May 15, 2009

hATi DaN PeRaSaaN...

by Wyza Ibrahem

Hari ni aku jiwang sikit, berkelana melayan perasaan,tak tahu kenapa, teringat akan seseorang sambil melayan lagu Taman Astakona kat tagged aku... syahdu tuh...

Erm, kata kata ni aku dapat dari tagged aku, dah lama aku embed kat tagged, tapi tak ingat mana aku dapat, so aku post kat sini... Aku ada tulis ulasan kat bawah tu... Cuba baca....


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
ulasan aku...
(sesungguhnya memang sukar melupakan dirimu, mencintai bukan bererti memiliki, tapi membiarkan orang yg dicintai hidup bahagia...)


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
ulasan aku...
(itulah yang dipandang oleh manusia sekarang ini, kecantikan diri..., namun kecantikan itu sendiri bukan ada pada diri semua orang, cuma segelintir yg memilikinya... adilkah dunia?, hati yang cantik tak dapat dinilai oleh manusia..., hanya rupa menjadi taruhan... kata kata hanya dapat menenang jiwa namun dapatkah mengubat hati yang luka...)


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
ulasan aku...
(bila kita membayangkan diri berada didalam keadaan orang lain, akan terasa juga beban perasaannya... kita cuba menyusun bahasa, mengulit kata tuk tenteramkannya... namun bahagia yang diintip derita, mampukah kita hadapinya..., tepuk dada tanya rasa....)


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
ulasan aku...
(kebahagian..., siapa yg tidak mahu bahagia, perlu ada tangisan tuk memilikinya..., cinta bermula dgn pandangan, mekar dengan sentuhan, namun tak perlu berakhir dgn tangisan...)


Sekiranya cinta itu hadir membawa kemanisan, madu terasa hidup ini namun sekiranya cinta itu pergi membawa tangisan.... hanya kenangan mengubat kerinduan...

No comments:

Post a Comment