July 31, 2009

peNat sanGat & asaM pedaS

hari ni aku penat sangat, sebabnya kawan kawan kat mp request nak makan rendang ayam dan asam pedas ikan pari, ceeettt, bukan aku masak, mak aku la yang masak. so kena siapkan 60 bungkus nasi dan lauk tu.

memang penat beb, sebab kat umah ni ada aku, ayah dan emak...
aku tobat, lain kali tak nak buat lagi. terbanting nyawa aku. sampai aku tak sempat makan. tengahari tak makan, malam ni pon aku tak makan lagi ni hah. aku dok makan tembikai ni, adik aku beli tadi.

ok, citer pasal asam pedas ni, erm...orang melaka ni memang pandai masak asam pedas, aku bole masak gak, tapi tak sedap la macam mak punya. mak masak memang superverb, bukan aku cakap, semua orang yg pernah makan akan cakap. dan aku hanya makan asam pedas mak aku sahaja, aku tak pernah melantak asam pedas kat mana mana kedai makan....

sebabnya, aku ni memang tak makan ikan kuah. pelik tak? apa jenis kuah pon, masak lada ker, lomak cili api ker, kari ker, segala bagai kuah ler. cuma satu jer ikan kuah aku makan, iatu ikan pari....hehehe...tapi sejak mak aku dah jual asam pedas ni, walaupon dah 3 bulan, tak pernah sekali pon aku makan.

sebab apa aku tak makan ikan kuah? ayah aku penjual ikan ok. so,lidah aku ni ada alergic dengan bau hanyir ni... aku kat umah cumamakan ikan goreng jer, tapi ikan bakar pon aku makan beb...
kalo semua tak bole makan, hilanglah sikit nikmat hidup kan..

pernah sekali kawan pernah suh aku rasa asam pedas yg dia makan, tak nak jauhkan hati kawan kan, aku rasa la...hanyirnya, ya Allah, tuhan saja yang tahu, tak kosek dengan asam jawa ker? aku terpaksa kolom limau sambal tau, tuk hilangkan hanyir tu...


sambung balik...tadi tengok citer nur kasih...makin lama, makin sedap plak...
dah makan dah, keuhtiaw goreng dan air asam boy ais, adik beli kat kedai tadi...
bagos gak dia ada kat umah ni, bole jadi hamba aku gak...heheheh.....

citer pasal asam pedas ni, orang negeri lain mungkin ingat ada asam pedas ikan jer. ada yg lain gak, asam pedas tetel...hehehe...tapi mak aku, macam macam asam pedas dia masak kat umah ni, naik jelak aku makan. dulu masa aku kecik la, kiranya bawah umo 18 tahun la, seminggu ada la 5 atau 6 kali asam pedas je lauk hari hari. ikan tukar tukar la...

asam pedas yang dimaksudkan itu ialah, asam pedas ayam (mmg sedap benor), asam pedas daging (yang ni lagi terliur), asam pedas ikan masin (tak minat), biasanya ikan kurau la tapi ikan lain bole gak, asam pedas kobis asin (kurang menambat ati den), asam pedas ikan kembung letak kacang panjang (makan kuah jer), asam pedas ikan parang + sayur sawi (yang ni mmg konfem tangkap leleh).

macam macam la resepi asam pedas mak aku ni. bukan semua asam pedas tu caranya sama bila nak masak taw. bahan pon ada lain sikit. kalau asam pedas ayam dan daging, ada letak lengkuas taw, yg ikan takde plak. asam pedas ikan pari lebih sedap dimasak kalu letak daun kesum.

wei, citer pasal ni, terliur aku plak.

sebenarnya bukan semua ikan bole masak asam pedas, dan rasa asam pedas setiap ikan adalah berlainan. asam pedas ikan yg aku suka ialah asam pedas ikan parang, kalo ada telur ikan parang, masak sekali, memang best.

dah la, kalo nak citer pasal asam pedas ni, memang ber bab bab nanti....
chau la...

adios....

