June 01, 2009

mATa....

by Wyza Ibrahem

Erm, mengikut teori program meurolinguistik (chewah, cam professor plak aku eak), daripada gerak geri mata seseorang, kita bole taw apa yang difikirkan.




Mengikut pakar pakar teori ini :-

1. mata yg memandang ke kanan atas menunjukkan kita sedang cuba mengambarkan kejadian yang tidak pernah kita lihat.

2. mata yg memandang ke kiri dan ke kanan menunjukkan kita sedang menggambarkan kejadian yang pernah kita lihat.


3. mata yang ditengah tengah tetapi menjeling ke kanan menunjukkan kita sedang membayangkan bunyi yg tidak pernah kita dengar.


4. mata yg ditengah tengah tetapi menjeling ke kiri menunjukkan kita sedang membayangkan bunyi yg pernah kita dengar.

5. mata yang memandang ke kiri dan ke bawah menunjukkan orang itu sedang bercakap dengan dirinya sendiri.


6. mata yg memandang ke kanan dan ke bawah menunjukkan orang itu sedang merasakan pelbagai sensasi, seperti perisa, sentuhan dan perasaan.


7. mata yang berada di tengah tengah tetapi tidak terfokus, menunjukkan orang itu sedang cuba melihat gambar gambar di dalam otaknya.
(ni salunya aku la, teknik imbas kembali kan, alah imbau kenangan mengusik jiwa tuh , huhuhu)

Amacam, betul tak? Aku dah cuba dulu.. Memang betul la.. tak pon masa korang baca pastu cuba.. Artikel ni aku dapat kat buku yang aku belidulu , dah lama, 8 tahun lepas. Tajuknya "Seni Bercakap Cakap Dan Berbual Bual". Ntah mana la plak aku humbankan buku tu,semalam aku cari tapi tak jumpa. Esok aku nak cari lagi. Ni pon aku jumpe diari aku, sebab aku pernah salin dulu.

Best buku tu, macam macam ada, bahasa suara, bahasa mata, bahasa tubuh, bahasa yg tak geti bahasa, hahaha.... yg ni takde la, aku tambah jer...

Bukan tulisan je ada seni tau, bercakap dan berbual pon kena ada seni, baru ada kualiti, sebab tu aku ni suka nau bercakap, nak pamer seni la katakan... hahaha... seni silat tak taw la plak...
Cuba korang tengok pakar pakar motivasi bercakap, kan berseni. Nak dengar pon seronok kan. Intonasi suara yg memikat, sebab tu la korang tak borink dengar...

Contohnya Dr Fadilah Kamsah, dengar selalu pon tak borink kan.. Contoh satu lagi, akulah, korang tak borinkkan baca pe yg aku tulis ni, sapa yang selalu cal aku, atau cakap dengan aku.. tak borink kan. Hahaha, perasan lebih la lu minah... Macam Echa ckp,(staf aku ler) "borink la akak takde", huhuhu, nilah la yang aku nak dengar selalu ni...


Ok la, aku nak titon ni, dah kol 2.09am ni... Esok kembar aku n suami dia dan 2 prebet (anak buah) dari jb balik cni. So, tak dapat la aku nak posting n online.. Buntu beb, buntu tak dapat online tapi hara ler melayan karenah Ammar dan Anis ni. Tak taw berapa lamer diaorang kat cni....

Adios beb.. chau dulu eak...

No comments:

Post a Comment