May 19, 2010

bicaRa!

Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula kepada rupa bentuk kamu. Akan tetapi, Dia akan melihat kepada keikhlasan hati kamu." (Riwayat Muslim)"
  
yang tua dihormati, tapi yang muda juga perlu dihormati. 
indah bicara menyusun kata, lembutnya lidah menikam jiwa.
tusukan pedang takkan sama sakitnya dengan tusukan kata kata.
luka di jari nampak darahnya, luka dihati siapa yang tahu....
mood = emo :(



May 17, 2010

4 hari

salam.......

hari ni last aku cuti.
4 hari aku cuti, tapi tercongok kat umah.
sepatutnya aku nak pergi jb, menjenguk kembar aku, tapi mak plak cancel last minute.
bimbang takde sapa nak jaga kucing kat umah.
yelah, sapa plak nak bagi makan nanti kan, nak mintak tolong jiran, takde maknanya dorang nak layan.

dulu mak tak pernah nak amik tahu pasal kucing.
makan tak makan pon, dia buat derk jer.
arwah ayah yang betul2 jaga kucing kucingnya.
sakit anta klinik, kat umah, ubat demam, ubat selsema tuk kucing memang ada.

kalau arwah ayah baring kat depan tv, berlongok longok kucing kat dia.
sekarang ni, mak dan adik bongsu yang rajin melayankan kucing2 tu.
tapi kalo sakit, duit aku gak la terbang kena anta ke klinik.

aku heran lar.
blog aku ni tak bole upload gambar lagi, kenapa eak?
ada limit ker?
sapa sapa yang tahu, tolong roger roger kat aku eak.
bagi komen atau emel aku di winda0608@gmail.com
adios.......

May 14, 2010

takde benda yg akan dtg bergolek!!

iyer bukan semua datang bergolek, kena usaha, aku tahu pasal tu, tapi memang mudah bagi yang bercakap bukan mudah seperti aku yang mengalaminya.

pasal apa aku mengarut ni, pasal apa lagi, pasal jodoh la. (sebab aku dah bosan orang asik bertnya)  wei, bukan aku tak nak kawen, tapi aku belum jumpa lagi idaman kalbu, yang betul2 sehati sejiwa, yang bole dijadikan suami sampai bila bila, bukannya yang kawen 9, 10 bulan pastu cerai...

memilih? sapa yang tak memilih! jual mahal? aku perempuan takkan la perigi carik timba, aku masih lagi berpegang pada adat adat ketimuran....

aku paling pantang bila sapa sapa cakap macamni, aku pon tak pernah komen2 pada sapa sapa guna perkataan macamni. iyer, aku tahu memang kasar, tapi aku tak pernah nak komen komen yang bersifat peribadi, hidup kau, kau sendiri yang mencorakkannya, dan sampai bila kau nak hidup di atas nasihat dan kata kata orang!

keras kepala? memang aku keras kepala, sume orang pon keras kepala, kalo tak caya, hantuk lar kat dinding, tengok keras ke tak! lembut hati, kalau orang yang benar benar mengenali aku, korang tahulah macam mane lembiknya hati aku, so mana yang tak kenal tu, jangan adili orang tak semena mena...

aku manusia juga, bila diluka aku berdarah juga, jangan suka mengeluarkan perkataan yang menyakitkan perasaan orang, baru 2 bulan, kau takkan kenal aku sepenuhnya, so jangan suka suka nak mengomen aku, aku memang lar tak menjawap balik, sebab aku hormat pada orang yang lebih tua dari aku...

aku sedih bila dia cakap macamtu, aku terasa sangat, memang kecik hati, tapi takpela, kat sini je mampu aku luahkan...

tak nak menaip lagi, lagi taip lagi hangin....
adios....lom solat asar lagi ni.....
bye....wassalam......

keikhlasan

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. 
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

janganlah kau jadi semut, aku tak nampak kau, kalau ikhlas pun bukan begini caranya. Aku tak tahu lagi macamane lagi nak buat, tak usah ragukan keikhlasan aku. 

