September 30, 2009

taG dari ShiraH.....

dalam keadaan yang kusut musut ni,
aku menjawap tag dari shirah....

tapi jawapannya takla kusut,
ni betul2 ni,
bukan COBAAN taw....


Your hair color:
hitam ler ( hitam itu menawan)
Do you kiss on the first date: tak sedesak itu....tak akan pernah....
Worst fear: entah ler...banyak kot...
Your weakness: cepat marah (baran tahap gaban), mudah simpati dan mudah airmata...

Best gift you have received: sebentuk cincin darinya ( pakwe dulu ler)
Best compliment someone gave you: pakai baju kurung nampak sexi (pelik kan)
Best thing to ever happen to you: takde lagi...

Favorite perfume: Coco Mademoiselle by Chanel
Favorite sports team: takde satu pon, suke tengok piala dunia jer
Favorite drink: Black Coffee
Favorite getaway: ntah....
Favorite pasttime: tyme sekolah lar dan time tengah bercinta lar...
Favorite reality show: The Apprentice
Favorite clothes: yang simple jer
Favorite restaurant: McD & Secret Recipe
Favorite movies: Komedi, Romantik, Hindustan (feelin abis ni)
Favorite TV show character: Pepper Dennis
Favorite subject in school: Sastera
Favorite day of the week: Jumaat la, sebab saya offday
Favorite childhood memory: takde pe yang menarik kecuali rasa cam terdera jer, sbb masa weekend asik kena basuh n jemur ikan masin @ ikan kering
Favorite Actor: Aaron Aziz n Adi Putra
Favorite Actress: Rita Rudaini

Love or money: Both, tapi aku bukan mata duitan... duit itu bole membeli cinta, kalo tak knp abg aku berpaling tadah, bukan pompuan jer materialistik, tapi lelaki juga ( ni yang buat aku serabut k)
Chocolate or Vanilla: Chocolate
Pizza or Burger: Both....
Kisses or hugs: cium tu ghairah, peluk tu selesa....ahaks...
Passive or aggressive: aggresive
Morning or Evening: Evening
Summer or Winter: Both

Ever won a sports medal: ada satu kot ( perak )
Ever been out of your country: No
Ever bungee jumped: tak pernah
Ever swam in the ocean: tak tahu berenang
Ever been in love: Yes
Ever broken someones heart: mesti la ada, aku tinggalkan dia bila tiada keserasian
Ever lied to your parents: tak pernah, tak pandai berbohong ( anak yang baik ni)
Ever puked at a party: takde
Ever danced all night long: takde
Ever been fined by a traffic cop: takde
Ever been to a drive-in-movie: Nope
Ever lied to teachers in school: tak pernah
Ever dyed your hair: tak pernah, nak cuba gak tapi tak berani

Had your heart broken: selalu
Broke a bone: tak pernah
Any tattoos: nak mamposs ker, haram lar
Done anything you regret: ada la jugak
Your dream vacation: Venice
Do you hate anyone: kdg2 ada la jugak, tapi sekejap jer
Hip-hop or Rock: wak lu...dua dua tak minat
Country you'd love to visit: Italy
Craziest thing you've done: tulis puisi kat pintu tandas awam...hahaha....

Your craziest dream in life: nak keja kat syarikat Siti Nurhaliza, hahaha....
Do you swear a lot: takde, tak suka sumpah2, kena makan sumpah nanti
Your best buddy these days: Christine Ng & Yeni Goh
Are you a health freak: tak juga
Vehicle you drive: Kenari Aero Sport Putih

dah abis seksa aku ni
sapa rajin buat k
adios...

September 29, 2009

tuk harRi ni....

Leo (July 23 - August 22)
Monday, Sep 28, 2009

Even if you've been feeling a little uncertain about a few things, don't be afraid to try to shake things up a bit today ( aarrrgghhh tengah buntu k). It could be a good time to try to make a few new beginnings.( tak sanggup jauh dari mak...) So don't hesitate to go ahead and get everything out into the open that you might be thinking and feeling right now.