July 30, 2009

aDaKah....


adakah kerana kasih aku sayang
adakah kerana kelu aku bersendu
adakah kerana dirimu aku begini
adakah kerana diriku engkau pon begitu
adakah cinta bila benci
adakah suka bila duka
adakah wajahmu bila kupejam mata
aku buntu

kaDang kaDang tanPa seBab !!!

kadang kadang tanpa sebab
aku akan benci dengan seseorang
korang macam mana
aku macam tu la
tengok muka diaorang pon
aku menyampah
padahal diaorang tak buat apa apa salah pon
dan aku percaya
bukan dengan semua orang
aku bole berbaik baik
kadang kadang memang tak bole ngam la
diaorang kata aku cerewet
ntah la
tapi memang pon



aku tak suka cakap aku dilawan
aku tak suka bila aku bercakap
dan diaorang pon lorat nak cakap
aku tak suka kalau aku cakap
tapi diaorang tak dengar
pastu tanya apa yang aku cakap
bengang tak
itu jam rasanya kasut aku ni
nak terbang kat muka dia

aku tak suka bila aku tengah bercakap
diaorang pandang tempat lain
atau
tak pandang kat aku
itu namanya kurang ajar
dan kurang berminat apa yg aku nak cakapkan
sebab kalau aku la
orang bercakap dengan aku
aku mesti pandang matanya
barulah tahu dia jujur ker tak kan
mendengar itupon satu komunikasi beb

sebenarnya banyak lagi aku nak taip,tapi memandangkan besok aku keja pagi dan kena masuk awal, sebab bukak pintu, so aku nak tido la ni. Aku ni memang banyak pantang larangnya, itu tak boleh, ini tak boleh, kadang kadang kolot, tapi tu aku kan. Aku ada sebab musabab kenapa aku macamtu.

beb, aku pon manusia, memang tak sempurna....
Adiosss...









July 29, 2009

peRaSaaN beNci meLuap Luap


tak tahu kenapa
moody sangat
perasaan benci meluap luap
pejam mata rasa serabut
bukak mata aku mengeluh
kenapa dengan diri ini
sidia sms
aku tak balas
tak tahu kenapa tak nak balas
semua rasa ada pada waktu ni
sedih, pilu, celaru, bingung
benci, sendu, menyampah
semua sarat dalam kepala ni
aku perlu waktu
waktu untuk sendiri
waktu untuk aku tenang
sapa yang bole buat jiwa aku tenang
saper
ery tolong i
tolong tenangkan hati i

July 28, 2009

7 pErKaRa GanJiL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 "Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6 "Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 "Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut. "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

bReaKing News 2...

hari ni sama gak macam semalam
masuk keja kol 1.30pm
air dah surut
aku malas nak snap gambar

tapi yang kesiannya
aku jumpa anak kucing terbonkang
memang haritu aku nak bawak balik
aku dengar dia mengiaw
tapi aku cari tak jumpe
masa nampak tadi
sayu sangat hati ni
maafkan saya yer kucing

masa nak masok tadi ada bomba
tengah sedut air dari pembetung
tapi kat dalam suasana tempat keja masih gelap
lampu kecemasan memang tak menyala lagi
panas yang teramat sangat
aku tak masuk ofis sebab memang gelap sangat
tak nampak apa apa pon
jaga staf entrance
pastu gi dept
awasi apa yg patut

tepat jam 2.40pm
bos buat pengumuman
memang kena tutup juga
TNB tengah buat keja lagi
besok bukak cam biasa
pukul 3.00pm rekod masa keluar
pastu bla la

untung kan
hehehe, masuk keja kol 1.30pm
balik kol 3.00pm
hehehe....
adioss...

leWat sebuLan.... bonGok la wei!!!

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet.... awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ......"
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye....ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" (hahaha... lawaknya)



suami dan isteri ???????????? ???????

Sengal tol la suami dan isteri tu.... Tanya la betol betol kan...

(sumber dari my twin)

July 27, 2009

bReaKing News...

Hari ni keja petang, memang dari subuh ujan tapi tak lebat la, tapi cuaca mendung jer.
Ntah la, hari ni tergerak plak tak nak drive, lagipon nak hantar abang aku gi keja, so adik aku la yang drive. Tiba kat simpang empat Peringgit, jalan menuju ke Ayer Keroh ditutup, air dah naik kat situ. Tak sempat aku nak snap gambar.

