aku mungkin bukan sesuatu pada dirimu, tapi kau adalah sesuatu dalam hidupku, kasih seorang sahabat ni tak pernah berbelah bagi... tapi mengapa aku selalu diperlakukan begitu... kau selalu mengambil kesempatan walaupun aku tahu niatmu. namun sakitnya kupendamkan saja...
*mungkin bait bait lagu ni yang mampu menceritakan segalanya...
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri
Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku
aku bukan berdendam, cuma meluah disini apa yang terbuku dihati. tiada niat untuk menyakiti perasaanmu, tapi aku juga insan biasa yang punya perasaan yang perlu kutenangkan, meskipun disini hanya dapat kuluah namun bukan semua rasa itu akan hilang, cuma dapat melegakan seketika... dan mungkin tiada siapa yang mampu memahami diriku... wujudkah insan itu...
No comments:
Post a Comment