April 29, 2009

dALaM hAti iNi..

by Wyza Ibrahem

Jika sudah semestinya,
Aku terdiam kehampaan
Jika sudah semestinya,
Aku terluka kerana permainanmu
Tinggalkanlah aku sendiri,
Mencuba merenungi
Sesuatu yang terjadi
Agar tak terulang kembali
Bebani hati yang sunyi, seakan mati

Satu pintaku, ingin kau mengerti
Memahami rasa ini telah tak berdaya, tak bertepi.
Hati ini telah beku,
Seakan mati suri
Menepis bayangmu
Kian menembus kalbu

Dalam hati ini
Ada namamu
Dalam diri ini ada sayangmu
Sayangnya drimu tak mengerti
Dalam senyum ini ada tangisan
Tangisan insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis bila mengenangnya........


sumber dari buletin tagged, tp telah diolah oleh aku, tapi inilah yang aku rasa sekarang ni...menangis bukan saja kerana cinta, menangis kerana persahabatan lebih sakit dari segalanya...dah kalau dapat kau membacanya...fikir fikirkan lah perasaan aku..

April 28, 2009

i'm bACk

by Wyza Ibrahem

i'm back guys.. baru sampai dari batu pahat hari tapi kena keja masok keja kol 6..
so tak bole citer panjang panjang..
dah senang nt i akan citer pasal i jadi kuli+helper kat Parkson Square One, Batu Pahat yer..
buat masa sekarang ni tengah meyemak emel dan apa apa lagi lah...
chau cincau...

April 13, 2009

outSTATion !!!

by Wyza Ibrahem

Erm, 2 minggu ni saya tidak dapat meng'update'kan blog ini, saya terpaksa menjalani tugasan luar di Batu Pahat bermula 13.04 - 26.04.2009. Saya ke sana adalah kerana perlu menjadi 'helper' + 'kuli' ok.

To a readers, u all layan jerk apa yang ada, kalau borink korang bacalah blog kawan aku, Zara Dania, link ada kat tepi kiri bawah.

To all my chatroom fren, epscially huhu..Zara, Dylan, Nang Kubai, Ady, Hapis, Pensel, Eina and a friend, Ery, dan kawan kawan yang lain yang sewaktu dengannya, i akan rindu u all guys, rindu kat chat room Zara yang hura hara tu...hahaha, jgn marah eak Zara, (jgn lenyek aku dengan lori tayar 16 tau) gurau je..(tapi tang Zara ni mmg la aku rindu dia lebey ckit, tol tak Zara)

Ok, to my chat friend, jgn nakal nakal, kawan kawan kat tempat keja pon aku rindu gak, mak ayah, huhuhu, sayangku MBD ****, semoga ko sihat eak, ayah akan jaga ko 2 minggu, ko jangan merengek buat hal plak. Kalau ayah atau adik aku nak bawak ko jalan jauh jauh, ko layan jer ok..

Bye kawan kawan, take care yer, do miss me ok...
Adios, badios, aku berambusss k...

kAWaN

by Wyza Ibrahem


Petang tadi dalam jam 3 petang aku ke Mahkota Parade, ambik disket kat Zura, dia suruh bagi kat staf Batu Pahat besok. Then aku jumpa la B.A & Fragrance Consultant kat sana..dulu aku la bos diaorg, sekarang ni, mcm kwn kwn jer. Ada la beberapa orang yang aku rapat. Ni gambo Counter Manager Estee Lauder kat Parkson Mp, Yanne Goh. Dia ni memang rapat dengan aku. Kitaorg selalu share apa apa je. Kalo aku ada masalah, aku luahkan kat dia, dia pon macamtu.



Ni gambar petang tadi aku ambik. Yanne ni pon Capricorn gak..erm... So petang tadi byk la juga topik yang kitaorg borak kan. Citer pasal boyfriend dia la, ex girlfriend boyfriend dia la...macam macam lagi la...Dia ni dengan aku takder selindung selindung...senang je dia nak citer ape ape dengan aku. Aku kan pendengar yang setia... kan... kan... hahaha....Aku pon sama, ade ape ape aku mesti cari dia dulu, share citer maa..


