Aku sebenarnya tak suka cakap benda tak elok atau kalau niat sesuatu yg tak elok pada orang tu, nanti mestilah orang tu ditimpa benda yang tak diingini.
Hari khamis aku keja pagi, memang la duty aku buka pintu dan buat s.o.d, aku tak kisah la. tapi masa aku datang keja aku nampak sesuatu, tak payah aku cerita, menyakitkan ati saja, sebab masa aku nampak tu, terdetik la dalam hati, napa la dia tak nak tolong.
Aku pon membebel la masa buat s.o.d tu, tapi aku tak mention nama orang tu, aku meluahkan perasaan ni kat clerk m.i.s, dia pon angguk jer. Sebenarnya, ntah la, team kat sini tak sama cam team aku kat mp dulu.
Disini, masing2 kadang2 mementingkan diri sendiri, tak nak tolong menolong, bila tanya semua tak tahu. No teamwork at all.
Dan aku paling benci bila aku tanya, tapi dapat jawapan tak taw, apa jenis exec tu. Aku rasa kalau pasal keja orang tanya, aku takkan cakap tak tahu.
Dan jadi exec bukan mudah, banyak tangunggjawap, seba sebi kena tahu, tak bole tak tahu. Aku ingat lagi masa aku baru di promote jadi exec, (pertengahan 2005) aku ambik masa 3 bulan tuk sesuaikan diri, dan tambah lagi masa tu aku takde assistant, semua benda aku kena buat. Hari hari aku tension, hari hari aku balik lambat sebab nak siapkan keja, seminggu ada la dalam dua tiga kali airmata aku menitik sebab tension.
Tapi selepas 6 bulan, aku dah selesa, aku dah bole manage everthing. Tapi aku ni jenis banyak bertanya kalo tak tahu, dan team kat MP masa tu banyak membantu, especially, my best friend Christine (aku staf dia dulu, aku supervisor kat dept dia) and Abang Zaidi.
Dan selama 6 bulan tu la, banyak benda aku belajar, ada gak training, tak silap 3 module, dua di Holiday Plaza, dan satu di The Mall. Masa kat MP, akulah exec yang paling muda, dan exec yang paling muda dalam sejarah penjawatan exec kat Mp, bangga aku beb.
Masa kat Mp dulu, aku manage dept yang exec lain tak sanggup nak handle. Memang, terlalu banyak paperwork, tapi aku buat seorang diri. Aku banyak buat cara baru, create form baru, create format baru tuk apa jenis yang berkaitan dengan dept. Dan adakalanya format aku diterima oleh bos, dan bos suruh exec yang lain ambik format aku.
So, adakah aku bagus sangat? Tak, aku masih ditahap pembelajaran dalam memegang jawatan ini. Sapa kata aku tak pernah kena marah dengan bos, ada gak, sampai menitik airmata tau, tu pon sekali jer.
Aku tahu masa aku kat mp dulu, ada gak exec lain citer pasal hal aku, dorang kata aku bodek bos. Ntah la, manusia punya mulut kan, aku memang tak bole nak halang apa yang dorang nak cakap. Tapi aku tak kisah, asalkan bos tak komplen pasal keja aku sudah la.
Dah lepas setahun, aku baru dapat assistant, baru la ringan sikit beban aku. Sebelum tu ada la 2 S.A yang selalu tolong aku. Tapi siapa yang biasa keja dengan aku dorang tahu camne perangai aku.
Tapi ntah la, aku kiranya bernasib baik, aku jarang kena komplen pasal prestasi keja.
Tapi jodoh aku kat mp tak panjang, sebab cawangan satu lagi akan dibuka, dan aku tahu memang aku menjadi pilihan hati bos untuk dibawa kesana, korang tahu kenapa?
Dorang kata sebab aku kan anak EMAS bos, mana bole tinggal, nanti kena buli, cam cilaka mulot dorang ni. Bukan aku sorang la, sebenarnya 50% staf dari mp tu kena transfer kat cawangan baru.
Tapi cuma 2 exec je yang ke cawangan baru, ada juga beberapa supevisor yang dipromote jadi exec. So tarikh 10 Mac 2008, aku tinggalkan mp dan ke cawangan baru. Masa yang diberi terlalu singkat untuk aku ucapkan selamata tinggal kat staf staf aku.
Aku ingat lagi masa kali terakhir aku bagi briefing, aku nangis teruk, dan ada diantara mereka pon nangis. Aku sedih dan aku tahu dorang pon sedih sebab aku tak lagi bersana dorang, tak lagi dengar bebelan aku, tak lagi tengok kepala angin "tsunami" aku, tak lagi kena marah dengan aku, tak lagi sambut harijadi dengan aku.
