Malam tadi chat dengan Dylan, erm..dia cite pasal kiamat... seram la jugak bila dia cakap pasal kiamat.. Katanya, kiamat bakal berlaku pada 21.12.2012, hari jumaat, seperti mana yang dia tonton di History Channel... Tak tahu la benar ataupun tidak, tapi katanya kita semua ni kena beringat ingat, dan dia sekadar memberi pesan. Dylan jugak yang suruh post pasal kiamat ni...
So info yang bakal korang baca dibawah ni aku ambil dari dalam laman web yg ada dlm tenet la...
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis :
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah berrsabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Bagindamenyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukanBaitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zamanmereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahanmuka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bilahal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalelabunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengantetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataankeji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orangyang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidakmengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang b*d*h dan hina). Maka orangyang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit olehdua orang mulia" -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita danapabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmenggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yangdatang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernahkamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamusebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - RiwayatAhmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembalimenjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
1.. Asap
2.. Dajjal
3.. Binatang melata di bumi
4.. Terbitnya matahari sebelah barat
5.. Turunnya Nabi Isa A.S
6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.. Gerhana di timur
8.. Gerhana di barat
9.. Gerhana di jazirah Arab
10.. Keluarnya api dari
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
Jadi, beringat ingat la sesama kita dan saling berpesan pesan... Amin...
No comments:
Post a Comment