Don’t be surprised if you find other people behaving a bit erratically today. ( ni mmg salu kat tempat keja) And there could be a few surprising or unpredictable developments in some of your closest relationships right now. (ni apa kejadahnya, mmg takde lar) If you’ve been reflecting on a number of different aspects of your life lately, you might decide to change course in certain areas, including some of your most important relationships.


maHu........

mahu menaip
tapi tahap kemalasan
mahu update
tapi otak serabut
nanti lar
kot kot simptom red flag
hahahaha
mungkin kot
adios

September 28, 2009

seRaBut...

aku tengah serabut
assistant sudah takde
banyak keja aku kena buat
pikir pasal tawaran bos lagi
tengok airmata mak lagi
airmata kakak ipar lagi
adoyai
makin kusut segalanya
blogging pon sudah makin kurang
asyik menanam jer
menanam buat aku tenang kot
ntah la
banyak perkara yang berlaku lepas raya ni
ntah la
banyak sangat
dugaan dan juga mungkin ada hikmahNYA

September 25, 2009

erti persahabataN...

Erti persahabatan tak pernah lupus,meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa.. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ... Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaianmasalah . Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang dirikita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaankawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu....... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......

sumber baqaratun

September 23, 2009

rinduNYA

wah
rindunya nak blogging
tapi bz la
raya kan
tapi dah start keja
lama gak tak menjengah blog ni
last update 17hb
ni dah 23hb
lama seh
my twin pon dah balik terengganu
terasa rindu plak dengan anak buah


kat umah pak ngah
leka tegok tv

adios
mata dah galip ni
nak cari bantal n titon

September 17, 2009

seLamat haRI raYa



ni auto post
aku ingin ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pembaca blog, follower
dan kawan kawan di facebook

memandangkan aku bz dan mula
bercuti pada malam 19hb
so awl awal la kena beri ucapan kan
lagipon besok my twin balik sini
so, sy pindah ke bilik lain
dan pc ni tak dapat diangkut bersama
blog ini juga bercuti
sampai hari raya kedua
akan cuba update hari raya ketiga eak

tapi raya ketiga dah mula keja
aargghhh sedeynya cuit tak lama
adios....

SELAMAT HARI RAYA










September 16, 2009

jeanS & bajU kurunG

hari ni hari mengemas
hari yang memenatkan
dan hari yang mengeluarkan peluh
so pegi keja pakai slack n blouse
10.30 am aku tukar pakai seluar jeans
tapi tu pon dengan kebenaran personnel
maklum la hari ni
mengangkat kotak
tolak troli
duduk bangun cangkung berdiri
semua ada
apa? ingat exec tak buat keja tu semua

semua pon kena buat la
tapi tadi semua staf adalah tercengang
tapi kenapa eak
tak pernah tengok aku pakai seluar jeans katanya
'akak pakai seluar jeans!!!!
aku jawap
'tak......seluar setan'
hahahaha

dah petang, keja dah beres
gi ke selling floor
tengok handbag
sebab ada orang sponsor handbag
dia suh aku pilih
hehehe.... baguih nyer
so kat situ ada la beberapa orang staf la
dia kata lain sangat tengok aku pakai jeans
nampak muda sikit
aik, mak nampak tua ker nyah!!!

hahaha... katanya
nampak tak garang sangat
hehehe... yer ker...
katanya hari hari kalau aku pakai kan elok
eloo... office wear ok
tak bole pakai cenggitu
cuma spesel kes jer

dia kata kalau aku pakai office wear
lagi jauh dah dengar high heel aku
tak tentu arah takut
dia kata pakai office wear nampak garang sangat
bukan garang lar, serius lar
tapi sekali sekala aku pakai jugak baju kurung
time tu nampak manis....

macam semalam
aku pakai baju kurung warna maroon
pastu si linda touch up aku sikit
so nampak lain la
selalunya kan pucat lesi jer...
budak2 kat manis jer kak wyza
hahahaha
so aku kata ada kena kencing manis ker
dorang ketawa...