Sekurang kurangnya ape yang dia luahkan tu dapat gak melegakan sedikit beban, betol tak...
Ni baru sorang aku citer, byk lagi B.A kat sana yang banyak berkongsi citer dengan aku nih..
Sebab tu la seminggu sekali lepas balik keja shift pagi, aku akan singgah jap ke Mp, sajer je nak jumpe diaorg, rindu la... berkongsi kongsi cerita, meluah rasa, aku dah biasalah macamtu...


Aku ni dulu memang terkenal kat Parkson Mp tu. Exec Cosmetic & Fragrance Dept yang suker suki "tsunami"...haha..diaorg nilah yang gelarkan... Sekarang ni yang gantikan tempat aku ni Exec baru la, Fikri...bole tahan..encem gak...tapi umur bawah aku lar... cancel.. cancel... hahaha...perasan kan aku...dia panggil aku pon 'kak wyza' k, so...kena faham faham ler...


Lain kali aku sambung lagi eak.. Aku nak tido ni, dah pukul 2.10 am ni, dah ngantuk sangat sangat. Aku tunggu si Zara ni, tak muncul muncul lak kat chat room... Aik Zara, ko pegi meeting dengan kawan ker, ataupon ko pegi dating nih...hahaha..musykil...musykil...jangan marah eak Zara, aku takut la ko tendang aku laju laju nanti...hahaha...adios....



note : B.A - beauty advisor, Mp - Mahkota Parade

April 12, 2009

pACKing bArANg

by Wyza Ibrahem

Hari ni aku nak packing barang barang yang nak dibawa ke BP. Erm, ingatkan nak packing semalam, tapi malas la pulak. So, mari kita tengok barang aper yg aku nak bawak ni...


a. tersangat penting...

1. berus gigi + ubat gigi + shower gel + shampoo + conditioner

2. skincare + facial cotton + tissue paper
3. disposable panties + bra (aku bawak 18 helai disposable panties ni, n beberapa helai panties biasa, bra xder yg disposable, kalau ader gerenti aku beli beb)
4. cotton buds (ni mmg penting, sehari aku bole pakai smpai 5 batang, bangun pagi je aku dah korek telinga dulu tau)
5. pads + panty liner (huhu..aku lom bocor lagi bulan ni..)
6. tshirt + jeans + stokin + shoes atau yang sewaktu dengannya..hahaha
7. satu sut official wear = blouse + slack + blazer + high heel + skin stokin (nak pakai mase opening nanti, 24/04, press ramai masa ni, kot kot aku bole interframe ker...)
8. baju tido + kain batik
(haha, aku memang dah biasa pakai kain batik ni , org kampong kan...)
9. deodorant
(penting, sebab kat sana mmg panas sangat, kang berpeluh bau acam plak)
10. charger hp
(susah kalo xde ni, charger nokia + sony ericsson, aku ader 2 hp k..)


b. penting gak

1. pengetip kuku + sikat
(kuku aku cepat panjang la, sebab kuat berak, tol ker diaorg ckp mcm ni..ahakss)
2. lipgloss
(untuk kelembapan bibir beb, sebab aku tak suker pakai lipstik...)
3. tuala muke + tuala untuk rambut
(tuala badan, hotel kan ader)
4. barang barang makeup
(aku ni mmg tak suker makeup, tapi masa opening tu nanti memang la kena pakai, tension kan..)
5. sepit rambut + getah rambut
(kat sana tempat tuk berkeja bukan tempat tuk menayang rambut k, walaupun rambut aku ni panjang dan curl dibawah, kena sanggul mcm org dalam pantang tuh, ader paham)


c. yang lain

1. hair dryer
(nak bawak ker tak)
2. name card supplier
(penting sebab nak kontek diaorg nanti)
3. majalah rapi
(aku tak pernah mis beli ni, bole baca time borink, bln ni aku lom beli, karang aku nak carik jap)
4. sling bag (senang nak isi purse + hp + pen + name card + mineral water)


Ader lagi yang tertinggal tak, kalau ada aku beli kata sana jelah..Dan yang paling penting sekali kena bawak ialah luggage la, kalau takde luggage mana nak sumbat barang barang tu kan. Cukup ke satu luggage, ermmm...musykil musykil
...


