Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga
mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini
hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka
Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar
WANITA.
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar
kebetulan semata-mata….
SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki
boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila
marah lambat sejuknya.. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana
hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi
kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang,
kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik..
MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
MATA CENGKUNG
Kurang
memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis
tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak
peduli.
MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya
baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati
janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
p/s aku saiz mata sederhana dan jarang berkedip, korang plak yang mane???
No comments:
Post a Comment