airamata masih dipipi
aku tetap panggil dia kakak ipar
sebab dia pernah membina mahligai bersama abang aku
tapi mahligai tu dah punah
belum pon setahun, hanya 10 bulan sahaja
apakah???

hari ni aku keja petang
masa aku tengah siap siap
aku nampak dia nak keluar
nak hantar uniform kat tempat keja
semalam dia last day keja
so aku jumpa dia
dia tanya aku dah nak gi keja ker?
aku angguk jer...

aku salam dia, tapi airmata tak dapat ditahan lagi
aku terus peluk dia
dia pun menangis, aku tak tahu nak cakap apa lagi
teresak esak kami berdua menangis
aku cuma cakap kat dia, semoga tabah mengharunginya
aku harap dia dapat jodoh yang lebih baik dari abang aku
aku dah cuba nasihatkan abang aku
tapi...sapalah aku kan...

aku tahu dia masih sayangkan abang aku
tapi talaq ditangan suami
apakan daya dia untuk menghalang
dan mereka berdua cukup dewasa tuk pilih jalan yang terbaik

dia cuma pesan kat aku
jaga diri baik baik, kawen nanti jangan lupa jemput dia
sekali lagi dia peluk aku
airmata dah macam air hujan
aku tak sanggup lagi nak pandang muka dia
memang aku nangis
dia cakap, tak sangka along buat dia mcmni


 gambar masa bertunang

so, airmata mengiringi perjalanan dia, dan perjalanan aku ke tempat keja
kol 4 lebih mak sms
then aku cal mak, borak jap, airmata tumpah lagi
dia kata kakak ipar dah bertolak balik
mak ayah dia datang ambik
dia kata dengan mak, berat kaki dia nak keluar umah
dia nangis juga tadi, dia peluk mak

yelah, dah 10 bulan tinggal bersama
kalo aku keja petang, hari hari kitaowg makan tengahari bersama
hari hari aku nampak dia
sekarang dah takde
walaupun aku dengan tak la rapat sangat
tapi aku terasa bila abg aku buat dia macamtu
dia tak sanggup lagi nak tinggak kat Melaka
banyak kenangan pahit katanya
walaupun mereka bercerai secara baik
takde gado gado pon
masa kakak ipar keluar dari umah along
mereka berpeluk dan menangis juga
tapi....

aku tak sanggup nak taip lagi
makin aku taip, makin laju airmata gugur
dah jam 2.04am
nak tido...sok keja pagi....
ada duty lagi...
adios...

9 comments:

  1. Sabo je Dek.Doa bebanyak agar kakak ipar tu selamat dan bertemu jodoh yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. salam..

    ya allah..berita ini sangat menyedihkan..
    namun apa daya kita, pertemuan di tangan tuhan.

    moga abag awak dan kakak ipar awak diberi rahmat oleh allah..

    kuasa allah sapa tahu? mungkin mereka rujuk semula, samalah kita doakan..

    ReplyDelete
  3. erm kenapa dgn rumahtangga diorang. aku harap kalau punca dri abang ko, harap masih dapat diperbetul dan tak terpesong jauh. talaq berapa, ? boleh rujuk balik ke

    ReplyDelete
  4. anak laut

    wkmslm...
    sy harap abg sy rujuk balik dengan dia, tapi ntah lah... mana perempuan yg sanggup bermadu...

    ReplyDelete
  5. green apple & si lampu neon

    mmg pon salah abg aku, dia ada org lain dan hubungan mereka sudah terlalu jauh...
    cerai talaq 1, tapi tulah, bulan depan abg akn bertunang dgn ex dia....
    tahun depan kawen...

    ReplyDelete
  6. wyza...sedihnye..
    ape lah salah dia kan..
    perempuan yg jadi punca nya tuh happy sgt ke?

    kesian kat kaum perempuan yg teraniaya ni..
    walau pun EX sekali pun, ade rasa syg ke..takyah lah kacau rumah tangga org lain.kaum sendiri pulaks tuh.. adoii sedih sgt wyza...
    doa2kan ex-kakak ipar wyza bahagia sgt2 lepas ni..kan!

    ReplyDelete
  7. syima, airmata ni dah kering dah, kita perempuan, kita dapat bayangkan perasaan dia... perempuan tu? ntahlah, bulan depan dorang bertunang...

    i harap ex kakak ipar i jumpe org yg lebih baik dari abg, i tahu, abg i tak kukuh pendirian, i kenal sangat abang i, cinta itu telah mengaburi pandangan dia terhdap ex kakak ipar, apa daya i tuk menghalang....

    ReplyDelete