so dorang tanya
kenapa hari ni tak makeup
aku cakap
'cantik ni tak selalu bole tengok
sekali sekala jer bole tengok'
hahahaha....cantik ker???
ntah lar
bagi aku biasa jer
tapi mata dorang kan
mana aku tahu kan

dah abis meraban ni
adios.......

menGemas + hanGin

besok, perlu mengemas
kena 'pack' stok stok
banyak keja sangat
kena tulis satu persatu
kena hantar balik kat compeni dorang
kena buat report lagi
memang Bzzzzzzzzzzzzz sesangat

satu lagi
yang aku hangin ialah
pagi tadi mak cal
tempat yang aku tempah baju raya tu
tanya baju aku dah siap ke belom
dia bole tanya yang mana satu
warna apa
ceh....mmg tak siap la tu
aku pon tak sempat lagi nak ambik kain ela tu
sebab waktu tak mengizinkan
siap ko
kalau aku kesana
tahulah aku khutubahkan ko

aku hantar dah lama
penghujung july
itupun tak bole siap ker??
bukan 10 pasang
cuma sepasang jer
punah harapan aku nak pkai baju tu
baju tu siap ada selendang
sedondon lagi


erm...terpaksa la pakai baju aku beli siap tu
memang la ada 4 pasang
tapi aku nak pakai yang tempah tu jugak
warna hijau lumut
kecewa punah ranap harapan aku
sedeynya....


September 15, 2009

last day - warehouse sales

last day warehouse sales
aku kat cus. service ni
kat basement ramai sangat orang
aku balun satu comforter set
harga biasa RM869
brand vita di casa by akemi
harga warehouse sales cuma RM160
tapi hari ni RM140
warna hijau+coklat
mmg menarik hati
adios

September 14, 2009

2 hari laGi - wareHouse Sales

takde apa nak upadate
warehouse sales cuma tinggal 2 hari saja
last day ialah 15hb sept ni
harap harap boss tak extend lagi
sepatutnya last 14hb
ni tak....sambung lagi
penat seh

stok perfume ada yang dah abis
sapa yang nak beli
datanglah beli cepat cepat
perfume semalam yang aku posting tu
dah tinggal sebiji jer..


tak pernah area parking ni penuh
sejak 2 3 hari ni
mmg full


aku kesuntukan masa
kasut tak beli lagi
baju yang ditempah pon
tak ambik lagi
hari selasa ni gi ambik
tak taw la dah siap ke belom
kuih raya pn tak buat lagi
tahun ni mmg tak bole nak buat
tak sempat
kuih tunjuk jelah

mengantuk ni
tak sabar nak pelok bantal
adios

September 13, 2009

intimately beckHam - wareHouse saLes

dah nak pagi cenggini baru dapat online
ni pon tak bole lama
nak tido
tak dapat nak baca blog kawan2
sedeynya
tapi baca gak
tak dapat nak menaip komen pon
tak sempat


best bau ni
normal price RM 169, 75ml
warehouse sales dijual pada harga
RM69 sahaja


laku macam pisang goreng



tadi ada satu customer
beli perfumes sampai RM1847
byk giler tu
dia kata nak jual kat kampung masa balik raya nanti
masa tu petang la
then malam aku nampak dia lagi
beli lagi tu
RM1400

ceh, nak mandi minyak wangi ker???
pastu dia naik kat ground floor
tengok harga sebenar yang biasa dijual
aku nampak dia tulis kat resit dia
tapi apa motipnya?
lu pikir la sendiri eak





hari ni perang main loceng k
macam apek yang goncang loceng
suh orang beli aiskrim yang dia jual
so tadi punya la bising
masa ada 'happy hour'
tak sempat nak snap pic tadi
comforter queen dijual pada harga RM79
free one pillow