Satu lagi, bawak duit la, erm..company aku bagi RM288, kedekut kan. (mamposs aku kalau dioarg baca blog ni..). RM 288 tu duit makan la, RM24 darab 12 hari. Sewa hotel, company dah bayarkan. So kalau nak beli ape ape barang, pakai duit sendiri la.. Laundry byr dulu nanti baru claim.



So, buat pe lagi ni, gi pack la barang barang tuh...huhu...ala kejap jer nak pack, bukan susah mane kan, kan, kan....hahaha...layannzzzz.....

April 11, 2009

PenGGanti

by Wyza Ibrahem

Sahabatku telah pergi menyahut seruan illahi pada tahun lepas. Tarikh keramat 26hb August 2008 , tak mungkin aku lupakan, kau pergi dalam bulan kelahiranku juga. Seakan tidah percaya dirimu tiada lagi didunia ini. Dirimu tak pernah luput dalam ingatan, sayang. Masih terbayang bayang senda gurau kita bersama. Aku, engkau, Azimah, Normah, Yati, Linda, Yusrina, Michelle, dan ramai lagi, tapi yang pasti aku sama rumah dengan kau, rumah merah.

Bermain bola baling bersama, berlari, macam macam lagi kita lalui bersama. Aku takkan pernah lupe tu semua. Kepergianmu menyentap jiwaku, tapi itu sudah ketentuan illahi, kita manusia tak mampu mengelaknya.

Kaulah juga paling muda dah ada bf, usia 14thn dah pandai dah. Dan lelaki itu jugalah yang menjadi suamimu. Cinta pertamamu hingga ke jinjang pelamin. Dan baru baru ni, setalah pemergian drimu, 15hb March 2009, A’ashik telah berkahwin. Belum setahun lagi kau pergi, dia sudah ada pengganti. Akulah orang pertama yang tahu tentang berita itu.

Kukhabarkan kepada semua rakan rakan karib kita, mereka juga terkejut. Cepat sangat kata mereka. Tapi hidup perlu diteruskan. Kesunyian itu mencengkam A’ashik. Puteramu Danial 5, dan puterimu Danisha 4, perlukan kasih syg seorang ibu. Aku tak salahkan A’ashik, dia pun perlukan seseorg, dah lama bersama, tiba tiba keseorangan, terasa patah sebelah sayap. Mesti terasa asing hidupnya.

Aku terbayang bayang Danial dan Danisha…Rindu rasanya dgn mereka. Danial yg memiliki raut wajahmu..’Teringat lagi, Daddy, kenapa mummy tido tak bangun bangun’. A’ashik hanya mampu memeluk Danial saja, tak terluah dengan perkataaan. Danisha hanya mampu memandang saja, tidak mengerti apa apa. Luluh hati melihatnya.

Hanya satu harapanku agar Danial dan Danisha dijaga dengan sempurna, disayangi, dikasihi, dan dibelai manjanya. Terngiang ngiang panggilan Danial ditelinga ini, Auntie, dan terasa basah pipi ini dengan ciumannya.

Auntie akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semoga Danial dan Danisha.

Hilangnya satu Capricorn dalam hidupku dan hadirnya satu Capricorn buat diriku. Rahmat dari yang esa. Zara Dania, seindah nama, seindah wajahnya. Aku bersyukur dengan kehadiranmu.

Semoga persahabatan kita berkekalan. Amin.

ciTER hiNDusTAN



by Wyza Ibrahem

Dah lamer bebenor aku tak tengok citer hindustan. Yelah aku memang tak cuti hari sabtu, kecuali ada org kawen ke baru dah apply cuti hari sabtu. Ni bos aku dgn berbesar ati bagi aku, yelah nanti aku pergi BP mane ader off day. Kena keja 2 minggu tanpa offday (mmg sakit sakit la bdn aku ni nt) So lepas aku balik dari gi Bank aku pon menelentang la kat depan tv. Takde sape sape plak kat umah ni..so aku pon layan jer citer kat tv tu. Erm, cam best jerk aku so aku nengok la smpai abis..