Bila sampai tempat keja, aku lagi terkejut, korang tengok jalan tu. Tulah laluan aku balik keja. Sampai jer, aku jengah kebawah. Kiranya aku cam berdiri atas tebing la...
Aku masok ofis guna jambatan tu, nampak tak? Dorang cakap air mula naik kol 12lebih..

air sampai paras dada ni


biasanya masuk keja melalui pintu nun disana,
nampak tak tiang tu, motor motor telah dialihkan,
dorang bwk naik atas, kat sebelah tiang tu ada takung biru,
kat situ la grand livina ditenggelami air paras tingkap,
dan staf2 telah tolakkan
ke tempat lain...
cian kwn aku, menangis dia beb, bengkak aku tengok
mata dia tadi
.


aku snap dari jambatan, sapa yg parking keta guna
spiral tu,
konfem mmg tak bole kuar,
kecuali la
air surut...




ni laluan nak gi foodcourt



parking kat dengan cold storage.
aku dengar cold storage naik air. masa ni ada keta lagi,
tapi jam 4 petang dah kosong, tak sapa berani park lagi.


So bila masuk kedalam bangunan, gelap gelita, elektrik semua takde, padam. Aku pakai la lampu hp tuk naik ke ofis, masa ni store masih tak tutup lagi. Lampu kecemasan ada, tapi tak terang sangat. Dan keadaan macam ni memang bahaya, takut ada pelanggan ambik kesempatan tuk mencuri.

Difahamkan, generator complex terbakar, dan akibatnya semua sistem elektrik tidak berfungsi. Semua tenant tenant tutup hari ni. Tapi masa ni store kitaorang tak tutup lagi, kena tunggu keputusan dari HQ.

So hari ni memang tak bole buat apa,. Melangok je kat selling floor, perhati orang dan staf staf.
Staf pon bukan semuanya jujur, time camni la dorang nak buat projek. Tangan ni penat asyik menyuluh jer.

Jam 3.45pm, bos buat pengumuman, terpaksa tutup hari ni. TNB sedang berkerja keras untuk memulihkan keadaan. Besok cam biasa kena keja, tapi aku tak taw la air tu surut ke tak. Tapi tadi aku ada nampak lori sedut air dah sampai.

Memang kena sedut, sebab puncanya ialah dari air dari atas bukit turun ke jalan, dan sistem perparitan plak tak bagus, dengan kata lain longkang kecik la sangat, so takde kemana der air tu. Memang tak bole surut punye.


snap dari jambatan



staf dan promoter menunggu tuk balik masa ni masih
renyai renyai lagi, seb baik ada tempat berteduh.



lori baru sampai, nak sedut air ni



ada orang tu, tersekat tak bole keluar, knp la
dorang tak anta bot eak, sampan pon ok gak..



puncanya...
nampak tak air tu turun dengan derasnya...


So sudahnya kol 15.55 pm, aku pon sipe kad dan keluar dari bangunan.. Tak pernah kejadian camni berlaku sepanjang 10 tahun aku berkerja. Kira untung eak aku ni, hehehe, masok keja kat kol 2pm balik kol 3.55pm...

Besok keja petang. Kalau masih tak bole operasi lagi, tutup juga la. Kena tunggu keputusan dari TNB la, samada bole siap ke tidak.. Kesian dorang, kena keja sampai malam, kalu tak siap gak, sampai sok pagi la....

Adioss...




July 26, 2009

spec oohhh spec...


with spec
(dengan si echa, staf aku)


without spec

mmg bebeza kan
pakai spec
nampak cam tua kan
tak pakai spec
nampak muda kan
perasan lebey
tapi betul kan
hehehe
spec dipakai pada waktu malam ajer
nak tengok tv
atau
driving masa malam malam
pagi dan petang
mata memang nampak semuanya

Parut jerawat ada tiga kat pipi tu, nampak tak? gara gara makan udang k...
selepas kena chicken pox kulit aku amatlah sentitif, sebab nyer aku tak pantang...
lom sampai sebulan, aku dah makan ayam, sapa yg boley tahan makan ikan hari hari...
muak tau, sebabnya, ayah aku jual ikan, masa kecik kecik dulu hari hari melantak ikan...
ikan apa? semua aku taw, ikan yang besar macam korang pon aku tengok tau, ikan kerapu...
buat ikan masin @ ikan kering....
nanti aku story kisah aku dan bersama ikan ikan waktu kecik dulu...
citer sedih bersama ikan ikan....menci....menci....

wei, ikan ni tak cukup garam la...
atau pon busuk daging, tengok pon taw...
tak leh nak tipu aku lar...

janGan mewaRna dikaiN putiH...

aku terkesan membaca ayat ayat ni, sungguh dalam maknanya,
aku jumpa ianya disini

Satu perjalanan tersimpan rahsia...
Mencorak warna menghiasi dunia...
Putihnya kain dicorak warna...
Hilangnya putih lain menjelma..
Disuruh putih tetap mewarna...
Lumrahnya dunia menjadikan alpa...
Adakah ini ketentuanNya...
Atau manusia sengaja mengubahnya...
apa motip gambo ni?
saja je, kan warna putih tu....