menarik kan
biasanya harganya beratus ratus
tapi tengok brand jugak
GQ slack RM100++
dijual pada harga RM20



my asisstant, walaupun penat
still menten senyum k

ok
kalo sempat
sok sy update lagi
sekarang katil dah memanggil
nak titon
adios

September 12, 2009

bahaNa warehOuse saLes

penat, letih dan sakit kaki
nak shopping pon tak sempat
hari ni keluar dari ofis
kol 12am
besok masuk 9.30am
ada duty
mesti balik lambat
penat beb


on da way balik bukak pose


echa yang keletihan

my assistant yang posing maut...
tengah mengira stok masa ni


ni nyawa saya di waktu malam

September 11, 2009

Warehouse Sales - Perfumes Disc 60% & 70%

letih sangat, nak update pon takde masa
pegi pagi bailk malam
kol 11.40pm baru sampai umah
ada byk snap pic tadi
tapi tak sempat nak upload semuanya



perfumes disc 60% & 70%
tadi banyak jual
kylie minogue
armand basi blossom
givenchy amarige
gap bold
david beckham insticnt, cuma 40 ringgit
normal price 100 ringgit keatas


kanebo n kate, pon murah juga
disc more than 70%
lambat la nak upload pic
malas nak letak pic lagi
tensen k..
tak sempat nak taip pe pe pon
aku penat sangat
nak tido
adios

September 09, 2009

Warehouse Sales - Brand Update

Hari yang memenatkan, bz sebz bz nya...
kaki pon sakit dan asik berjalan sana sini..
memang nak snap pic hari ni, tapi memang tak sempat...
aku bukak pose pon kol 8mlm tau.

so hari ni aku nak update brand brand yang participate warehouse sales ni.



Ladies Handbag & Ladies Shoes
- forest timber
- alain delon - pierre cardin - giorsarrdi - sachs - bennetti polo - benetton - urs ladies shoes - nyc & larrie ladies shoes - everbest & santa barbara ladies shoes

Ladies Fashion / Apparel

- smat connextion
- mnj - elise - the executive - bontton - tom girls - nicole

Mens Apparel

- pepsi - jeep - snails - charges - blue toms - charles jourdan - bontton - nic by nicole - alain delon - renoma - polo - smalto - arrow - ambro - durban - GQ - caserini - john master - arnold palmer

Sports
- antioni
- cheetah - body glove - forest - orref - muller

Men Accs / Basic (seluar dalam, stokin lelaki)
- diesel
- bum - renoma - alain delon - depi - byford - pierre cardin - baverly hills polo club - kickers - l'uomo

Lingeries (pakaian dalam wanita)

- wacoal
- young hearts - pierre cardin - crocodile - sorella - audrey - felancy - lilian - cotton shop

Luggage

- travelite - bright alliance - pierre cardin - alain delon

Men Shoes
- larrie
- fabi - polo - switch

Kids & Babies (pakaian kanak kanak)

- antioni kids - cheetah kids - world of cartoon baby - world of cartoon kids - freedom - renoma kids

Homefurnishing & Household
(bedsheet, comformter, curtain & home deco)

- jean perry
- akemi - chester - luxe - esline - sinchor - miracle home

jenuh aku menaip ni, sakit jari jemari
tuk cosmetic, fragrance n toiletries dept, sok aku update eak
tak ingat brand apa tadi, datang 35 carton stok
yang aku nampak tadi, givenchy, armand basi, gap, david beckham, lamborghi
dan bla bla bla, tak ingat la beb.
kanebo dan kate juga ada...

tuk fragrance , harga bawah 100 hengget, kiranya disc about 50% and 60% dari normal price...

aku ada list untuk 'happy hour'
panjang sangat list nya
masa 'happy hour' hanya sejam
-12pm to 1pm
- 3pm to 4pm