May 09, 2010

5 PERKARA ELOK DISEBUT....

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

May 06, 2010

Leceh!!!!!!!111

erm...
hari ni dah mula dah...
semua staf kena sanggul rambut n make up sebelum masuk keja
kalo yang rambut pendek tu, kira selamat lar
macam aku ni, erm...tak bole nak kata apa
so sekarang ni, tak guna la kalo rambut ko teknik rebonding ker, atau perm ker sanggul saja jer...

yup...
kalo ikut rasa hati memang nak potong pendek jer
wei, dorang punya guideline pendek macam rambut Victoria Beckham n Rihanna taw
sampai macamtu sekali...
tapi sayang lar nak potong, baru je perm masa akhir bulan 2..

erm, pasal makeup plak
aku orang yang paling tak suka makeup
ikut mood, kalo ada mood ada lar, kalo takde, bedak jer aku tepek
sekarang ni tak boleh mcmtu
so aku buat yg paling simple jer, eyeliner, blusher n lipgloss
lantak korang la, korang ingat senang ker...

nanti aku nak solat, nak kena bersihkan, pastu tepek balik
kan leceh, susah kalo company bukan orang islam
dorang tak paham punye!!!!

disebabkan hal ni, ramai staf yang pakai tudung
ada jugak yang potong rambut, kalo ikut aku, nak je aku potong rambut cam Jacklyn Victor
stylo tak?...hehehehe.....tapi sayang kat rambut yang dah panjang ni
kalo panjang, ayu sikit kan, kalo pendek dah macam ayup plak.....hahahaha..........
dah lar, banyak plak aku merepek
nak mandi ni, nak siap siap gi keja
nak makeup lagi, pastu nak sanggul rambut lagi....

adoyai.....leceh betul....
adios.........

May 02, 2010

SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR

SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR

Salah satu syarat menyediakan seseorang untuk berzikir ialah berada di dalam keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat-kuat akan perkataan dan ayat yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat-sifat Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dalam kesedaran (tidak lalai). Dengan cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh apa yang dizikirkan. Ia menerima tenaga dan menjadi hidup – bukan sahaja hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di akhirat.

“Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian pertama, dan Dia pelihara mereka daripada azab jahanam”. (Surah Dukhaan, ayat 56).

Nabi s.a.w menceritakan bahawa keadaan orang mukmin yang mencapai yang hak melalui zikir, “Orang mukmin tidak mati. Mereka hanya meninggalkan hidup yang sementara ini dan pergi kepada kehidupan abadi”. Dan mereka lakukan di sana apa yang mereka lakukan dalam dunia. Nabi s.a.w bersabda, “Nabi-nabi dan orang-orang yang hampir dengan Allah terus beribadat di dalam kubur seperti yang mereka lakukan di dalam rumah mereka”. Ibadat yang dimaksudkan itu adalah penyerahan dan merendahkan diri rohani kepada Allah bukan sembahyang yang lima waktu sehari. Tawaduk yang di dalam diri, dengan diam, adalah nilai utama yang menunjukkan iman yang sejati.

Makrifat tidak dicapai oleh manusia dengan usaha tetapi ia adalah anugerah dari Allah. Setelah dinaikkan kepada makam tersebut orang arif menjadi akrab dengan rahsia-rahsia Allah. Allah membawa seseorang kepada rahsia-rahsia-Nya apabila hati orang itu hidup dan sedar dengan zikir atau ingatan kepada-Nya dan jika hati yang sedar itu bersedia menerima yang hak. Nabi s.a.w bersabda, “Mataku tidur tetapi hatiku jaga”.