Aku dah lama kat mp, 10 tahun, banyak kenangan bersama mereka.
Yup, tapi sekarang aku bangga, nama aku jadi sebutan kat mp, cara aku diguna pakai disana. Dan dorang selalu beza bezakan aku dangan exec baru dorang. Tapi aku cakap, bagilah masa, dia orang baru takkan sama dengan orang lama cam aku ni.
Dan aku bangga gak kat asisstant aku kat mp tu yakni supervisor aku dulu, jadi anak emas kat sana, dan dia juga jadi orang harapan kat sana. Dan dibawah tangan aku gak masa kat mp, aku telah promote 2 S.A jadi supervisor. Sorang kat mp, sorang lagi kat tempat aku sekarang ni, jadi assistant aku. Ketua bagos, so anak buah pon bagos la...ahaksss...
So kalau dengar nama tsunami, kat mp tu ramai tau tu aku la. Sebab aku ni salu naik angin, manage orang dengan manage barang tak sama. Dan fragrance consultant n beauty advisor mp la yang gelarkan aku tsunami. Tapi kalau masa aku tsunami tu, dorang pandang je la, tak berani nak tegur.
Walaupun aku tak lagi kat mp, aku masih lagi pegi sana, jumpa f.c dan b.a kat situ, borak borak dan bertukar idea. Korang tahu, dept Cosmetic & Fragrance tu, semua b.a dan f.c adalah berbangsa cina, dan aku tahu, orang cina memang tak suka melayu, dalam mindset dorang, melayu adalah tidak bagus, dan malas, susah nak keja. Tapi aku telah tukar pendirian dorang tu, sebab aku kan bagos....hahahaha....
Panjang kan coleteh aku.
So kalau korang pegi parkson mahkota parade, cuba tanya b.a n f.c kat dept tu, kenal tak wyza? Sure dorang kata wyza yang tsunami tu kan? Hahaha...
Aku dah melalut jauh ni, padahal aku nak citer lain ni.
Ok, so lebih kurang kol 11.45am, aku jumpa bos, bagi bos sign surat dan bagi tengok layout plan yang aku dah buat, tapi dia tak setuju, (benda ni telah dibincang bersama exec tu) dia suruh sorang exec tu masuk.
Then kitaorang pon discuss, tapi ntah la. Boss memang banyak bagi idea, tapi dia asyik tembak jer. Bukan kat aku, kat exec satu lagi tu. Ada je point yang dia nak belasah exec tu. Aku ni jadi seba salah, yelah, dia marah exec tu kat situ, aku duduk sebelah exec tu.
Satu perkataan yang bos cakap, "u dont bullshit on me". Terkedu aku. Dan satu lagi bos cakap, u jangan pikir semua keja u i kena buat, kreatif la sikit". Berkali kali dia ulang perkataan keratif.
Aku jadi pemerhati kat situ. Tak bole nak buat apa. Kesian aku tengok, tapi aku tak bole buat apa. Tapi aku gak bagi idea kat dia, dan bos pon setuju.
Camne la exec tu tak terasa, bila bos cakap dengan aku, tone dia rendah, bila dengan exec tu, adus....ceeekk main tinggi lagi, high note tu.
Bos siap cakap lagi, wyza, i want your opinion, u rasa macamni ok tak? (sambil tunjuk layout tu) Hahaha, so kalau korang ditempat exec tu camne? Aku rasa ntah la...serba salah sangat.
Entahla. masing punya nasib, kalau pandai bawak diri dan pandai buat keja tak susah macam ni kan.
Sebab tu la aku tak suka ada niat yang orang tu akan terima balasan kalau dia menyakitkan hati aku. Memang pagi khamis tu memang hati aku tergerak kenapa dia buat aku macamtu, tup tup dia kena kena taji dengan bos beberapa jam lepas tu.
Sebenarnya benda macamni memang selalu berlaku. Aku cuma niat orang yang buat aku akan terima balasan, pastu, ada la benda yang jadi. So aku jahat kan? pasal aku.... benda tak elok menimpa dorang. Tapi tu kan pembalasan tuhan. Sapa suh buat aku kan....
Aku ni lurus orangnya. Tapi orang cakap jangan carik pasal dengan orang bugis, sumpah orang bugis memang jadi. Aku memang keturunan bugis, so APAKAH????
Jeng jeng....adios....
* sian exec tu, lps kuar bilik dia nangis, semalam pon dia nangis lagi, tapi bukan salah aku kan...hari ni dia tak bertegur pon dengan aku, lantak ko la...
No comments:
Post a Comment