April 10, 2009

tANda tANda - iNgAT iNgATLah

by Wyza Ibrahem

TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi,orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak



Saling berpesan2lah sesama kita...
(Sumber dari buletin tagged)

3 comments:

  1. Salam Wyza...
    Sori 4 what happend last week..I tak tau mcmane nak begening my text n tak tau kat ne nak ckp ngan u ok...

    Firstly from my deep of my heart I dah lukakan banyak hati orang..Zara,U & afiz...
    I kat sini secara personal mohon maaf sepuluh jari dgn kata2 yg wat u kecik ati ok...
    I pun dah mintak maaf secara peribadi ngan Zara..on her privet room,u ingat tak yg I masuk panggil zara chat secara privet...so we all dah pun bermaafan n i pun dah lupakan segalanya wlaupun terasa terniang2 kat telinga makian dia..tp tak pelah kkdg terasa fobia lak..this is my worst exp in my life...
    So berbalik kpd kisah kita..i pun mcm tu gak nak mohon maaf secara peribadi gak..coz dah terlanjur u write post pasal maut ni..bkn ape..kita ni tak tau kan bila kita akan pergi..so sblm malaikat maut tiba i nak mohon maaflah sgala dosa I kat u..

    I harap u boleh memaafkan krn "memaafkan lebih mulia dari yg meminta maaf"..
    I pun tak tau what whent wrong..sblm ni kita dok chat dlm room zara..u,I,apis,zara semua hepi..tp disebabkan kesilapan i yg i lakukan membuat teguran kat zara semuanya porak peranda...

    I & apis ada bertemu 4 mata dan discuss about my fault..so I rasa dia tak bersalah dlm hal ni..niat dia sgt baik & suci...utk memperbaiki keaadaan...cuma masa nya mgkin tak tepat...so maybe zara pun mrh kat dia krn menyebelahi i...tp yg sbenarnya dia tak memihak mana2..wayza..

    Kita org adalh plan nak kumpul ramai2.zara,u,apis,dylan,pensil,nang n chat room friends mane yg berdekatan ibarat sebuah keluarga bila zara balik M'sia nanti...
    But the thing is now zara pun dah marah kat apis shgga apis kecik ati nak joint room dia..ini semua salah i..salah i...

    Ya tuhan ampunkanlah dosa aku hamba mu yg kerdil ini...

    I harap u dapatlah kumpul kembali persahabatanm yg dah terjalin walaupun tanpa I...kesia kat apis,,krn I dia rindu nak joint chat dlm room tu...

    I harap u jgnlah salah anggap apa yg I luahkan ini ok...bkn lah I nak simpati u tp utk meringankan kekesalan yg telah I lakukan..tlg fahami keadaan i yg bersalah,serba salah dan bermcm2 lg...

    Assalamualaikum

    Mr X aka Fiz M

    ReplyDelete
  2. to Mr X aka Fiz M,
    Wkmslm..
    benda dah lepas tak payah nak igt2 lg..
    biarkan ianya berlalu k..
    Kita semua dah saling maaf memaafi..

    ReplyDelete