Yasmin Ahmad Kembali ke Rahmatullah - Al Fatihah...



KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.

Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.

Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

petikan suratkhabar kosmo


July 25, 2009

mooDY.........

bila agaknya aku nak tukar layout aku ni
dah naik bosan aku tengok blog ni
malas aku nak "meng" update kannya
kadang2 bila kat tempat keja 
banyak ilham datang 
tapi bila dah balik umah
mengadap pc ni
terus blurrrrr
ayat ayat cinta pon takde lagi dah
kemana hilang aku pon tak taw
sejak aku kenal dia
makin rimas
sebab aku dah biasa sendiri
ntah la
nanti aku citer la
takde mood sekarang ni
adioss

July 24, 2009

buaH hAti baRu...

Erm, semalam boss suh beberapa exec gi Jaya Jusco sebab semalam kan Jkad, so kita orang disuruh survey harga harga barang disana, maklum la nanti kita orang ada projek besar bulan september nanti. Tunggguuu....

Dalam kol 3.35pm kitaorang ke JJ la, tak jauh pon, berhadapan je, naik jejantas. Bile masok ke JJ, ramai giler customer, nak jalan pon susah, offer memang giler giler k, sediakan duit jer.

Dalam survey survey tu, promoter yang jual camera tu sapa aku la, terangkan produk dia, memang murah, kalo beli memang ada baucar dan dapt banyak free gift. Hajat dalam hati memang lama dah nak beli camera, so dalam pikiran ni ada la dok pikir pikir nak beli ke tidak?

Lepas amik kertas promosi tu, aku pon blah la, tengok barang lain. Tapi dalam hati dok pikir camera tu je. Tengah jalan jalan tu, jumpe si Mimi, kakak gf adik aku. Dah lama tak jumpe dia dan dah lama tak tak sms dia, pasal ada satu kes dulu, aku terus mendiamkan diri. Tapi semalam, cam biasa jer.. Borak cam biasa jer.

Pastu jalan lagi, jumpe lagi sorang ex Exec dulu, masa dia masuk keja dulu, akulah yang train dia. Si Aini tu makin kurus plak, bila tanya ada no hp tak, dia diam jer, pastu dia cakap mak dia tak kasik lagi pakai handphone, sebabnya, hp dia dah banyak kali hilang...

Masa keja dengan aku dulu hilang sekali, masa dia baru jadi cikgu dulu pon hilang lagi. So aku tak taw berapa kali lagi dah hilang. Cuai tol la si Aini. 
Lepas dah abis borak, dalam kol 5pm kitaorang balik la.

Then aku hantar sms kat kembar aku, tanya dia ok tak kalo aku beli camera tu. Dia kata belilah. Sebenarnya dalam pe pe hal pon aku mesti tanya kembar aku, kalo dia kata ok, aku ikut la, kalo dia kata tak ok, aku ikut cakap dia.
 tak sangka plak ada lain warna, tp semalam mmg ada satu 
warna je, aku nyer bright silver
So lepas abis keja kol 6.30pm, aku menapak la gi ke JJ, orang memang ramai. Jumpe budak yang promote camera tu, Nikon Coolpix L19, seb baik dia cam aku, then dia terangkan seba sedikit pasal camera tu, aku demand free gift gak, dia bagi aku nikon micro sd 2gb, nikon mini tripod, nikon case, nikon camera stand, ada voucher lagi kalo nak cuci gambar. Ok ler tu...

Sebelom bayar aku amik pendrive kingston 8gb warna pink, harga 57ingit, murah tak? Bole la kan. Pas bayar kena beratur plak nak ambik baucar jusco, lama beb, org mmg la ramai, cam cam bau ada, sudahnya, kol 7.25pm aku kuar dari jusco.

