Sesuatu yang indah berlaku hari ni. Pertemuan dengan sahabat yang terpisah seketika, bertemu kembali disini. Airmata tumpah juga kerana terlalu gembira sangat, tak terkata seketika… Dan tak sangka juga, hari ni rahmat dariNya… Sebenarnya aku memang keja hari Khamis, off hari jumaat, tapi exec lain mintak tukar off dengan aku, sebab dia nak gi solat jumaat esok. Biasa la, keja swasta ni susah nak dapat perlepasan, walaupon nak gi solat jumaat.. Biasalah, bos Chinese
Kau tahu tak, dah sebeban rindu ni aku tanggung… aku pon tahu kau pon rindu kat aku
Aku tahu kau ada, tapi aku tak tahu kau dimana… Aku memang selalunya disini, menunggu saat tuk bertemu…tak kira la berapa lama aku terpaksa menunggu, aku tak pernah jemu, kerana diantara kita ada sesuatu, sesuatu yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata kata… Aku hanya ada emosi, apalagi lagi yang tinggal untuk diri ini… Hanya sekeping hati…
Aku sememangnya setia, setia pada kekasih, setia pada sahabat…
Aku memang lurus bendul kadang2 tapi aku tak bodoh, janji tetap janji, itu yang aku pegang selama hidup… Aku tak suka dipaksa, tapi kadang2 memaksa, tapi itu memang aku… Aku tak hipokrit… Aku memang jujur, tak pandai bohong, tapi kalau terpaksa, aku bohong sunat la…
Aku tak suka dipandang, sebab banyak yang memandang, banyak pula umpatnya namun aku suka pula memandang, memandang dengan penuh makrifat, agar kutahu segalanya, dapat kubaca segala isi hati segala sifatmu, bak kata pepatah “sekilas ikan di air kutahu jantan betinanya” aku mahu jadi seperti itu namun kadang2 aku buta menilai sesuatu perkara yang mungkin orang lain ambil kesempatan diatas kealpaan itu…tapi aku rela, aku rela diperlakukan seperti itu, kerana asal dirinya bahagia aku tumpang gembira……..
Aku sebenarnya memang kaya dengan emosi, mudah menangis kalau tersentuh dengan sesuatu perkara, mungkin korang rasa aku ni lembik, tapi sebenarnya aku ni ntah la…. Kawan kat tempat keja cakap aku lain bila disini, kiranya
Aku rasa aku dah terlebih melalut ni, dah lari dari tajuk
Dan last sekali, tuk kawan aku tu, kalo kau baca entri ni, thanks for today, u really did something for me.. really appreciate it… Aku sayang kau with all my heart… Ko nengok aku tulis mcmni pon, dah meleleh air mata aku ni….Miss u dear… Muaahhh…
Indahnya ayat bila di baca, pedihnya hati bila terkenang rindu yg tak bertepi, tapi betul kata kau, bicara hati memang tak dapat diungkapkan bila hati mula berkata- kata.
ReplyDeleteSendu..
Sakit
Rindu..
Pedih..
Malu..
Ingin...
Semua itu di adukkan menjadi satu..
Indah bila hati kita kembali menjalin, aku rindu.
sendu-bila kau tiada
ReplyDeletesakit-bila kau menghilang
rindu-memang kau dirindu selalu
pedih-hanya tuhan saja yang tahu
malu-tak usah begitu
ingin-kau selalu disisi menemaniku