- 8pm to 9pm


apa itu happy hour?
aku bagi contoh eak
pepsi selected jeans sehelai RM139.90 tapi masa happy hour cuma RM30
contoh lain
chester queen bedsheet harga RM179.00 happy hour dijual dengan haraga RM26 sahaja
murah tak?
comforter set, chester gak king n queen size dijual pada harga RM559 n RM639 harga pada happy hour cuma RM95 hengget...

ok, dah penat menaip...
sok selama 5 hari aku berkerja dari jam 9.30am sampai kol 11 malam kot.
tutup kol 10.30pm, tapi buat itu dan ini, ada duty lagi...
erm...ntah ntah, kol 12mlm lom tentu bailk lagi...

pas 5 hari tu mmg takde cuti...
start cuti malam raya k...
terbanting nyawa aku berkerja tanpa offday...
12 belas hari taw, camne tuh...

boss....
tak kesian ker dengan saya...
cedeynya saya....
huk huk...
adios.......

warehouse saLes laGik


tengok pic jer eak, kepenatan tuk menceritakan.
kalu nak tanya, bagi komen, nanti i balas k










cashier counter, pos maschine tak letak lagi






ni dept aku, cosmetic & frag.


ni saja jer nak interprem

September 08, 2009

ting tong + WAREHOUSE SALES

hari ni aku ting tong
sebab aku keja dari 9.30 pagi sampai 10.37 mlm
aku salah tengok shift
patutnya aku masuk kol 1pm
tapi aku datang kol 9.30am

dah kol 11 lebey baru perasan
tak bole nak buat pe
teruskan aja la
lagipon malam ada duty

tapi memang penat giler la
macam macam kena buat
maklum la, WAREHOUSE SALES tak lama lagi
cal supplier, kena follow up dengan dorang
pastu buat briefing dengan staf lagi
adoyai, penat seh...

so marilah beramai ramai ke
Parkson Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka
WAREHOUSE SALES
bermula dari 10hb - 14hb Sept 2009
discount sampai 80%

aku tak sempat nak snap pic tadi
sok nanti aku amik ehhh...
tak siap lagi
tengah menyusun barang barang lagi
besar giler areanya
compare dengan METROJAYA
yang ini lagi besar kot

tapi ni yang menyakitkan hati
ada plak staf JJ kata
"nak tutup ker..?
sebab tu buat warehouse sales
ceh.... ngek ngok la ko ni
kan nak raya ni
so, nak grab customer la dowh....
aisey men....
kalo tak tahu pasal bisnes
diam diam aja la, duk canang yg bukan2 pesal plak

kalo kau cakap depan aku, siap la kau
berjela jela aku mukadimahkan kau
apasal korang jeles dengan kitaowg eak

Melaka tak besar mana la beb
ko ingat, JJ jer nak makan kek ker??
Parkson, Tesco, Giant, Carefour
semua nak makan kek k.....
we share the market
so, jangan tamak
"owg tamak memang tak rugi"
"tapi owg benci
...."
hahahahaha.........
gila bapak aku ketawa.....
adios....

September 05, 2009

si senGAL...

banyak citer tapi malas nak menaip la
kemalasan tahap paling tinggi
gunung everest pon kalah wa cakap lu
nak tunjuk pic si sengal kat sini
saja aku snap haritu
masa beli camera ni
saja testing testing

ni bukan aku taw
kakak ipar
ramai org sangka ni aku
aku cun lagi la
hahahaha
perasan lebey kan

ok citer lain
hari ni cuti
settlekan bil bil
streamyx, telefon, air, elektrik
banyak seh duit diterbangkan
bil celcom tak bayar lagi
tak sempat tadi
lagipun tadi mak ikut
tak suka keluar lama lama
nanti mak membebel penat
so tadi gi tm point
upgrade streamyx aku
sebab dah lama aku pakai
pakej RM44, 60 jam
tapi aku bayar lebey dari RM44 hengget
sebab terlebey dari 60jam
RM44 + RM 46 pastu + bil telepon umah
semuanya
RM128
mahal tak???
tak berbaloi kan