Aku sempat snap satu pic kat jejantas, tak leh amik banyak2, lagipon aku puasa. Saje je nak test camere tuh, ok la pic nyer, 8 mega pixel, leh zoom 3.6. Harga tak la mahal sangat, RM398 jer, ok per, tak payah beli mahal mahal, dengan ekonomi yg lembab mcm ni, kena jimat2 beb. Aku lupa plak nak tanya harga sebenar berapa...
jalan sesak akibat jkad, semua ni nak shopping k, tempat keja aku
belah kiri, nampak tak, separuh tulisan melaka mall tuh...

Lantak la..tak kisah la, so tak payah la pakai camera hp lagi. Tak sabar nak amik gambar Ammar dan Anis.. Miss them so much. Nak tepon dorang jap lagi....
Adioss...

daRi maNa datanGnYa ciNta...

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.

Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik..

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

p/s aku saiz mata sederhana dan jarang berkedip, korang plak yang mane???

eRy @ PoLo ExpLoReR...




Erm... semalam aku jumpe Ery, buat pertama kalinya k... Kenal dah lama, kat Tagged, tapi semalam baru jumpe sebab dia turun ke melaka dari tampin sebab nak jumpe sepupu dia.

Dia singgah jap jer kat tempat keja aku...huhuk, bila jumpe dia teringat plak kat kawan aku yang lagi satu...sedeynya....

Cute plak si Ery ni, sore ganas giler bila cakap dalam tepon, tapi alahai...lemah lembut la plak tutur katanya bila bersua...mak... ni boley buat calon menantu ni mak... hehehe...taklah, Ery dah anggap aku cam kakak dia ok, maklumlah dia anak bongsu...

Nak lepak dengan dia pon hari dah malam, lagipon dia ada disscusion dengan cousin dia pasal bisnes, so aku tak nak la ganggu dia. So masa nak drive balik tu, aku nampak keta dia parking kat tepi jalan, so aku pon berhenti then call dia. Dia datang kat keta aku.

Aku cuma bagi dia miniature PoLo Explorer je, harap dia suka.

Ery, Polo Black sedap gak tapi Polo Explorer lagi best n the latest from Ralph Lauren...

Ok guys info tuk fragrances by Ralph Lauren : -

For Men
1. Romance
2. Romance Silver
3. Polo Classic- sesuai tuk umur lelaki 40 tahun keatas atau yg kuat berpeluh, baunya sangat keras
3. Polo Black
4. Polo Double Black
5. Polo Explorer - latest
6. Polo Blue
7. Polo Sport - ni pon best, kalo lelaki pakai aku rasa cam nak pelok jer, hehehe...

p/s yang aku bold tu, baunya mmg best

For Ladies
1. Notorius - latest, sesuai tuk wanita 30an
2. Ralph - sesuai tuk remaja atau sesiapa yang suka bau sweet gitu...baunya segar k...
3. Romance - ni mmg sedap giler, bila pakai cam nak beromen jer...hahaha..tak la, aku gurau k...ni yang paling senang jual, kebanyakkan org yang nak kawen beli perfume ni tuk buat hantaran kawen...
4. Romance Always - limited edition
5. Ralph Wild
6. Lauren Style - ni dah tak jual lagi, tapi baunya mmg best siot, testernya penuh lagi, hari hari aku pakai, so orang lain pon dah kenal yg ni mmg bau si wyza kalo semerbak kat ofis tuh...

Fragrance perempuan semua best kecuali Ralph Wild ada aneh sikit baunya...

Sapa sapa yang nak tengok botol fragrance tu macamne atau apa kaler minyak wangi tu, sila la tengok kat web eak, korang taip je nama perfume tu, kuar la nanti pic nya...

Adioss...

July 23, 2009

aDiDas fRuitY RhyThm & natuRaL viTALitY...


hari ni aku dapat perfume free...
ADIDAS FRUITY RHYTHM
baunya memang best
very sweet, tapi rasanya baunya
sesuai untuk golongan remaja
tapi aku pon tak la tua nau kan
orang dah bagi
ambik je la...
terus terang aku cakap
baunya lebih kurang cam bau
RAPLH by RALPH LAUREN



Ralph lagi mahal, harga ratus beb
Adidas ni puluh jer...
asisstant aku dapat yg ini plak
ADIDAS NATURAL VITALITY

yang ni pon best
baunya lebih kurang cam bau
BE DELICIOUS by DKNY


betul beb
perfume ni dah sebati dengan hidup aku
menjadi rutin harian taw
pakai perfume waktu berkerja
samada pakai kat umah
atau pakai kat tempat keja
kat tempat keja aku lenjan la tester
hehehe....


