July 09, 2009

kadAnG2 biCaRaKu tAk mAmPu uNTuk diFaHaMi...

Aku sebenarnya suke meluahkan perasaan dengan lagu. Itulah aku... kadang kadang bicaraku tak mampu untuk difahami. Aku suka menilai perasaan orang walaupun perasaan sendiri terabai.

Tapi lagu ni mungkin perasaan dia. Aku pernah kecewakan dia. Tapi sekarang ni bertemu kembali, selepas hampir setahun lost contact.

Sebenarnya aku memang terharu, sebab dia tak pernah putus rasa putus asa tuk mencuba memenangi hati aku... i'm trying ok, kalau ada jodoh tak kemana... Yer, aku memang meninggalkan 2 orang lelaki dalam perjalanan hidup ini.

Aku umpama jinak merpati, bila orang dekat aku lari. Aku bukan sombong, dan orang kata aku memilih dan jual mahal. Tapi aku bukan macamtu, aku jenis yang setia. Dan seorang teman pernah berkata, aku tak beri peluang pada sesiapa. Yer aku memang tak mudah beri peluang pada orang tuk dekati aku. Pada aku, kalau betul betul nak memiliki seseorang, kena berusaha kan. Kalau pandai approach, eleh hati perempuan kan, keras keras kerak nasi jer.

Dan untuk sidia, kalau ada jodoh tak kemana, dan aku terkesan bila dia kata nak jumpa mak ayah. Yup, tapi bukan sekarang. Seumur hidup aku, aku tak pernah bawak mana mana lelaki balik umah walaupun sekadar kawan. Sebab aku pernah berjanji pada diri sendiri, lelaki yang aku bawak balik tu, itulah bakal suami aku.

Yes, aku memang kolot, tak kisah la apa orag nak kata kan, dalam hidup ini mesti ada pendirian dan prinsip dan itulah prinsip aku. Memang cinta itu sangat mahal harganya... Dan cinta aku terlalu mahal tuk aku bagi sesuka hati...

Pejam mata... itu yang selalu aku buat. Kalau kita sayang dan cinta seseorang, bila mata terpejam mata nampaklah wajah dia. Cinta pertama aku dulu, dah la aku tinggalkan dia, tapi 5 tahun aku pejam mata nampak dia jer. Kedua pon sama, tapi tak lama. Dan sekarang bila aku pejam mata, aku nampak tapi hilang hilang, mungkin rasa belum tersemai kan...

So adakah aku jiwang? Korang rasa?

Kadang2, entahlah, kalau korag baca entri yang lepas2, korang tahu la camne kan. Kadang2 mereng gak...

Banyak plak aku merepek ni. Nak tido la dah kol 2.40am, sok shift pagi. Hayati lirik dibawah ni...
Tajuknya sejiwa dari kumpulan spring...
Adios.

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

2 comments:

  1. sama ar kita..suka describe feeling ngn lgu..
    skg ni Entah by Afghan betol menepati apa yg hazzy rasa skg...

    ReplyDelete
  2. hazzy
    ye ker.. sama la kita eak...

    ReplyDelete