so tadi aku lepas isi form
tanya gedebak gedebuk
aku kena bayar RM 88 hengget sebulan
pakej unlimited termasuk bil telefon sekali
aku cuba dulu, kalo lembab
aku upgrade lagi eak
rasa nak pakai broadband
tapi memandang aku tak pakai laptop
nak buat pe kan
pc ni masih bole dipakai lagi
memberi jasa pada tuannya
dah lama pc ni
5 tahun kot
lagipun masa baru apply streamyx dulu
banyak duit keluar
dulu kan mahal
beli modem lagi
takkan nak keluar duit lagi kan

so inikah dikatakan malas meniap
rasanya byk juga aku taip kan
hahahaha
ketagih menaip kot
adios
aku berambus





September 04, 2009

daH lamA taK baU + taK paKai ni.....



tadi pi mp
ambik stok
singgah kaunter chanel ni
jumpa lynda, counter manager chanel kat mp
aku cakap nak pakai minyak wangi ni
dia kata semburlah
fuh... 3 kali spray k
saja nak spray bebanyak
sebab nak suh staf aku bau nanti

nilah minyak wangi yang paling sedap baunya
seyes aku cakap ni
kalo sapa tanya aku minyak wangi apa yg best
nilah jawapan aku
kalo pakai, konfem semua orang akan puji
masa aku kat mp dulu
selalu gak aku pakai
pakai tester la
aku pernah beli
tak bukan untuk diri sendiri
hadiahkan untuk my best friend, christine
dia pon suka perfume ni



ada EDP dan EDT
EDP 50ml RM296. 100ml RM432 kot, tak ingat la
yang EDT, aku tak ingat langsung
lupa nak tanya plak
so bila balik ke tempat keja
aku suh si echa teka
hehehe, mana la dia tahu kan
tapi seyes memang sedap baunya, kata si echa ler
dia nak beli nanti
tapi kena bawak aku la
bole kecek lebih free gift nanti
hehehehe....

*bau ni masih ada kat jam tangan aku






September 03, 2009

taK tahaN sakiT.......

tak tahan sangat
terpaksa telan pil ni
seumur hidup baru 2 kali makan pil ni
tahun lepas sekali
tahun ni sekali
tak bole nak bergantung sangat kat pil ni
nanti sakit sikit jer
nak telan jer
masa muda muda dulu
chewah...cam dah tua sangat aku ni eak
dulu dulu tak pernah sakit seteruk cam ni
sekarang ni baru nak ada
dugaan...dugaan....

semalam awal sangat aku tido
kol 9 lebih dah peluk bantal
badan letih sangat
mungkin sebab bendera jepun ni kot
kol 5 pagi baru tersedar
mamai jap, keja ke tak hari ni
pastu cam biasa la
segelas air dan beberapa kurma
tak pose pon tak leh makan apa apa

tak pernah posting seawal begini
ni baru first time
so hari ni konfem aku datang awal keja
selalunya bukan aku lambat
kalo masuk kol 9.30am
kol 9.25am baru terpacak
kalo tak pon 9.29am
hahaha, berbulu dorang tunggu aku
tu pon kalo duty aku bukak pintu la
sapa suruh dorang datang awal awal
kata masuk kol 9.30am
so 9.29am, pada aku tak lambat kan
hahahaha

yelah, dorang kata aku lambat
aku bukan berkira
dah tu aku pon bukan 6.30pm sharp balik
dah memang aku drive 20 minit baru sampai
lagipon kalo aku kuar awal pon
traffic light dah la byk aku nak tempuh
so, kalo jalan jammed, salah aku ker
masa kat mp dulu
5 minit jer dah sampai
sangat cepat, takde traffic light pon
sangat dekat k
kalo lucnh time, aku balik makan kat umah
sama gak dengan dinner
leh jimat

kat sini
mana bole
bulan pose ni aku drive balik umah
balik 15 minit, pegi 20 minit, rehat 1 jam
dah senja, jalan tak jammed sangat
traffic light pon cepat jer
sekarang ni nak mandi k
adios

