Betul menyakitkan hari ni.. Tengah aku dok menaip tuk posting award tu, ayah panggil, dia kata cermin keta aku retak... Masa tu dalam kol 11.20am. Adus...bergegas la aku keluar, memang sah, retak berjuta juta beb...
Angin la aku masa tu, adik, mak, ayah, dah jiran aku pon ada tengok. Mamat nepal dua orang tu terpinga terpinga. Dia pon bodoh+bangang, dah tahu keta aku park kat ctu, napa dia mesin rumput yang ada kat keta aku tu. Dah batu batu melayang, dan cium la kat cermin tingkap keta belah kanan tu. So keluar la statement aku yang cenngini.. "Woi, ko ni bangang ker, ko tak taw kat cni ada keta, yang ko nak mesin rumput kat cni, kenapa!!! pkai la sabit, ko nak pasu ni naik kat kepala ko tak"... Pasu bunga mak aku tu banyak tersusun ni, pilih je mana satu yang nak aku hentakkan kat pala ko...
Seb baik ada tinted, kalo tak, mmg dah berderai tu. Dah tahu kat ctu byk keta, pakai sabit la, napa nak pakai mesin rumput. Adik aku cakap jangan bising2, wei!!!! bukan keta ko yang kena, keta aku, duit poket dah nak melayang ni. Memang masa tu mulut aku tak henti henti mengomel kat mamat nepal tu, paham tak paham aku tak taw la, tapi dia terkebil kebil la tengok aku sementara tunggu kawan dia yang pure melayu datang tuk explain la.
Bila dia datang aku sembur la, dia kata diaorang hanya buat keja diaorang... Wei bangang, aku tau la, kalau dia tahu keja dia, tapi tak pakai otak ker, sekurang kurangnya masa dia nak mesin tu, beritahu la kitaorang, aku bole alih la keta aku kat tempat lain. Ni bukan first time berlaku, dah 3 kali. 3 minggu lepas pon sama, keta kwn adik aku, park depan umah aku, pon sama, cermin belakang lagi... Dan beberapa bulan lepas, keta jiran aku, cermin depan gak... Abis camne... tak terjawap la dia...
Dia kata kena buat laporan polis, pastu gi ke kedai cermin keta, buat, then resit bagi kat company dia baru bole claim... Hah...maknanya kena pakai duit aku dulu kan.. Pastu dia kata tunggu penyelia datang. Aku nak keja lagi hari ni, shif petang plak, aku cal personel, inform diaorang masuk halfday. Ok settle... Tapi dia ada bagi no phone penyelia dia, Encik Zarul.
Talk lama pastu penyelia dia datang. Dia tegur mak aku, aku yang terpacak berkain batik ni, dia buat tak nampak je.
dia : makcik, keta makcik ni eak..
aku : keta saya...(jawap aku dengan keras)
dia : ok mcmni...pon tak sangka benda nak jadi...
aku : apa tak sangka, tak nampak banyak keta kat cni, awk suh dia pecahkan semua cermin keta kat cni, kan baik...(ada 5 keta kat kawasan ctu)
pedulik apa aku, hati dah sakit kan, dia pon cam nak balas balik apa aku cakap, aku terus...
aku : mak, tanya apa yang patut kat dia, orang malas nak layan orang mcmni, orang nak mandi, nak siap siap gi balai polis..
Dalam kol 12.15 aku bertolak gi balai polis banda hilir dengan adik. Dekat je dengan umah aku, 5 minit dah sampai. Tapi tak bole buat laporan, sebab ada orang tengah buat laporan pasal kes along, aku kenal gak orang tu, sekampong kan...
Lama gak tunggu, aku dengar cite dia, mcm aku nak tolong je dia cakap, nak buat laporan tapi tak taw itu ini. Memang memanaskan ati aku, aku tak suka tunggu lama lama... bayangkan kol 12.20pm sampai, kol 12.55pm baru bole buat laporan, lama kan aku tunggu... 35 minit...
Tapi yang ni buat ati aku sejuk sikit, polis perempuan tu kata apa, Dik, mintak ic... hahaha...adik, dah lama tak dengar orang panggil aku adik, adakah disebabkan aku dah ada fringe ni, baru orang nak panggil aku adik...hehe... dulu orang tua dari aku pon panggil aku akak taw...
Dia tanya, no phone, keja apa.. Aku cakap la Floor Executive, dia kata bahasa melayu pe eak... Aik nak tanya aku lagi ke? Dia kata pegawai akaun ke, atau pegawai pengurusan... Aku kata tulis je F. E la, kan senang...F. E tu kalo di melayukan jadi la PEGAWAI LANTAI....hahaha, tol tak... Dia diam jer... Dah siap, dia suh aku semak, aku betulkan sikit yg terkurang tapi aku tak perasan satu benda ni...
Lepas dah siap, aku pon dah masuk dalam keta, baru perasan nama aku dia tulis bin ibrahem, tp dia betulkan dengan pen...Nama aku cam lelaki ker. Pastu, dia eja salah executive, dia tulis executiv, then kat slip bayaran, binti ibrahim...adoyai...banyak salah tu, dia sekolah sampai tingkat berapa eak... sebab dia pandai sangat mengubah yang tak patot... Macam satu pepatah ni "Sekolah bertingkat tingkat tapi bodoh bertepek tepek", hahaha, pernah dengar tak??
Then gi ke Cheng, ibu pejabat nepal tu la, jalan plak jam, hari sabtu kan, biasalah. Dah sampai, guard tu kata separuh hari, semua orang dah balik. Adoyai, berapi gamaknya... Aku cal Encik Zarul, tapi lain plak statement nya, dia kata hari isnin datang sebab nak ambik gambar pastu buat cermin tu, resit bagi kat dia baru bole claim...Rumit kan...
Si Arul, kawan adik aku tu pon tak dapat lagi duit claim lagi. Dah 3 minggu tu... So camne.... Kena tunggu hari isnin la.. Siap ko, aku dah siapkan pertanyaan ni.. Aku nak mintak cash, kalo tak dapat pon korang dengar je la aku berhujah nanti, tersentap sentop ker, korang punya pasal, sebab korang kan carik pasal dengan aku, kasi susah aku, aku nak gi keja pon susah...
Sebabnya, adik aku ambik aku lambat, dan pesan berapa kali pon dia mmg lembab. Aku plak jenis tak suke menunggu lama, panas je ati aku ni, dan memang tahap kesabaran aku amat tipis, lagipon aku tak buat orang tertunggu tunggu , sebab tu aku tak suka menunggu... Aku ni jenis yang pantas, jalan pantas, buat keja pantas, cakap pon pantas sampai orang pon tak bole nak paham apa aku cakap, kena ulang...tapi kalo dah biasa tu... paham la, satu lagi, marah orang pon pantas gak, hahahaha..
Satu je tak bole nak pantas, kawen...hahaha...ni lambat la plak...huahuahua... Nevermind, antique tu high value kan... hehehe...
So masok keja kol 6pm, lom sempat simpan handbag, dilaporkan barang di bahagian aku hilang..... So.... apakah perasaan aku masa tu... Macam macam rasa... Bukan sikit, dua ribu tu valuenya....
Ermm...ting tong jap... Banyak benda nak kena follow up...
Adios....
No comments:
Post a Comment