Pentingnya memperolehi makrifat dan hakikat diterangkan oleh Nabi s.a.w, “Jika seseorang berniat mempelajari dan beramal menurut keinginannya itu tetapi mati sebelum mencapai tujuannya, Allah melantik dua orang malaikat sebagai guru yang mengajarnya ilmu dan makrifat sampai ke hari kiamat. Orang itu dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang arif yang telah memperolehi hakikat”. Dua orang malaikat di sini menunjukkan roh Nabi Muhammad s.a.w dan cahaya cinta yang menghubungkan insan dengan Allah. Pentingnya niat dan hajat selanjutnya diceritakan oleh Nabi s.a.w, “Ramai yang berniat belajar tetapi mati ketika masih di dalam kejahilam tetapi mereka bangkit daripada kubur pada hari pembalasan sebagai orang arif. Ramai ahli ilmu dibangkitkan pada hari itu dalam keadaan rosak akhlak hilang segalanya dan jahil keseluruhannya”. Mereka adalah orang-orang yang bermegah dengan ilmu mereka, yang menuntut ilmu kerana muslihat duniawi dan berbuat dosa. Mereka diberi amaran:
“Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Nabi s.a.w bersabda, “Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya”. Niat adalah asas amalan. Nabi s.a.w, “Adalah baik membena kerja kebajikan di atas tapak yang baik, dan dosa adalah perbuatan yang dibina di atas tapak yang jahat”.
“Barangsiapa hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya pada ke tamannya, dan barangsiapa mahu ke taman dunia Kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidak ada baginya bahagian akhirat”. (Surah Syura, ayat 20).

Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yang akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini tidak boleh menuai di sana. Jadi, bercucuk tanamlah di dalam dunia ini dengan benih yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan juga di akhirat

May 01, 2010

i'm back

assalamulaikum...

hye guys, i'm back...
setelah hampir 3 bulan tak online sepenuhnya.
bukan apa, pc problem, tenet pon problem, ni pon baru lepas selepas org streamyx datang umah, check signal.

lagipun lepas ayah meninggal, aku dah macam dah tak heran lagi nak online.
aku  malas nak call tm tuk maklumkan takde signal, cpu terbengkalai aku tak hantar repair, pada hal masa memang ada, tapi aku leka buat benda lain.
perasaan terganggu, ntah la....
masa banyak terluang ke arah menengok tv dan membaca buku, melayan mak berbual, itu jer...

so bile pikir balik, bil streamyx bulan2 bayar tapi tak guna jadi sampai bila kan? tu yang aku setelkan segala benda....
 
nanti update lagi, aku nak nengok ladang n cafeworld, lama dah tak bukak...
chaau......
adios..........

April 19, 2010

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya olehmalaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada empat yang terang - benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN

April 16, 2010

12 Cara Membina Mahligai D'dalam Syurga

1.Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2.Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3.Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.


Hadis ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menderma dengan harta kekayaan, maka ianya masih berpeluang membina Rumah di dalam Syurga dengan cara tersebut dalam hadis.

4.Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5.Mereka yang memuji Allah SWT akan mendapat sebuah rumah di dalam Syurga

6.Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7.Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.


8.Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9.Pembaca Al-Quran akan berada di dalam Syurga di akhir ayat yang dibacanya, setiap satu ayat pembaca Al-Quran akan dapat mendaki satu tingkat di dalam Syurga.

10.Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis -majlis agama.

11.Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12.Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya.

April 10, 2010

serban hitam

bacalah....

Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi :
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata :
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan o! leh lida h orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain.”

Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu.

Maka berkata tangan :
Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata :
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan k epada roh orang yang beriman itu.”

Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : “Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka.

Si Jin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W. :
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan bersama.
Wassallam.
p/s : Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

April 09, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

bacalah demi pengetahuanmu...ingat ingatlah, dunia hanya pinjaman, akhirat jugalah yang kekal...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut
. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUPSesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

P/S: Disalin dari kiriman email seorang teman

March 25, 2010

majlis aLong....

salam...
entri kedua untuk bulan ni, sememangnya aku dah jarang blogging sekarang ni, ni pon kat cc..
baru jap ni aku nak bukak emel yahoo, tapi aku tak ingat password, gamaknya aku kena buat yang baru, aku biasa guna hotmail jer, senang nak ingat...

bermula hari ni aku cuti 5 hari, erm.... majlis pernikahan along lepas isyak besok malam..
sedih kan... sepatutnya hari ni dah sibuk2 dah kat umah, yelah, majlis persandingan along terpaksa dibatalkan, majlis kat umah perempuan jer diteruskan...
pemergian ayah menjelang besok baru 24 hari...

kad kad yang dicetak memang belum diedarkan, arwah dah janji dengan mak edarkan 15hb, tapi arwah dah pergi dulu... so bila dah bincang dengan adik beradik dan emak, majlis along kat umah tak payah la nak buat, nanti mak lagi tak tentu arah.. aku pun tak jemput2 sapa sapa lagi, cuma budak2 opis memang tahulah along nak kawen sebab aku apply cuti panjang...