Ader 2 hero, Bobby Deol dan Arjun Rampal, heroin Amisha Patel (aku ni kalo pelakon hindustan, semua nama aku mmg ingat). Kisah cinta tragik ni..aduss..tangkap leleh plak aku nengok..Bile part diaorg saling pandang memandang dengan penuh perasaan, pastu pelok dengan erat, mengusap gusap pipi,...fuhh..aku pon nak jugak, tapi sape yg nak pelok aku. (gatal sunggoh aku ni, hahaha). Memang peelliing abih la aku nengok..


Kenapa citer hindustan ni seronok ditonton, erm..aku ni mmg antu citer hindustan. Tapi bapak aku plak suker layan tamil, tension plak aku(muka bapak aku pon mcm hero tamil gak, tapi tak la legam sangat) . Hari Ahad aku nak nengok melodi, dier plak nak tengok citer tamil. (mmg tension)
Katanya citer tamil ni adalah citer kehidupan, keluarga dan pergorbanan, hindustan plak citer cintan cintun jerk. Eleh..yele tu..yg bonarnya dia tak nak kasik aku tengok melodi la tu.



Citer hindustan mmg best, romantik n dramatik, mana la ko bole tengok lelaki nangis, kecuali dalam citer hindustan jer, betol tak??hahaha, takde insuran mulot aku ni. Pakai baju lawa lawa, makeup cantik cantik, nampak natural, tak la over mcm citer SPA Q tu... makeup erm....mcm
muker antu jer aku tengok. (hahaha, kena saman aku ni nt)


Ape ape pon, mana yg baik dlm citer tu ambik la jadi panduan ke, menilai betul ke tak, relevan ker, ape ape jelah. Dan yang penting korang jangan la plak guling guling kat taman bunga, menari atas keretapi ker, tu tandanya korang nak carik nahas beb... Tak sesuai dalam alam realiti k, dalam filem atau drama bole la..tapi kalo mana yang dah halal tu dalam bilik, bole la..guling guling atas katil..tol tak...layannzzzz....

menDERma!!

by Wyza Ibrahem

Erm, tadi aku gi bank, nak bayar ansuran keta kat cash deposit. Sedang jalan nak masuk kedalam, kat luar pintu tu, ada seorg llaki pakai kopiah duk kata atas kerusi, siap ader lagi buku resit. Panggil aku, kak, aku jalan jer, malas nak layan. Kenapa la kat semua luar bank ada org orang macam tu. Aku heran la bukannya aku ni kedekut sangat ke aper, tapi kalo dah semua tmpat ader org mcmtu, korang tension tak nak pegi bank. (aku mmg bengang giler).


Kita kdg kdg kejar masa, nak cepat, abih tu ada plak kaunter pendaftaran kat luar Bank tu, kena jumpe diorg dulu baru bole masok bank, kena cash deposit kat diaorg dlu baru bole masok bank, wak lu..(mmg bengang) Memang la menderma tu satu amalan yang amat digalakkan, tapi tak taw la yg org yang kutip derma tu bole percaya ke tak. Kot kot dia masuk poket sendiri, macamane? (ni yang aku musykilkan)



Kononnya derma tu untuk pembinaan sebuah masjid la, madrasah la, untuk anak anak yatim la, bole caya ker. Diaorg ni semua ambik keja mudah, nak cari duit senang je. Dia ingat org yang masuk kat bank tu byk ke hasilnya, orang yang gi bank ni pon kadang kadang sesak ler. Tambah lagi kat Bank Islam Cawangan Taman Cempaka, mmg ader la org mintak derma, sabtu ahad pon ader. (diaorg ni takde offday ker)
Maybank Cawangan Melaka Raya pon ader gak, seorg perempuan india, selalu dok kat luar tu menadah tangan.Yang ni memang aku tak pernah tak bagi. Kalo dia ada, aku mmg kasik punyer..(baik kan aku, hahaha)


