June 19, 2009

kATa KATa PuJaNGGa...

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan
yang baik untuk
bertindak"

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini,
tetapihari ini masih boleh

mengubah apa yang akan
terjadi pada hari esok."


"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang
hadapi dengan
cemerlang."

"Jatidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada
pujian semata-mata,
kadang-kala kejian juga."

"Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."

"Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."

"Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia
kering dan basahan
tawakkal bakal
mendingin di ruang tekak."


"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari
setelah ia meninggalkan
kita, dan kala itu
kita hanya pasrah."


"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan
merasa senang, ingatlah
suatu masa nanti
mungkin semua itu akan sirna."


"Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat
menghasilkan karya yang terbaik."

"Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan
mengupas kepahitan."


"Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."

"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini
kita tidak berusaha mencapainya."

"Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya
kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita
sayangi beroleh bahagia."


"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."


"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat
dunia yang
mengiurkan."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak
cantik ia tetap mempunyai
sejuta maksud."


"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak
merancang adalah
merancang untuk gagal."

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu
dihukum kerana
sengaja lupa."

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya
semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."


"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian
di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada
kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum
dengan adil,
mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud,
mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang
yang beruntung! Kitakah mereka itu?"


"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan
bekalan untuk
meneruskan perjalanan?
Kerana kita cuma ada satu persinggahan."


"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang."

"Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

"Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan
kegagalan
yang pernah
ditempuhinya."

"Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban
perkara-perkara yang kecil."

"Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah
diri sendiri."


"Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."

"Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."

"Hidup ini adalah keputusan diri sendiri."

"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti
memberikan orang lain peluang."


"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini
bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."


Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak mampu
untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu

untuk dia mendidik orang lain."

"Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat
tohmahan, maka
janganlah dia mencela orang
yang buruk sangka terhadapnya."


"Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."

"Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain,
tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang

semua manusia patut miliki."

"Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."

"Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak
akan disayangi"


"Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya
tidaklah ia
mengetahui."

"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana
melakukan
perkara yang bodoh."

"Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."

"Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya.
Jangan kau tangguh
kerja hari ini untuk esok hari!"

"Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam,
walaupun lautan
itu tidak bergelora."

"Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang
berfaedah."


"Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan
terus mengalir."

"Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman
umpama
menggenggam bara api yang menyala.
Kitakah mereka itu?"


"Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."

"Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat"

"Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."

"Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."

"Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna."

"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal
tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab
yang kukuh untuk berjaya."


Imam al-Ghazali berkata: "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab,
sedang MALAS adalah racun

yang sangat berbisa."

"Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan
oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya
dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"


"Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula
mereka memilih
untuk merangkak sepanjang hayat."

"Kemenangan bermula dari dalam diri."

"Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak
kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah
sekiranya kita tidak bangun semula."


"Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa
(gembira)
kerana kerinduan."

"Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi
apa yang kita
laksanakan itulah yang mengubah kita."

"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi."



sumber disini...

5 comments:

  1. huhu..thanks syima sbb bg kte award...terharu u..

    ReplyDelete
  2. aku baru bagi kat ko award tu...syima dah bagi ropanyerr.....tak pe la...ko taruk je la kat umh ko nih...apa n3 ko panjang sangat ni...kelilau mata aku baca...

    ReplyDelete
  3. sue..
    erm, syima ada bg award, kalo ko nak bagi bole gak...huhuhu...
    panjang eak, aku tengah practise nak tulis buku sejarah, so ni baru mukadimahnya....
    hua hua hua...

    ReplyDelete