itu je yang aku nak update...
nak taip panjang2 pon dah takde idea...
adios

March 19, 2010

separuh jiwaku pergi

assalamulaikum....
lama sangat blog ni tak ber 'update'...
aku pon dah takde idea nak tulis apa2 buat masa sekarang ni.
akupon dah jarang online sekarang ni, ntahlah....
buntu, keinginan duniawi macam dah tak wujud lagi...

tanggal 02hb march, jam 11.15pm, ayah telah pergi buat selama lamanya.
tiada lagi panggilan ayah lagi...
sangkaku masa ayah rebah kat kaki aku tu, dia bergurau, sebab ayah suka bergurau.
tapi bukan, dia sesak nafas, tak sampai 5 minit, tiada denyutan nadi lagi...

aku macam tak percaya ayah dah takde, tapi aku kena redha...
ayah memang tak sakit, malam tu dia bercakap dengan aku mcm biasa jer...
ntahlah,  sekarang ni dah tak sama macam dulu..
dulu aku rasa megah sangat, ada mak, ayah, adik beradik walaupon takde cinta.
tapi sekarang, perasaan tu lain sangat, kosong jer....

tak dengar lagi gurauan ayah, pekik mekik dia...
takde lagi sarapan yang selalu dia buat pada waktu pagi...
takde lagi anak anak kucing yang selalu dia bawak balik kalo dia jumpa kat mana mana tepi jalan atau kat kedai kopi... tak kedengaran lagi dia karoake pagi pagi dengan mak lagi...
semua dah takde, cuma tinggal kenangan jer...

aku dah takde airmata lagi...
hari hari aku teringat kat ayah, setiap detik, setiap waktu...
takde mood nak menaip lagi... 
adios.....

February 27, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD sallallahu alaihi wassalam

''...Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti membuat perhitungan di atas sergala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu…''

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

February 26, 2010

tanPa diraNcang

yup...
lama tak blogging kan...
dah hampir sebulan tak online dirumah
gara gara pc bendul tu buat hal
ntah la...
jangkanya hari ni aku pegi pcworld
nak tengok laptop yang dijanjikan
tapi tutup plak kedai tu
kedai cina tu
sambut malidur rasul ker?
hahaha...

so tadi ikut adik aku pi gunting rambut
so, tiba tiba tepikir nak perm rambut
hehehe....sesajer jer...
nak kembalikan mood gembira aku ni

ntahlah, sejak dua menjak ni
aku moody jer...
dahlah aku susah nak tido
mata terkebil kebil sampai 4 pagi
ntah lar...
aku sampai nak cari pil tidur
tension, sebab tak bole tido

tapi malam tadi ok plak
aku terlelap jam 12.45am
nyenyak, takda gangguan
biasanya aku selalu terkejut
sekali atau 2 kali
alhamdulillah, semalam takde...

malam ni tak taw plak mcmane
harap harap dapat tido lena
pic rambut baru ni tak bole nak upload
memandangkan cpu kong kali kong
so memang tak bole lar..
ni pon aku kat cc...
dah 91minit kat sini...

ada masa nanti
aku upadate k...
adios........

February 21, 2010

kemerenGan......

beberapa hari ni takde mood
cpu anta repair
so tak bole online

blog ni pon dah kurang updatenya
dulu sebulan ada la 20 30 entri
tapi sekarang ni, hampehh...
bulan ni baru 3...
yer, aku bz....

tunggu bulan depan baru tak bz kot
bulan depan aku oustation ke KLUANG
tak lama, 2 3 hari jer...
dah keja, nak buat cmne...

hari jumaat aku restday
11.20am aku dah sampai kat tempat tu
takda orang kat situ
yes, lagi aku suka
aku duk kat bawah pokok
merenung laut
memerhatikan omabak ombak kecil
fikiran melayang layang
banyak benda yang menerjah dalam kapala otak
aku ada snap pic, tapi tak bole upload
aku buat buat wallpaper kat hp
satu jam aku kat situ
termenung.... kosong... ntah....
aku cal ERY, dah lama tak dengar suara dia
sampai ati dia kata dah nak delete no aku
sebab dah lama tak dengar kabar berita
cewah... sori la, lama tak cal...
tapi kat fesbuk kan ada...
bz lar....

ok lar...
tak mood nak menaip lebih...
adios.....