Erm, satu kes lagi, dululah aku pernah kena, dan mmg selalu kena, siap jual ayat ayat suci, ada balm, mcm mcm lagi la, budak budak sekolah plak tu, kat luar Bank Islam juga. Aku pun hulur la, mmg tak sampai hati, Yelah dah diaorg dok pggl kak o kak. Pandai kan diaorg punyer marketing srategi,dioarg ni mmg tip top + mantop (gune budak budak)... Pihak bank pon tak nak ambik tindakan, ambik la, kot kot bole dapat income sikit tiap tiap bulan. Yelah, kenakan sewa kat situ, peminta derma tu memang banyak masyuk tau..So pihak bank pon dapat la income bulan bulan.(bagos tak idea aku, ahahaha)


Satu lagi masa kat tempat keja lamer, ada gak kes mcmni, org ala arab ke atau pakistan. Pakai jubah dan serban, ala ala org alim la. Jual ayat ayat suci, adalah surah yasin, nama nama Allah, ayat kursi dan mcm mcm lagi. Banyak lagi dia bawak, ader Al Quran lagi. Aku dengan budak ofis masa tu mkn kat McDonald, so kitaorg pon dermalah, then dia pon bagilah sekeping dua ayat ayat tu. Tapi korang pikir la kalo sorg bagi sepuloh ingit, dan kalo kat meja tu ada lima org dan semua pon hulur, berapa dia dpt. Then, kat McDonald tu ader berapa meja, dan kalo setiap meja dia pergi, hah..korang kiralah sendiri. Modal baru berapa, untung banyak tuh..


Yang membengangkan aku lagi,(yg buat ati aku mendidih ni) lepas kitaorg makan kitaorg lalu depan Nando's. Hah nampak dia kat situ...Fuhh tak agak agak dia makan Nando's lagi. So pe lagi kwn aku sound la dia, dia tunduk jer..So pikir pikir kan la, kalo kite nak derma, carilah org yang memerlukan ataupun derma kat masjid ker, atau gi umah ank ank yatim, sedekah barang barang makanan...itu lagi afdal, lagi besar pahalanya.


Manusia rupa semua sama tapi hati perot manalah kita thu. Ada yg suke ambik kesempatan, tp ada gak yg betul betul ikhlas dan jujur. Dan tak dinafikan masyarakat Msia ni memang suker menderma dan bersedekah, tapi tengok tengok la jugak. Bukak mata tu beso beso dan ambik masa sejenak untuk berfikir samada anda ingin menderma ataupon tidak, ok...
Fikir fikirkanlah...

April 10, 2009

tANda tANda - iNgAT iNgATLah

by Wyza Ibrahem

TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi,orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak



Saling berpesan2lah sesama kita...
(Sumber dari buletin tagged)

aPa LaGi

by Wyza Ibrahem

apa lagi yang tak kuberi,
rasa gelora dihati tak bisa kumengerti,
hanya kata tersimpul rapi dan kadangkala diri kelu mengatur bicara,
mengulit bahasa tuk tenteramkan jiwa..
apa dayaku..

iNTerVieW ???

by Wyza Ibrahem

Akhirnya aku tak pegi juga interview keja goverment tu. Ada seseorang kawan cakap 'follow your instinct'..thanks buddy.. Puas aku mencari sebab pada diri sendiri kenapa, mengapa...
Adakah aku sukar untuk berubah? (seorg kwn bgtau nih). Bukan begitu, bukan tidak mahu berubah, tapi ntah la..Semua org dok kata aku bodoh sebab tak pergi tapi aku tak bole nak paksa ati aku demi puaskan hati orang. Ati aku plak mcmane??

Memang la keja goverment ni banyak kemudahan, tapi aku dah biasa dgn 'retailing'. Kerja sekarang ni satu kepuasan, banyak cabaran..aku jenis tak suke dok diam jer. Aku dah biasa ada 'team'. Managing team, giving instructions, develop staff n lots more. Lagipon keja ni bukan aku mintak, si Liliyn ni dok lorat isikan borang kat SPA. Yelah abg dan dia keja goverment, aku swasta..

Tapi apa salahnya keja swasta, dengan keadaan politik sekarang ni, belum tentu kerjaya di kerajaan akan terjamin satu hari nanti. Sukar tuk diramal politik Malaysia hari ni.

