by Wyza Ibrahem
Hari ni, aku agak emo sedikit, airmata tumpah juga.. ntah la... Tapi kenapa? kenapa ada manusia yang macam ni. Aku sedih, sedangkan kau seorang sahabat juga, tapi kenapa kau buat aku macam ni. Apa salah aku. Sebab tu aku selalu memilih memendam rasa, kerana bila aku meluah inilah jadinya. Apa yang aku cerita perlulah jadi rahsia, tapi kenapa pula dihebahkan. Aku cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hati, agar rasa kurang beban dihati. Tapi, engkau pula menyampaikan pada orang itu, apa muslihat kau... Gunting dalam lipatan ker kau ni...
Bila rasa itu menyelinap dalam diri aku, apa yang kau rasa, bersalah ke diri kau, atau kau ni memang betul betul kayu. Tapi demi menjaga airmuka dan perasaan seorang sahabat iaitu dirimu, aku terima segalanya, aku rela dan redha. Biar aku terhiris asal kau bahagia. Memang, airmata itu peneman setiaku, kerana itu saja yang aku ada ketika ini... Memendam rasa, apa lagi yang aku ada... Dan bila perkara sebegini terjadi, sesiapa pon aku susah nak percaya lagi...tapi sampai bila akan sebegini....
Aku juga seorang teman, perlu seseorang untuk meluah... tapi ntah la, mungkin meluah pada kawan lelaki lagi baik dari kawan perempuan... betul ker, tapi itulah yang aku rasakan...
Sesungguhnya aku memang pendengar yang setia, meminjamkan telinga tuk mendengar luahan teman teman tapi pada masa yang sama aku juga perlukan sesorang juga tuk berkongsi rasa, tapi siapa.... Memang la sunyi bila hati tak berpenghuni, tapi lagi sunyi bila tiada teman disisi... dan tambah lagi bila dapat teman sebegini....
Sesungguhnya, apa yang terjadi memang terkesan dihati....
No comments:
Post a Comment