February 16, 2010

ruanG waKtu.....

penat... letih...semua ada
perasaan yang bercampur baur
semua ada
sampai tak terluah
mood aku berubah berubah
kang pagi aku suka suka
tengahari kang dah lain
muka dah monyok
petang plak bosan
malam nanti haru biru

entahlah, 2 3 hari ni
macam macam aku pikir
masa depan, kerjaya, kawan kawan, tawaran
semua berserabut dalam kepala otak ni
kerja yang berlambak lambak nak buat
then, staf plak nak berhenti
ruang rehat aku pon takde


diam... makin diam, makan dalam
paham tak, makan dalam tu apa?
sakitnya, adoyai, memang tak berdarah
tapi sakitnya........... tak bole nak cakap

satu lagi
kenapa kau buat aku macam ni
mungkin sebab kaulah aku jadi begini
hari hari aku dok pikir pasal kau
salah aku ker?
terjebak dalam hal hal macamni...
ntah........
dah...........bla......
adios......

February 12, 2010

upDate......

yesza
dah lama tak update blog
yup, aku bz
takde cuti, keja, keja keja keja!
tambah lagi pc aku kong kali kong
ntah apa lagi yang rosak
modem ok, tapi kuar address not found
waklu!!!!!!!
aku memang dah malas nak angkut cpu anta ke pcworld
dah setengah bulan macamtu jer...

so memang aku jarang online sekarang ni
cafeworld aku kat facebook, my twin yg bukak

bulan ni memang bz bebenor
lepas warehouse sales, CNY plak kan
so kena cover apa yang patut
so gamaknya aku keja dari 31hb jan sampai 18hb feb
non stop, takde cuti...

bulan depan baru tak bz kot
tapi ntah la
awal bulan depan aku kena outstation ke KLUANG
2 hari, jadi trainer
tapi tarikh tak tahu lagi
then ada stock take
erm... 6hb mac, my assistant sudah ada
hehehe, 2 bulan dia maternity leave
dan aku keja macam org gila

adoyai, setiap masa, ada je nak buat
masa mencemburui saya ok...
lepas dia masuk keja
aku nak mintak cuti panjang
hahaha...balas dendam
ala, setakat 4 hari jer
itupon sebab abg aku naik pelamin

ok, apa lagi nak cite?
yer...aku ting tong, kong kali kong...
macam2 lagi, nak jaga hati orang
tapi perasaan aku, aku simpan
sakitnya tuhan saja yg tahu
aku tak dapat nak luah kat mana2
walaupun kat sini
demi menjaga hati dia (bukan kekasih), aku akur saja

tapi sampai bila?
aku tak tahu
kenapa aku terjebak dalam kancah ini?
aku tak tahu
arrghhhh!!!!!!! aku memang tak tahu
korang mesti heran apa yg aku melalut ni kan
ntah....aku tak tahu

dah..........
nak bla.......
adios.......

February 01, 2010

kesiBukkan.........

sekejap jer dah sampai bulan febuary kan
bulan yang bz
warehouse sales abis 7hb
pastu perayaan Chinese New Year
takde rilek rilek, takde cuti pon kecuali offday
kalo ada  cuti pon setakat mc jer
heheheh.... ceh, muka cam aku ni
memang susah dapat mc
walaupon sekarang ni tekak aku sakit
hidung ni penuh cendol
tahan je la

ada apa dengan febuary?
erm...selain CNY, Valentines Day la
tapi kita tak leh sambut kan
chewah..........
tapi kalo setakat dapat bunga....
tak salah kan?
yelah, aku pon tak pernah sambut
single weh...
erm....

hari 1hb
aku ada azam baru
harap2 aku kuat semangat untuk teruskannya
memang payah
dulu aku pernah buat sekali
ternyata berhasil
perlukan kekuatan jati diri dan mental
so kali ni, haruslah berjaya kan
doakan aku eak....

k la
dah banyak melalut
nak makan sarapan
lapo siot
adios.........