Erm, isnin depan aku ke Batu Pahat, 2 minggu. Dalam 2 minggu tu, banyak ke keja kena buat, tapi pengalaman kan. Best juga, dapat jumpe beberapa exec n manager dari stor lain. Berkongsi kongsi cerita, pengalaman gak tu...Erm, jam dah dekat kol 4.00 pagi ni, aku tak tido lagi..Ntahla, mata tak bole nak lelap..Semua org dok diulit mimpi, aku pula diulit sepi...hahaha..layaannnzz.

April 09, 2009

sEPi



sepi,
bila sepi itu datang menghampiri,
aku termanggu manggu mengenang diri,
mengapa sepi tak pernah jauh dari sisi,
dan kenapa perlu sepi datang dlm ruang ini..

sepi,
biar aku sendiri,
melayani perasaan ini,
moga sepi itu akan pergi,
pergi jauh dari sisi,
dan pergi tidak kembali lagi...


CinTA & KaTa HaTiKu

Kata hati cinta tak perlu dicari…namun hati sering berteka teki..mengapa cinta tak hadir seindah mimpi..

Kata hati cinta akan hadir..walau tak seindah mimpi tapi pastikan berseri…namun mengapa hadirnya menyeksa diri…

Kata hati cinta takkan pernah menyeksa diri..tapi mengapa jiwa tak pernah damai..kemarau dalam mencari erti kasih…

Kata hati diri takkan sepi..kasihkan pasti menemani, namun apakan dayaku gerimis dukaku pasti berlarutan…


Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now




Friends...

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

Click Here To Join Now

April 08, 2009

iNTerVieW

Besok aku ader interview keja kerajaan. Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan, uikkss....
Tak kena lansung la dgn jiwa aku. Tapi hati berbelah bagi nak pegi ke tak. Resume pon aku tak buat lagi. Sijil sijil pon tak cari lagi, ntah mane plak aku letakkan sijil aku tu.

Kwn2 semua suroh pegi, aku dah tanya Liliyn, dia kata ikut ko la. Arrghhh..tension tol la.

Kalo interview tu berjaya dan aku dapat keja tu, tp tak pegi kena blacklist la. Tapi tmpt keja aku ni kena bg notis 3 bulan.
Tapi kalo aku tak pegi sekarang, rasernya...ntah, tak taw plak.

Mak kata kalo dapat luar dari Melaka, jgn pegi, so ape pilihan aku...argghhh...

Macamane eak..

April 07, 2009

bENgaNG...

Semalam hari yg membengangkan aku dan hari yg menyakitkan hati aku. So, hari ni baru aku nak share, sebab smlm kalo aku tulis, mmg caci maki kan keluar. Begini citernya.

Semalam aku kena siapkan satu laporan, biasa la awal bulan mmg byk laporan kena buat. Jadi laporan tu dah siap cuma tinggal satu bahagian je kena isi. So aku cari la, kertas (summarize figure) yang aku ada nampak kat meja aku semalam, tapi dah takde. Bagai nak rak aku carik tak jumpe. Laporan tu nak kena hantar hari ni pada bos, sbb dateline tuk hantar ke bos HQ ialah besok. Aku cari kat tmpat personnel sbb aku ada pinjam pc kat ctu, xde plak. Aku gi ke m.i.s dept, sbb mlm smlm aku ada guna pc kat ctu, xde la plak. Pastu ke selling floor, cari dalam drawer kaunter, kot kot tertinggal kat ctu ke, xde.

Aku cal assistant aku, dia plak tak angkt phone, aku nak tanya dia je, nampak tak kertas tu. Lagi la aku bengang, carik dah la tak jumpe, ble cal dia tak angkat. Bkn sekali aku cal, 3,4 kali. Tapi ble aku cuti plak, korang cal aku, aku angkat plak. Dah keja kan, tak penah plak aku tak angkat phone. So aku ingtkan kertas tu tertinggal kat umah, so kol 12pm masa lunch, aku drive balik umah. Cari cari tak jumpe, wah lg la ati aku bertambah panas ni. Mak pulak lom masak lg tuk makan tengahari, erm perut mmg lapar giler la sebab sarapan tak makan.