July 22, 2009

biArLah raSa saKiT....

aku tahu,
kau takkan pernah tahu rasaku kerna
aku tak mampu meluahkan perasaan ini kepadamu,
aku bukanlah pilihanmu,
aku tahu aku tak sempurna pada matamu...
biarlah kusimpan saja rasa cintaku padamu...
b
iarlah rasa sakit itu aku saja yg tahu
asalkan kau bahagia..


July 21, 2009

iF You LoVe SoMeOne....

If you love someone because you think that he or she is really gorgeous…
then it’s not love…it’s – Infatuation

If you love someone because you think that you shouldn’t leave him because
others think that you shouldn’t..then it’s not love…it’s – Compromise


If you love someone because you think that you cannot live without his touch…
then it’s not love…it’s – Lust


If you love someone because you have been kissed by him…
then it’s not love…it’s – Inferiority Complex


If you love someone because you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings…
then it’s not love… it’s – Charity


If you love someone because you share every thing with him…
then it’s not love…it’s – Friendship


but if you feel the pain of the other person more than him even when he is stable
and you cry for himthat’s – LOVE  
 (inilah yang aku rasa)

July 20, 2009

10 perinGaTan buMi kePada manuSia...


Bacalah sebagai satu peringatan buat kita.
Hidup adalah bekalan buat mati.

Carilah pahala sebanyak mungkin,
hidup bukan tuk menghitung dosa jer...






1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseronok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku.

7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri didalam perutku.

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009

Tahniah eak, yang penting CT menang, tu je yang aku nak taw, yang lain tu aku tak kisah....


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)
Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)-
Ayu (Hanya Di Mercu)


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)
Kotak (Masih Cinta)


Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq


Artis Lelaki Terbaik
Afgan (Confession No. 1)


Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu)


Duo/ Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno (The Special One)


Lagu Terbaik
Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)


Album Terbaik
Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka


Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)
Taufik Batisah


Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza



Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)
Yovie & Nuno


Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza


Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)
Impianku (Didicazli)


Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)


Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Kul Cinta (Slank)


Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank


Anugerah Khas Planet Muzik
Band Gigi


Adiosss...

July 19, 2009

maLam iNi kasiH...

aku embed lagu kasih
teringat kat kawan aku
rindu sangat kat dia
dia suka sangat lagu ni
dimanakah engkau sayang
aku rindu kamu
aargggghhhh...sedeynya....



Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

maLam taDi...


malam tadi
detik mata terpejam
dirimu menjelma
hadirlah kau dalam mimpiku
menwarnai indah ruang tidurku

pemEnang SHOUT! AWARDS 2009 !!!

Senarai pemenang SHOUT! AWARDS semalam... Aku ada tengok, tapi tak berapa nak layan sangat. Aku tengok citer NUR KASIH, lagi best...

KATEGORI MUZIK

Anugerah Rockstar: Bunkface

Anugerah Popstar: Stacy

Anugerah Power Vocal: Jaclyn Victor

Anugerah Flava (Hip Hop/R&B): Joe Flizzow

Anugerah Break Out (Best New Act): Bunkface

KATEGORI TV DAN FILEM

Anugerah Best On Screen Chemistry (sepasang): Upin dan Ipin (Upin & Ipin TV Series).

Anugerah Fresh TV Series (Siri TV baru termasuk Drama dan/ atau Sitcoms): Ghost

Anugerah Breakthrough Film: Kami

Anugerah Favourite TV Program (Bukan Drama): Filed Trip! USA

Anugerah Favourite TV Host: Naz - The Breakfast Show

KATEGORI RADIO

Anugerah Coolest Radio Announcer: JJ

Anugerah Favourite Radio Show: Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia & Phat Fabes)

KATEGORI THE WORKS

Anugerah Stylo (Anugerah Paling Bergaya): Dynaz Mokhtar

Anugerah Hot Chick: Marion Caunter

Anugerah Hot Guy: Faizal Tahir

THE ULTIMATE SHOUT! AWARD: Bunkface

July 18, 2009

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Menarik cerita ni, cuba baca...

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang..*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! '

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa ..**

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar! !!! ittaqullah!! !!!

thanks to kak ila for this story