by Wyza Ibrahem
Fuh, sms ni dah lama aku dapat, saja nak publish kat sini...
baca eak... bermakna tuh..
kata nenda kawan umpama lebah, ada madu ia muncul...
kata bonda kawan bagai kumbang, habis madu terbang pergi...
kata ayahanda kawan cuma merpati, disiul mungkin datang...
tapi aku bukan seperti itu....
aku mahu jadi kemboja yang memberi rendang pada pusara dan menabur wangi atas bumi....
walaupun aku tak mampu jadi matahari mengeringkan ikan dijemuran....
tapi aku tak mungkin akan jadi lalat yang merosakkan...
Ingat tu, aku tak nak jadi lalat, aku nak jadi pokok kemboja... faham tak...
Persahabatan yang disulam dengan keikhlasan dan kejujuran, manisnya lebih dari madu, dan jika persahabatan itu dinilai dari sudut perasaan, indahnya lebih dari percintaan....
Dan andainya itu tak dapat diberi oleh seorang sahabat, apalah ertinya persahabatan....
Walaupon kau tak menghargainya, martabatmu sebagai seorang sahabat tetap tinggi dalam hati ini...
No comments:
Post a Comment