Tapi takpe la aku makan roti je, alas perut. Dah tak jumpe, aku pon sambung balik cari kat ofis. Aku cal lagi assistant aku, dia tak angkt lg..fuh..panas panas..Exec lain pon tolong cari gak, prihatin gak diorg ni, bkn pe, diaorg pon gerun ble tgk aku naik angin, nt kang smua pkataan yg tak baik keluar. Sape yang tak terbabit nt pon kena sembor gak. Then aku nmpk staf aku kat ofis, aku tnya kat dia, dia kata ada kat bwh, assisstant aku simpan. Fuh, bedesing telinga aku. Aku pon gi ke selling floor jumpe staf aku lagi satu dengan mulot aku yg xde insuran ni, suruh dia carik. Mcm mcm perkataan keluar. Terkulat kulat dia tgk, tp aku bkn marah dia pon.

Dia pon tak berani nak ckp sngt, ssb dia tak penah tgk aku naik angin giler mcmni. Kan aku ckp, aku dah lamer xde 'tsunami'. Semua staf kat selling floor tak berani nak tegur, sape tegur mmg kena sembor nt. So, aku pon terus g ofis, sambung buat laporan tu. Dalam kol 4 ebih aku turun selling floor balik, staf pon tak berani tegur tp aku buat biasa je. Kejap jer angin aku tu. Pastu staf yg rapt dgn aku, Aisyah namanya, dia kata 'kak org tak penah tengok akk mcmni, termenung jap org kak'...hahahaha..bru ko tahu angin 'tsunami' aku mcmane.

So, moral of the story, 'jangan suke ambik usik atau ambik brg org sbb aku tak suke usik barang orang, dan tak suke jg org usik barang aku'. Kalo dah ambik tu, letak balik. Ingat tuh. Walaupon meja aku tak sekemas mane, tp kalau ader email ke dari HQ, kertas keja ke, tak penah hilang la plak, kecuali kalo ada org ambik. Ader faham....ZAssssss

Chicken Pox, Aniveseri Nih..

Tarikh hari ni, tahun lepas, 7 April 2008, erm tarikh yg tak bole lupe sebab ape? sebab aku kena 'chicken pox. Sebab tulah aku bole ingat tarikh ni, sebabnya besoknya ialah hari pembukaan tuk Shopping Complex Melaka Mall, dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam. Aku pulak tak dapat nak tengok, dan yang pasti kalo aku keja confirm gambar aku haritu kat majalah depan Lion group, pegang 'plague' bergambar dgn big big boss Parkson n Datuk Ali. Ceh, aku dah siap beli kot lagi tau sbb nak bergambar bersama ni tau. Yelah lepas bertungkus lumus selama sebulan, tapi hampehh... Aku dapat mc 4 hari, bemula 7 April, tapi aku balik kol 5 juga, tu pon lepas kena halau. Diaorang ni semua takut berjangkit, yelah besok tu kan hari penting.

Aku ni memang rajin beb, sebab tu aku balik kol 5 (pasan aku ni kan). Kalau diaorg tak halau kol 8 la aku balik. Bos aku dah termenung biler dapt tahu aku kena mc 4 hari...hahaha sebab aku aku kan 'anak emas bos' (exec lain ni suke gelarkan mcm ni). Lain kali aku citer pasal anak emas ni. Yelah, mane taknya, seorg lagi exec dah kena masok hospital sebab pengsan kat tempat renovation. Aini namanya, yelah sebenarnya dia ni dibuli oleh seseorg, tp bukan aku eak, helper dari Holiday Plaza. Sampai nak makan pon takde masa si Aini ni. Lagipon si Aini ada sempot, simpati gak kat dier, tapi aku nak buat macam mane. Berhari hari dia terlantar kat hospital.

Tulah bos aku ingat bile Aini takde ni, aku bole tolong dept dia, tapi aku sendiri mc. Nak buat mcmane, dah nasib badan. Lagipon kat tempat baru ni, ada 2 orang je exec lamer, aku dan jugak abg Kasim, lagi 5 org tu orang lamer ada yg dipromote dan ada gak fresh grad. Yelah dulu aku kat Parkson Mahkota Parade, huhuhu..sedih plak tinggalkan tempat keja lame tu. Sehari sebelum hari terakhir kat MP, aku nangis giler, yelah masa bagi ucapan terakhir, staf staf yg mane rapat dengan aku pon nangis gak. Tarikh terakhir aku kat MP, 9 Mac 2008. Tak bole lupe beb...sedih...terpisah juga....