September 01, 2009

takDe mooD

hari ni aku takde mood
masa kat umah ok
tapi bila sampai tempat keja
berangin dan diam saja
masa sampai kat parking
kawan tempat keja cal
padahal dia memang dah nampak aku
aku saja tak nak jawap
dia pandang je
dahlah hujan
aku plak pakai baju kurung warna oren
pakai payung tapi basah gak
sebab tempias

aku naik ke ofis pakai lif
malas nak menapak naik tangga
3 tingkat plak tuh
padahal bos dah banyak kali warning
jangan naik lif
tapi aku belasah jer
aku kan memang degil
bukan selalu degil ni
kekadang jer...

sampai kat ofis
satu staf tegur
"kenapa kak wyza, cam takde mood jer"
aku jwp, "ntah la, tak tahu kenapa"
aku biasanya kalo takde mood
riak wajah aku pon dorang kenal
pastu memang diam jer
kalo tak suara aku yang paling riuh kat ofis tu

hari ni dapat banyak sms dari staf
ada yang datang lambat
ada yang tukar offday
sebab hujan
so ni pon memudaratkan mood aku

hari ni 1hb
so memang banyak keja nak buat
dan banyak laporan keja kena siapkan
semua kalo bole kena submit 5hb

turun selling floor
semua staf tengah sibuk
menukar pricetag
aku pon tolong jugak

pastu dengar staf cus service paging berkali kali
lepas satu exec, then satu exec, then satu exec
last sekali page aku
so aku attend la
aku bukan nak berkira
tapi kalau dah kena page tu
attend la, lama tau customer tu tunggu
semua orang pon sibuk nak buat laporan dan benda lain
tapi ni kan tanggungjawap bersama
kena pandai la bahagi masa kan
kalau nasib aku tak baik
aku yang akan dimaki oleh customer
sebab lama dia menunggu
tapi everything ok la
walaupun aku takde mood
tak bole tunjuk depan customer
kena senyum jer

pasal mood ni
atau aku memang tak bole pakai baju warna oren
ermm..mungkin juga kan
aura lain macam kalo pakai baju warna oren ni
betul ker? ntah la....
warna tu kan sesuatu
sesuatu apa eak
sesuatu yang tak dapat aku huraikan
kalau pakai warna merah atau maroon
aku rasa cam berani jer
bersemangat betul
kalo pakai warna hijau 
tenang jer jiwa
sebab tu aku suka hijau
sebab bole tenangkan jiwa selalu tsunami ni
hahahaha.....

sok keja pagi
pakai baju kurung gak kot
mesti dorang kata
buang tebiat ker si wyza ni
aku kan memang paling jarang pakai baju kurung
tapi sekarang ni kan bulan pose
belasah ajer ler
kalo hari hari aku pakai nanti
lagi dorang terperanjat

then ada satu staf tegur, hari khamis lepas
"cik wyza kalo pakai baju kurung
manis jer, bukan semua orang pakai baju kurung sesuai taw"
hahaha...kembang jap beb....tengok cutting lar..
ni lagi aku berkobar kobar nak pakai nie...
keji sunggoh aku....
seb baik ko bukan staf aku
kalo staf aku, konfem cuti raya ko aku approved
then sorang lagi
"camne ni la baru ok"
"eak, selama ni tak ok ker..."?

sorang lagi
dia ngadu kat aku apa yang staf lelaki cakap kat dia
ceh staf lelaki yang aku tak tahu apa dorang pikir
dia cakap
"wei, si wyza pakai baju kurung pon ok jugak eak"
"baru la nampak macam exec"
abih, selama ni aku macam apa???
nyonya jual sayur kat pasar ker?
kan aku pakai officewear...

tapi seyes aku cakap
masa kat mp dulu
selalu aku pakai blazer
seminggu ada la 4 atau 5 kali
kat sini, seminggu pon tak sekali
kalo sejuk jer aku pakai
dah banyak melalut ni
adios........