October 01, 2009

perkarA yanG serabUt tak dapaT diselamatKan...

erm...
benda yang menyerabutkan pala otak aku
tak bole nak diselamatkan lagi
segalanya telah muktamad

tak tahu camne nak cerita
balik dari open house assistant aku
mak beritahu hal tu
aku mengucap panjang
tak sangka sesingkat itu jodohnya
mahligai yang dibina
yg tak sampai setahun ranap
tak terkata aku
aku sedih sangat
sebab aku juga wanita
punya perasaan
derita yang dialaminya
terbuai buai dijiwaku
mengapa mesti abang aku buat dia begitu

tapi angkara orang ketiga
mendesaknya aku rasa
aku tak paham mengapa ada wanita
yang sanggup merampas hak orang lain
tak berperasaan ker???
dan lelaki juga
mengapa tak teguh pendiriannya
godaan senang datang
tapi iman kan ada

entahlah
tiada lagi title kakak ipar
yang ada cuma
bekas kakak ipar
sedeynya
airmataku yang tumpah
tak mampu merubah apa apa
jodoh tak panjang
apa lagi yang bole aku katakan

pesanan pada wanita yang belum berkahwin dan berkerjaya
carilah jodoh yang bujang
walaupun umur dah lanjut
dan bakal jadi andartu
janganlah ambik suami orang
jangan ambik hak orang
kalau ada yang berminat
jauhkan diri
tetapkan iman didada
memang lelaki bole kawin 4
tapi mana ada wanita yang sanggup berkongsi kasih

pesanan kepada suami orang
pergaulan harus dibatasi
ingat status anda sebagai suami orang
ingat isteri anda
susah senang, jerih perih anda bersama
fokuskan pada keluarga dan kerjaya
bukan bermain cinta
memanglah kadang kadang sekadar suka suka
tapi kalau dah terlalu jauh
memang payah nak patah balik
memang lelaki bole kawin 4
ikut sunnah nabi katanya
tapi anda bukan nabi
dan takkan macam nabi
ukur baju dibadan sendiri

tuk aku
tetapkan iman aku
jauhkan godaan dari suami orang
walaupun umur aku 29 tahun
yang ada kalanya aku rasa cam terdesak nak kawen
sebab apa??
sebab kalau aku kawen
aku akan tetap di Melaka
kalau tak kawen, luar dari Melaka
so, macamane
tapi aku nak stay kat Melaka
takkan pernah sanggup tinggalkan keluarga
tambah lagi bila perkara macam ni terjadi
emosi mak tak tenteram

dan bila perkara ni terjadi
aku jeran nak kawen
erti kata lain
takut nak kawen
biarlah aku sendiri
tapi sampai bila
entahlah...
aku tak punya jawapan
tapi doa doakan aku eak



hanya tinggal kenangan
30hb Nov 2008 -
30hb Sept 2009

7 comments:

  1. >> mungkin ini dugaan dari Allah SWT untuk menduga perjalanan kehidupan kita....

    betul kak...
    bila kita dengar kes2 mcm ni
    jadi takut nak kawin..

    (T_T)

    ReplyDelete
  2. sedihnya kalo di tempat kakak ipar kamu..tabah la ye..kuatkan semangat..

    ReplyDelete
  3. eh wyza...bkn nih ke citer pasal kakak ipar yg kamu citer dulu??
    errmmm kesian kan...

    ReplyDelete
  4. yanie
    untung nasib kita sukar diramal...

    aireel
    mmg pon, tak terkata apa lagi dah...

    iyli
    mmg sedih, sy pon terasa gak....

    syima
    cume tu je lah kakak ipar sy..

    ReplyDelete
  5. o nilah berita yg sedih tu yea. kesiannya kat kakak ipar wyza tu. tp tulah.. jodoh n ajal di tangan tuhan... cuma kita hanya mampu berdoa dan berusaha...

    ReplyDelete
  6. kak ida
    erm...yelah kak..
    mata ni dah takde airmata lagi..

    ReplyDelete