Yelah walaupon aku suke je naik angin, tsunami tak tentu pasal (BA & Frag. Consultant cosmetic dept yg bagi gelaran ni), aku ni mmg bagos buat keja, cepat dan pantas, ahakss, masok bakul angkat sendiri aku ni kan, pasan..hahaha. Tak la, kat MP aku 'incharge' lebih kurang 60 orang staf, ramai tak? Sakit kepala pon ader jaga diaorg ni. Kadang kadang diorg buat salah aku gak yg kena, sebab aku ketuanya kan. Aku dapat sejambak bunga, besar sangat dah juga ada la beberapa hadiah lain, dan sekeping kad tanda perpisahan masa hari terakhir tu.

Sepuluh tahun di Parkson Mahkota Parade, banyak kenangan indah dan manis, masam dan pahit pon ader gak. Tempat jatuh lagikan dikenang, ni kan pulak tempat berkerja...hahaha..
Sebenarnya bukan aku nak sangat pindah tempat baru ni. Kat Mp ada 3 bos, SSM, SM, ASM, so SSM kena gi Melaka Mall, so dia pon bawak la anak emas dia ni, hahaha..Lain kali aku citer la kenangan kat Parkson Mahkota Parade dan kisah anak emas ni. Kalau nak ikutkan umah aku dgn MP, gi keja 5 or 6 minit je, dekat kan, kat Melaka Mall ni erm, 20 minit.

Bebalik pada chicken pox ni, erm..aku kena tak teruk sangat. Muka aku takde pon parut, cume ada la parut kat badan, tapi takpe beb, orang tak nampak, hahaha, muke lagi penting kan..hahaha..Lagipon masa 7 April tu, mak aku ni ada ambik air tangkal, orang tu pon ader bagi air yassin, kemenyan suh asap satu badan, supaya cepat kering. Lps mandi dia suh asapkan. Tapi aku heran plak, biasanya org kena chicken pox ni tak bole mandi, tapi org tu suruh aku mandi. Hari hari la aku dok mandi, lagi pon mmg panas. Kat umah pon berkemban je, tapi duk dalam bilik la.

Satu lagi, aku tido atas daun pelir pelir, haha, bunyinya mcm lucah kan. Tapi ntah, mak aku kata mmg tu namanya. Daun tu fungsinya meredakan panas badan. So daun tu aku letak la atas katil, tido atas daun tu, mmg sejuk beb, so badan tak la rasa panas sangat. Aku kena chicken pox ni pon tak lamer, sebab org kater, kalau org baik baik ni mmg kena tak lamer, dalam seminggu je (sambung mc lg 3 ari ) hahaha...mmg pasan tol aku ni. Tak la, yang penting kontrol makan k, dan cara cara tradisional juga membantu selain dari ubat ubatan. Lagipon doktor ada bagi aku ubt sapu, supaya cepat kering. Mak aku pon pandai jaga aku, sayang mak...yelah, anak perempuan sorg je ni, sorg lg dah la jauh...liliyn...aku winduu kat ngko, kau dengar tak aku jerit ni...meroyan ke aku ni..ahaks..layannnnn.........

April 05, 2009

Adlin...

Erm, jumpa sesuatu dari dalam kotak. Benda ni selalu aku lekatkan kat dinding belakang tempat duduk aku dulu, tempat keja lama.. So hari ni aku akan bwk, lekatkan kat dpn meja ofis aku. Dah lama, tapi masih elok lagi. Pemberian dari seorg yg amat bermakna dan org yg paling aku sayang. Jauh di mata dekat dihati. Walaupun hanya sekeping nota, tapi amat besar maknanya. I love u so much...

Wyza,
If i had to spend my life without you,
I'd be forced to my life without a part of me,
You are so much a part of me,
That loving u is no matter a choice,
It's what i do,
It's what i am..
"Adlin"